18 December 2016

Suami sanggup pakai baju isteri ketika bersanding


SICHUAN - CHINA. Sepasang pengantin sanggup bertukar pakaian perkahwinan dan berkahwin dengan gaya aneh kerana isteri gemuruh.
Difahamkan, pengantin perempuan muncul dengan sut dan berseluar panjang hitam, manakala si pengantin lelaki pula mengenakan gaun pengantin perempuan berwarna krim.
Menurut si pengantin lelaki, Wu Shuai, isterinya terlalu gemuruh untuk menyarung gaun tersebut.
Ini kerana berat badan isterinya, Qu Qian bertambah sejak mereka bertemu pada 2011.
“Qian terlalu gemuruh, jadi kami bertukar persalinan. Dia memakai sut hitam saya dan saya akan muncul dengan mengenakan gaun perkahwinan miliknya.
“Kadang-kadang kita perlu letakkan diri kita di tempat dia dan cuba fahami apa yang dia rasai. Bagi saya itu adalah kunci kebahagiaan rumah tangga,” katanya seperti yang dipetik menerusi laporan berita antarabangsa," Shanghaiist.com.

No comments:

Post a Comment