10 July 2015

Cerewet Sebab Nak Sejarah Keputusan A

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran Ayahanda Tun Dr Mahathir Mohamad yang ke 90. Semoga panjang umur dan dikurniakan kesihatan yang baik. - Mukhriz Mahathir.Itu antara ucapan ringkas dari seorang insan bernama anak.



Pertama kalinya bersyukur ke hadrat Illahi atas limpah kurnianya diberi kesihatan yang baik pada jumaat terakhir dan semoga Tun Mahathir sihat wal`afiat hendaknya.

Teringat lagi waktu sekolah menengah dulu untuk subjek sejarah kena pilih Perdana Menteri Malaysia untuk buat kajian biodata, pencapaian serta yang berkaitan dengannya, Yaya dan rakan - rakan memilih Tun Dr. Mahathir untuk melengkapkan kajian sejarah kami dan ternyata hasil kajian kami tidak sia - sia dan diberi pencapaian yang cemerlang serta mendapat A bagi kerja kursus Sejarah Tingkatan 3 pada tahun 2005.

Habis balik sekolah sahaja Yaya dan kawan - kawan akan ke perpustakaan yang dulu nama sekolah Yaya Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh Jaya di Pahang. Tidak dinafikan Yaya banyak membesar di negeri Pahang walaupun asal kelahiran di negeri Johor. Tapi di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung kan....

Pada hari Sabtu dan Ahad Yaya rajin ke cyber cafe nak cari maklumat berkaitan Tun Dr. Mahathir, termasuklah melangkahkan kaki ke perpustakaan awam. Kalau boleh semua yang dah Tun Dr. Mahathir buat untuk Malaysia dan dunia ni Yaya nak review kan kan ke dalam log sejarah Yaya. Alhamdulillah tidak sia - sia ke sana ke mari untuk dapatkan apa yang Yaya nak hingga rasa puas dengan hasil yang dah Yaya miliki.

Tiba waktu malam pula, log kerja kursus akan diisi dengan kandungan yang Yaya dah dapatkan hasil carian Yaya di perpustakaan samaada di sekolah mahupun perpustakaan awam. Di rumah ummi dan ayah Yaya dah sediakan kemudahan seperti pc, laptop, mesin cetak dan pengimbas untuk kami adik - beradik gunakan sewaktu pembelajaran. Kami sentiasa dipantau sentiasa oleh kedua - dua ibu bapa kami dalam apa jua yang kami masukkan dalam memori komputer. 

Yaya cerewet? Ya! Yaya memang cerewet dan Yaya seorang yang teliti pada setiap yang Yaya akan lakukan. Jadi, tidak hairanlah kalau kata Yaya akan buat research dulu sebelum nak dapatkan apa yang Yaya mahukan. Kerja kursus Sejarah Yaya mempunyai kandungan sebanyak 100 lebih hampir ke 200 muka surat yang mana bukan sahaja mengandungi perihal Tun Dr. Mahathir semata - mata, malahan termasuklah pencapaian, jasa beliau kepada Malaysia dan dunia serta hal - hal berkaitan politik termasuklah gambar - gambar mengenai setiap cerita dan peristiwa. 

Moga dengan perkongsian ringkas Yaya dapat menimbulkan rasa cinta dan kasih kepada negara tercinta. 


6 comments:

  1. Fuyooo..hebat lah yaya dpt sejarah A...org dulu subjek sejarah pling x suka sbb kna ingt fakta dia...tp nsb baik lps jgk...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. fuuyyooohhhhh...terkejut dapat fuyoh...hihi....orang tak suka jugak sangat sejarah sebab pening nak ingat fakta....tapi sebab kita jiwa patriotik kot..ehh??hihi....

      Delete
  2. akak ni tak minat subjek sejarah tapi tak sangka masa spm dpt A..

    ReplyDelete
  3. kita sejarah pmr B... sejarah spm.. ermm memang bersejarah yang hhado... ngerii

    ReplyDelete