Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia (Nak jgak)...
Baru je dapat duduk depan PC lepas dah siapkan semua kerja. Now masa untuk mencorat-coret. Oke la entry kali ini Yaya teringin nak share dengan semua pasal apakah itu Pekerja Sambilan Harian. Haaaa...pernah dengar tak kamu-kamu semua? Tak familiarsgat kan tetapi gelaran PSH itu terlalu sebati dalam hidup Yaya....
PSH bermaksud satu jawatan yg disediakan oleh kerajaan mengikut tempoh tertentu. Dalam pekeliling da state 3 bulan jerrr tapi bergantung juga pada sesuatu Jabatan tu (Yaya pernah dapat yang setahun). Dan pengambilan dia bukan lah melalui SPA seperti yang diidamkan oleh semua orang tetapi melalui Jabatan / Kementerian tu sendiri. Camne nak apply?? Haaaa.... Antar je kat setiap kementerian yang korang kenan tu.....Camne nak dapat kan alamat??? Haaaa.....tu kene tanye Encik Google ye...Ehehehe....
Serba sedikit tentang PSH ni, pembayaran gaji adalah mengikut upah hari. Tangga gaji pula berlainan mengikut tahap pendidikan. Untuk SPM kadar dia RM54/hari, DiplomaRM72/hari dan Degree RM100/hari. Tempoh dia hanya sementara saja. Sesuai lah untuk mereka yang sambil2 nak mencari kerja yang lebih bagus atau tunggu panggilan kerja yang tetap. Pekerja tetap jangan plak gatal2 nak apply benda ni. Kang menyesal tak sudah...
Ini la sejarah kehidupan aku setia sehidup semati sebagai PSH di :
- Jabatan Kerja Raya
- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
- dan latest Kementerian Sumber Manusia
Kadar Bayaran
Gaji PSH mengikut kelayakan:
SPM-RM54/hari
Diploma-72/hari
Ijazah-RM100/hari
PSH tiada sebarang benefit. Tiada sebarang elaun. Tiada cuti sakit. PSH ijazah la paling sakit kalau MC sebab terbang RM100 sehari. Tiada cuti tahunan. Semua cuti tak kiralah cuti apa pun akan ditolak gaji. Walaupun public holiday. YES. Even cuti umum pun PSH akan ditolak gaji kerana PSH hanya dibayar gaji mengikut bilangan hari bekerja sahaja.
Tapi, PSH boleh claim kalau ada kerja-kerja luar dan layak terima bonus kerajaan (RM500 sahaja). Tapi claim ni atas budi bicara bahagian kewangan juga. Kadang-kadang bahagian kewangan cakap tiada budget jadi tak boleh claim maka tak bolehlah claim. Sebagai PSH apa sangatlah hak bersuara yang ada. Kena ikut sahajalah.
PSH tiada peluang diserap sebagai tetap atau kontrak atau sementara. Sebagus mana pun PSH tu, tetap tak boleh diserap. Kena apply macam biasa melalui permohonan online atau SPA. Ada kawan saya ni yang memang bagus buat kerja sampai dicadangkan dan disokong oleh ketua dia untuk diserap tapi tak boleh sebab tu peraturan PSH.
PSH boleh disambung kontrak. Mengikut peraturan PSH hanya boleh dilantik selama 3 bulan dan sekiranya diperlukan disambung bagi tempoh 3 bulan lagi menjadikan tempoh lantikan sebagai PSH maksimum ialah selama 6 bulan. Kalau nak sambung juga, PSH kena lalu balik prosesinterview/exam. Tetapi, memang ada kes-kes yang jadi PSH sampai lebih dari 6 bulan. Sepatutnya tak boleh tapi tak susah pun kalau setakat nak buat mock up interview/exam.
Walaupun PSH mempunyai Ijazah yang meletakkan kelayakan PSH pada gred 41, PSH tidak diiktiraf sebagai pegawai kerana PSH hanya pekerja sambilan. Pengalaman saya, PSH ni lagi rendah dari kerani-kerani disebabkan taraf sambilan tersebut.
PSH tidak layak dapat slip gaji di sesetengah jabatan. Sedih kot tiada slip gaji. Nak beli harta ke buat pinjaman ke tak boleh sebab tiada slip gaji.
Cara Memohon
PERMOHONAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN(PSH) PEMBANTU TADBIR N17
NAMA : NURUL (NAMA FULL)
NO K/PENGENALAN : 0000
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Adalah saya seperti nama di atas berminat bagi mengisi kekosongan jawatan Pekerja Sambilan Harian(PSH) Pembantu Tadbir N17 di jabatan tuan. 3. Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan dokumen berkaitan untuk rujukan pihak tuan. Segala pertimbangan pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
(lepas tu tandatangan jangan lupa , lau nak apply untuk dua jawatan dalam satu jabatan , antar lah dua surat iringan berasingan , paham ? )
Nasihat saya;
1. Ambillah mana-mana kerja sebagai pengalaman dan pengajaran tak kisahlah macam mana sekalipun kerja tu.
2. Semaklah caruman KWSP pastikan caruman dibuat. Jangan gaji dipotong tapi caruman tiada. Cara nak semak pergi KWSP daftar semakan online lepas tu bila-bila dapat semak caruman ada dibuat atau tidak. Kalau tiada buat laporan pada KWSP. KWSP memang akan ambil tindakan. Jaga hak kita.
3. Dalam organisasi yang majoritinya Melayu, sesi bergosip berpisah tiada. Berhati-hatilah bila meluahkan sebarang ketidakpuasan hati kerana kadang-kadang akan memakan diri. Saya jenis yang tak suka campur bab-bab gosip ni.
credit to : Nuyumi
credit to : Nuyumi
assalamualaikum psh dapat bonus raya tahun ni rm 500 ?hehehehe
ReplyDeletewa`alaikumsalam..ye :)
DeleteNak tanya tahun ni kerja psh lagi ke nak tanya bonus 500 tu kalo utk psh mmg selalu dpat lambat eh?
Deletegodek blog yaya jumpa post ni..nice sharing...tq sbb bg info..hee
ReplyDeleteKak Eira pun PSH gak Yaya..
ReplyDeletesaya dah tak psh kak :)
DeleteBlh knalan ke?😊
ReplyDeletenice sharing..gud infonation. saya ade gak mtk jawatan ni tp xde lagi feedback ...huhuhu
ReplyDeleteterima kasih...xpe...in shaa Allah ada peluang lagi :)
Deletenice sharing..gud infonation. saya ade gak mtk jawatan ni tp xde lagi feedback ...huhuhu
ReplyDeleteKita hantar surat tu bila ada vacancy atau kita boleh hantar shaja?
ReplyDeleteboleh hantar pada bila - bila masa :)
DeleteAs salam sis..ade risiko x PSH? yela, keje kan kontrak..
ReplyDeletewaalaikumsalam. risikonya kita kena cari kerja lain selepas tiga bulan :)
Deletewahhh first time tau pasal PSH ni.. haha... bagus gak ada skim ni kan... senang tak nak kena panggil?
ReplyDeletedia kena ada interview juga :)
Deleteada jawatan kosong open kat opis Bonde Meh lah apply Yaya untuk Kontrak/Tetap :)
ReplyDeletebaik kak :)
DeleteKG singgah d sini melawat BLOGJOGGING EXCHANGEFEEDGROUP
ReplyDeleteamboi..yaya comellll jerrr
baik kak..terima kasih :)
Deletegood info la yaya
ReplyDeleteterima kasih :)
Deletebagus jugak kalau dapat PSH ni.. sebagai pengalaman.. nanti kalau dapat panggilan interview SPA, boleh la citer pasal pengalaman PSH ni... :)
ReplyDeletebetul tu kak :)
Deletemasih ada lg ke PSH utk bln ni?
ReplyDeletePengambilan selalunya jarang diambil pada bulan september
DeleteAs salam yaya..nak ty sikit..if nak hantar permohonan kena attach maklumat apa ye?? Sijil2 semua kena ada pengesahan x??
ReplyDeleteWaalaikumsalam ...
Delete- IC , SPM , KELULUSAN , SURAT BERANAK , RESUME
- Ada pengesahan
Terima kasih di tas perkongsian. Bila dan selesai baca baru tau sangat berisiko bagi yang telah berjawatan tetap tapi gatal2 nk apply PSH ni namun bagi yg jobless boleh dianggap HARUS untuk mencuba. Tq YAYA,
ReplyDeleteSama - sama ya
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalam . sy nk tnya . mcm dari segi pembayaran gaji awak . tarikh awak dpt gaji ?? sama x setiap bulan . pernah tak dpt lambat ?? saya pun psh jugak . dah 2 tahun bekerja psh di jabatan yg sama . tak pernah tukar . tapi masalah sy ialah pada gaji . selalu lmbat !!! kdh2 tersangat lmbt . bgkan gaji bulan 11 septotnya akn dpt pada 7.12 . tapi sy . smpai lah 17.12 ni gji bulan 11 masih xdpt2 lg . kadang ade tu smpai sebulan tkdpt gaji . stressssss sgt .
ReplyDeletesy na tau juga kalau ex-psh ni, layak ta dpt bonus tahun depan tu? hehehehe :P
DeleteSuhaiza :
Deletewaalaikumsalam..bergantung pada sesebuah jabatan tu awak.permah juga saya dapat gaji lambat.sampai dua tiga bulan tak dapat gaji.alhamdulillah dapat juga akhirnya dengan buat tuntutan..
Anonymous :
Deletelayak untuk sekali sahaja
hello. na tnya juga nie.. kalau ex-psh ni, layak ta trima bonus tahun depan tu? wahahahaahahaha
ReplyDeletehai...
Deletelayak cuma untuk sekali sahaja selepas berkhidmat
Salam nak tnya. Intrview psh ni susah x? And intrview in bm or bi?
ReplyDeletewasalam..selalunya tak susah mana.cuma perlu baca berkaitan integriti
Deleteada juga buat interview dalam bahasa inggeris seperti di kementerian pelancongan
Salam tuan tanah.mohon izin.kepada yang berminat utk bekerja sebagai PSH mohon emel surat permohonan dan resume ke anuar@kpwkm.gov.my
ReplyDeleteterima kasih :
wasalam..boleh.silakan
DeleteSalam tuan tanah.mohon izin.kepada yang berminat utk bekerja sebagai PSH mohon emel surat permohonan dan resume ke anuar@kpwkm.gov.my
ReplyDeleteterima kasih :
wasalam..boleh.silakan
DeleteAssalamualaikum.. betul la apa yang Cik Yaya kata.. sebagaimana saya pun PSH.. pe2 rezeki ada di mana2.. yang penting redha...
ReplyDeletewaalaikumsalam..ye betul :)
DeleteSaya nak tanya pasal bonus yang kerajaan bagi rm500 tu...PSH layak untuk dapatkan? Macam mana procedure untuk dapat tu? Mintak tolong bagi pencerahan...
ReplyDeletelayak cuma untuk sekali sahaja selepas berkhidmat
DeleteSalam Yaya! terima kasih atas perkongsian pengalaman.. Saya nak tanya berkaitan KWSP. Bg yg tiada KWSP, kena buka akaun sendiri ke? Bagaimana dgn proses pembayaran gaji? kena uruskan sendiri ke? TQ ^_^
ReplyDeletewasalam :)
Deleteye betul wajib buka akaun KWSP tu.
pembayaran gaji mengikut hari kita harus sediakan untuk diserahkan kepada pihak kewangan jabatan/kementerian :)
teringt mase kerja PSH dulu..Alhamdulilah skrg dh dpt jwatan tetap wlaupun lain kementerian...heee
ReplyDeletealhamdulillah :)
DeleteSalam yaya, ada had umur x mohon psh?
ReplyDeleteWaalaikumsalam..18 tahun dan ke atas 😊
DeleteSlm, tumpang tanya, keje psh ni buat apa ye?
ReplyDeletewaalaikumsalam..ikut skop kerja yang diberi ☺️
DeleteAssalam..nak tnya contoh klu kontrak hbis disenmber tahun 2015.. Masih layak atau tak utk dpt bonus rm500 yg tahun lepas punya..
ReplyDeleteWaalaikumsalam maaf lambat maklum balas 😞
Deletesalam.. boleh ke psh apply utk ke jwtn tetap? org slalu suruh ke kontrak dlu..memandngkn kontrak bakal dimansuhkan dis 2016, sy nk apply jd tetap trus..huhu Kerja luar bidang pun sy kena buat..rs mcm kena buli. and yet, they acted as in nothing happen just bcos "they've been there" haih..manusia.
ReplyDeleteWaalaikumsalam, untuk tetap wajib mohon SPA8 😊
Deletesalam..selain pembantu tadbir..jawatan ape lg boleh mohon ye?
ReplyDeleteWaalaikumsalam, boleh tanya kekosongan ☺️
Deletesalam. maaf ye saya nak beri pandangan sedikit. Saya merupakan PSH Gred 41 di Kementerian Pendidikan Tinggi dan dah setahun lebih di sini. Alhamdulillah. Di bahagian saya, diorang tak pandang PSH 41 ni lagi rendah dari kerani. Siap ada yang panggil sy bos lagi. Tapi, kami pegawai2 kat sini bergaul dengan semua peringkat. Takde 'gap' antar kerani dan pegawai. Tapi, saya tak tau la kalau di bahagian lain.
ReplyDelete#jgnkecamsaya
Waalaikumsalam..alhamdulillah ☺️
Deletesalam, cmne procedure nak dapatkan bonus rm500 tu? tq. :)
ReplyDeleteWaalaikumsalam, maaf lambat maklum balas 😞
Deletenak tanya berapa lama masa selalunya untuk dipanggil bekerja jika dah hantar resume ?
ReplyDeleteBergantung pada jabatan tersebut. Selalunya tak lama, dalam sehari dua. Paling lewat seminggu
DeleteHai kak :)
ReplyDeleteKin skrg PSH di UiTM tapi level SPM. Sakit la juga kak .. nanti lah nak try diploma nye level :)
Hai..alhamdulillah..rezeki ☺️
Deletekeje PSH nie senang tp tu la bab gaji ni memang lambat dia orang kira.. kekdg cpt kekdg lmbt.. stresssss...
ReplyDeleteRezeki Allah nak bagi ☺️
DeleteSaya penjawat PSH sekarang, tumpang tanya..kita dibayar hari atau jam?sebab sepatutnya khamis (johor) jumaat ( selain johor) akan balik awal kan.
ReplyDeleteAkan dibayar gaji..jika bekerja pada hari jumaat dan sabtu seperti biasa, dibayar hari juga
Deletesaya penjawat PSH sekarang..nak tanya..hari khamis ( johor ) jumaat ( selain johor ) sepatut nya balik jam bape ye?kita dibayar mengikut jam atau hari ye?
ReplyDeletesalam tuan nak tanya, psh kat mana ya?
Deletesalam..sy pun skrg bekerja sbgai PSH di jabatn perangkaan..tahun ni sy baru tau ada PSH..alhamdulillah..wlupun bukan tetap tp ada jg rzki utk ank..syukur sngt..
ReplyDeleteAlhamdulillah tahniah ya..tahun lepas saya PSH di DOSM juga ☺️
DeleteSalam. Mohon cik yaya emelkan kepada sy resume, surat permohonan dan lain2 berkaitan psh. Teramat2 berminat dan nak mencuba nasib. Terima kasih
ReplyDeleteWaalaikumsalam..in shaa Allah ☺️
DeleteJawatan kosong psh diperlukan di klinik pergigian kg pandan dalam daerah Hulu langat...jawatan pembantu perawatan kesihatan..segera,,call no nie 01127068986
ReplyDeleteTerima kasih makluman ☺️
Deletesalam sis..kalau di semester akhir (degree)..blh gna rsult terakhir ke??
ReplyDeleteWaalaikumsalam, maaf lambat maklum balas 😞
Deleteassalam nak tanya soalan ap yg selalunya ditanya waktu interview
ReplyDeleteWaalaikumsalam, berkaitan diri, pengalaman bekerja ☺️
DeleteNk tnya kalo kita hantar pemohonan ke pelbagai jabatan,cover letter nk kena pakai alamat setiap jabatan tu ke cmne
ReplyDeleteHantar resume sahaja ☺️
DeleteDulu masa usia pertengahan 20an saya pernah bekerja PSH Sambilan ni di HKL. Wktu tu kontrak disambung setiap tahun & ada cuti tahunan 7 hari. Alhamdulillah rezeki Allah luas, setelah bertahun2 kerja di bidang swasta & keluar masuk beberapa syarikat, dikurniakan anak 3 orang, umur pun mencakupi 30an, akhirnya ditawarkan bekerja di bidang govt secara tetap. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui rezeki seseorang, baik kecik atau besar, baik cepat ataupun lambat..yg penting jgn lupa kepadaNYA.
ReplyDeleteAlhamdulullah rezeki Allah swt nak beri ☺️
DeleteBaru dpt panggilan tadi dari Jab Perangkaan Gombak😉
ReplyDeleteAwk dh prgi interview?. Soalan yg mcm mne ye yg ditanya?
Deletesama la . sy pun dapat kat jabatan perangkaan johor . Alhamdulillah , start 3/10 dah kerja
Deletesama la . sy pun dapat kat jabatan perangkaan johor . Alhamdulillah , start 3/10 dah kerja
DeleteAlhamdulillah rezeki semua ☺️
DeleteApapun lebih baik kerja swasta atau buka bisnens sendiri lagi bgus..
ReplyDeleteNasib pekerja PSH ibarat hamba abdi, buat kerja lebih dari staff tetap..
Kadang2 kasihan juga dengan tanggungjawab mereka..
K.P.I dan kualiti yang ditetapkan utk psh pula jauh lebih berkualiti berbanding staff tetap sedia ada..
Betul saya setuju..pencacai pun lebih mulia dari psh ni
Deletelepas 3 bulan tak nak sambung dah boleh ke? sb dalam masa jadi psh tu saya cari kerja lain jugak hehehe
ReplyDeleteBoleh ☺️
Deletedulu aku PHS kt mjlis daerah.. rugi keje cmni..nak plak kalau byk cuti umum.. benefit pn xde..nk serap jd tetap punyalah payah..
ReplyDeleteNk tya klu ada diploma tp gaji dibayar mengikut spm boleh mintak ubah tak?
ReplyDeleteUntuk jawab soalan ni, saya rasa kena ikut syarat yang dia tetapkan, ataupun gred untuk jawatan tu. Contoh, kalau jawatan yg kita dapat tu untuk Gred 41, kita layak untuk dapatkan gaji gred 41, Kalau kerani biasa yg 17/11 biasa rate gaji ikut level spm. Kalau untuk diploma tak silap saya gred 29.
DeleteBetul maliya ☺️
Deletewah... sy pun pernah jd PSH kt JKR .. bestnye sebb xbyk sgt kerja dan selalu ade mkan2..
ReplyDeleteape y buat sedih bile nk benti sume muka sedih and siap kasi hadiah lagi.. bagus sgt kalau y fresh graduate ni.
ALhamdulillah. sekarang dh kerja tetap...
macam kat tempat lama saya jer tu 😄
Deletegood sharing
ReplyDeleteThankyou 😄
DeleteAssalamualaikum.. Nak tanya ye.. Untuk jawatan gred 19, perlukah kita sertakan skali transkrip degree ye.. Or just sijil spm sahaja.. Terima kasih..
ReplyDeleteWaaaikumsalam..boleh beri kedua - duanya ☺️
DeleteAssalamualaikum.. Nak tanyaa yaa..untuk jawatan gred 19 perlu kita sertakan transkrip degree ke? Or just sekadar sijil spm?
ReplyDeleteassalamualaikum, maaf bertanya. macam mana ya kalau PSH nak cuti? kena buat surat tak
ReplyDeleteWaalaikumsalam , ya kena buat juga ☺️
Deletemaaf , nak tanya mcm mana nk apply cuti ya? ada kena buat surat tak
ReplyDeleteuntuk resume tu nak hantar dalam bahasa inggeris ke bahasa malaysia?
ReplyDeleteAs Salam Yaya.. Ada tips utk exam Pengambilan pekerja harian ni x?
ReplyDeleteSaya merupakan psh 5 tahun..kelululsan saya pun spm kredit 2 ja..lulus bm, kredit pendidikan islam Dan sejarah ja..bila nak apply perjawatan tetap, Tak lepasi syarat yang ditetapkan..bila saya dgr cam tu luluh jantung saya..seolah olah cam x da Masa depan yang baik..kecews
ReplyDeletesusah tak interview psh ni?
ReplyDelete