بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Sewa Ruang Iklan di Blog - Cara Promosi & Impak Jualan : Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pengiklanan merupakan salah satu cara paling mudah dan berkesan untuk mempromosi produk, perkhidmatan dan jenama serta memberi impak dalam meningkatkan hasil jualan. Salah satu cara pengiklanan termudah, terkini dan semakin popular adalah dengan menyewa ruang iklan di blog.
Semakin ramai orang menggunakan telefon pintar, ditambah pula dengan kemudahan internet yang semakin murah dan mudah menjadikan semua media ditalian menjadi bertambah penting. Salah satu media ini adalah blog (blogger) yang kini bukan lagi sesuatu yang asing dikalangan pengguna media sosial. Jaringan media sosial ini pula saling berkait dan ianya telah menjadi sesuatu yang semakin diutamakan dalam kehidupan masyarakat masa kini.
Semakin ramai orang menggunakan telefon pintar, ditambah pula dengan kemudahan internet yang semakin murah dan mudah menjadikan semua media ditalian menjadi bertambah penting. Salah satu media ini adalah blog (blogger) yang kini bukan lagi sesuatu yang asing dikalangan pengguna media sosial. Jaringan media sosial ini pula saling berkait dan ianya telah menjadi sesuatu yang semakin diutamakan dalam kehidupan masyarakat masa kini.
Isu Sewa Ruang Iklan Di Blog
Pengiklanan diblog bukan lagi suatu perkara yang asing. Kini hampir kesemua blog pasti ada iklan sama ada dari syarikat pengendali iklan ataupun melalui sewa ruang iklan. Apa yang akan difokuskan disini adalah pengiklanan melalui sewa ruangan iklan di blog.Ianya berlaku kerana terdapatnya perbezaan tahap penilaian sesebuah blog yang dinilai melalui jumlah trafik (unik & view), interaksi (follower & komen), status (PR & Alexa), kejayaan serta populariti blog atau pemilik blog tersebut.
Kekuatan serta keberkesanan niche sesebuah blog yang mampu memberi nilai tambah kepada produk atau perkhidmatan yang diiklankan juga turut memainkan peranan dalam penetapan harga sewa ruang iklan. Selain itu, harga iklan juga berbeza ditentukan mengikut saiz paparan serta kedudukan iklan didalam blog
Ada blogger yang membuat produk review sebagai salah satu cara promosi untuk memberi lebih keberkesanan terhadap sesuatu produk dan perkhidmatan. Namun ianya memerlukan bayaran tambahan dengan harga yang lain pula.
Walau bagaimanapun, harga sewa ruang iklan di blog ini masih terlalu rendah dan amat murah berbanding pengiklanan di media sosial yang lain dimana ada blog yang meletakkan harga sewa serendah RM5 untuk tempoh sebulan! Ini merupakan satu kelebihan yang wajar dieksploitasi sebaiknya bagi mereka yang bijak melihat peluang dan ruang yang ada.
Promosi Dan Impak Pengiklanan di Blog
Wajarkah blog ada iklan? |
Namun begitu, peranan iklan di blog sebagai medium promosi dalam meningkatkan serta mengukuhkan produk dan jenama untuk jangkamasa panjang adalah amat berkesan sekali dan ianya tidak boleh dinafikan.
Oleh itu boleh dirumuskan, pengiklanan melalui sewa ruang iklan di blog adalah satu pelaburan yang tidak akan merugikan. Walaupun tanpa hasil jangka pendek tetapi ianya tetap memberi promosi segera serta impak untuk jangkamasa panjang.
Pemilihan blog yang bersesuaian serta mempunyai nilai yang tinggi terutama dari segi trafik dan populariti akan dapat memberi impak dan keberkesanan dalam pelaburan pengiklanan di blog.
Iklankan perniagaan anda di sini. Hanya emelkan NAMA, NO. TEL. ALAMAT BLOG, ARTIKEL PERNIAGAAN, GAMBAR, LINK FACEBOOK, NAMA INSTAGRAM, ect untuk masuk dalam iklan.
No comments:
Post a Comment