5 September 2016

PENGAMBILAN PEGAWAI KADET ATM 2017



Permohonan Pegawai Kadet Graduan 2017 ATM. Bagi sesiapa yang berminat ingin menjadi sebahagian dari Pegawai Kadet ATM? Pengambilan baru kami terima dari Portal Rasmi Markas Angkatan Tentera Malaysia (MAFHQ) dibawah kendalian Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempelawa anda warganegara Malaysia Lelaki dan Wanita yang berkelayakan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) untuk berkhidmat sebagai Pegawai dalam ATM mewakili tiga skuad negara iaitu
  • Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM)
  • Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
  • Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)

Permohonan Pegawai Kadet Graduan 2017 ATM

Syarat-Syarat Pengambilan
  • Berikut adalah syarat-syarat perlantikan Pegawai Kadet Graduan :
  • Jantina : Lelaki dan Wanita
  • Umur : Tidak melebihi 25 tahun pada 31 Disember 2017
  • Tinggi Minimum :
    TDM : 1.70m (Lelaki) & 1.62m (Wanita)
    TLDM : 1.62m (Lelaki) & 1.60m (Wanita)
    TUDM : 1.62m (Lelaki) & 1.60m (Wanita)
  • Berat Minimum : 47.5 kg (Lelaki) & 45kg (Wanita)
  • Ukuran Dada Minimum (Lelaki sahaja) : 76 sm
  • Body Mass Index (BMI) : 18.0 hingga 23.0
Taraf Kesihatan : Calon-calon mestilah lulus pemeriksaan kesihatan yang akan dijalankan dari unit Pegawai Perubatab ATM dengan tahap Penglihatan yang baik tanpa kaca mata dan kanta lekap ini adalah perkara yang penting untuk setiap unit yang ingin sertai ATM

Iklan Permohonan Pegawai Kadet Graduan 2017 ATM

Berikut merupakan iklan lengkap permohonan pegawai kadet atm yang mengandungi maklumat seperti apa syarat perlantikan, apakah kelayakan akademik, berapa gaji/ elaun yang bakal diperolehi, dan sebagainya

Cara-Cara Memohon
  • Permohonan hendaklah dibuat melalui online di applikasi permohonan diMAFHQ
  • Hendaklah Register terlebih dahulu sebagai pengguna laman sesawang mafhq.mil.my
  • Untuk pengetahuan, calon yang berjaya lulus temuduga dan terpilih akan dilantik terus sebagai Pegawai Kadet Graduan dan menjalani latihan Pegawai Kadet Graduan di Kolej Tentera Darat (KTD), Kapal DiRaja Sultan Idris I (KDSI I) dan Kolej Tentera Udara (KTU).
Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Disember 2016Cara Hubungi
Jika calon ada sebarang pertanyaan sila hubungi terus ke talian 03-2071 2387/ 4524/ 4526/ 2391


2 comments: