18 December 2016

Teaser filem Malay Regiment

Berdasarkan kisah benar pertempuran anggota TD dari unit 17 RAMD menentang pengganas komunis di Gubir, Kedah pada tahun 1976

SINOPSIS KEJADIAN
Mengisahkan tentang 3 orang cucu kepada bekas tentera yang terkorban pada tahun 1976. Mereka dipertemukan dengan seorang bekas tentera berpangkat Mejar Jeneral yang sedang menulis manuskrip mengenai zaman Insurgensi. Pertemuan mereka telah merungkai segala persoalan dan kisah disebalik pertempuran berikut.
Pada 16 Apr 1976, semasa Ops Kota Gubir. Pasukan keselamatan telah mengenal pasti beberapa kem pengganas komunis di sempadan Malaysia - Thai berhampir Gubir di Kedah dan mengepungnya. Untuk mendapat impak yang lebih besar dalam operasi tersebut, pesawat tempur (Tebuan CL-41G) dari Skn No 6 dan Pesawat F5E dari 12 Skn TUDM turut dilibatkan dengan membuat serangan dari udara.
Pada 15 Julai 1976, semasa Operasi Gubir II, Kapt Zainal bin Abd Rashid dari 17 RAMD gugur sebagai syahid selepas berjaya membunuh 3 orang pengganas komunis di dalam satu pertempuran sengit yang menyebabkan 6 orang daripada 15 pengganas komunis terbunuh dan berjaya merampas selaras mortar 60 mm, tujuh pucuk repal, peluru, bom dan peralatan lain. Beliau dikurniakan pingat SP pada 1 Jun 1977 dan dinaikkan ke pangkat Mejar.
Pelakon:
Yuswaisar 
Z. Zamri Gerak Khas
Mazlan Anak Wayang
Dato Ahmad Termimi Siregar
Kamal Adli
Farisha Aeossley
Noni AF
Nad Zainal

AKAN DATANG DI PAWAGAM 2017

No comments:

Post a Comment