11 July 2015

KUNING DIRAJA : Say Goodbye to the Pain and the Past

Can I just said something Crazy? Let it go to the pass Yaya and wake up wake up wake up, ummi ayah taknak anak ummi ayah menangis lagi, terus bangun dan langkah ke hadapan tanpa toleh belakang lagi. Ada sesuatu yang Dia masih sembunyikan. Jangan menangis anak ummi dan ayah, ummi ayah sayang anak - anak ummi ayah....for the first time and forever ungkapan ni Yaya akan ingat tiap kali hampir jatuh. Perasan ehh banyak bahasa Inggeris Yaya gunakan untuk entry kali ni dari cerita kartun Frozen? tahu tak si kembar dua tu punyai pelbagai cabaran dalam kehidupan mereka? now we say Goodbye to the pain and the past. 


Tengok gambar kat atas tu Yaya yang pendek lagi comel oh yaa Yaya tahu ada yang nak kata comel jer kecik molek....boleh tak bagi Yaya ruang nak bercerita sikit? kata comel jer malulah I nak teruskan cerita ni....haishh....actually ai is dah ada baju raya beli dah sebelum nak puasa lagi and waktu tu kebetulan nak guna untuk photoshoot di Mojo Studio bagi mempromosikan Pakej Raya 2015 diorang murah jer RM100 jer, murah tak?? murah kan...wow!

Jubah warna hijau Yaya dah ada dah untuk raya tahun ni and warna dia hijau hitam tapi Yaya dah ada baju puplum kuning ni yang Yaya beli di First Lady yang baru sahaja siap renovated di Jalan TAR. First Lady yang mempunyai tiga tingkat buat Yaya rambang mata macam nak beli banyak - banyak and of course dari zaman study lagi Yaya dah mula jadi pelanggan setia First Lady ni  sebab senang sikit nak cari baju kurung dengan saiz Yaya yang kecil ni. Tahu tak susahnya nak cari baju saiz XXS ni? huuuuu....



Yaya akan pastikan raya kali ni menjadi titik sejarah dalam kehidupan Yaya yang inginkan pembaharuan bagi Yaya akan bakal menamatkan umur 24 tahun pada bulan Ogos nanti..hihihii.....ai is tak tua lagi yee....ai is awet muda....hihihii....Penggunaan baju puplum warna kuning diraja tahun ni menjadikan Yaya lebih yakin untuk tampil lebih anggun, sopan dan bergaya serta mengenakan hijab yang sesuai dengan baju ni. Halfmoon pink tu kebetulan Yaya nak cuba jer....

Penyatuan manik pada puplum menarik perhatian Yaya sebagai seorang beading tailor. Kekemasan jahitan amat penting untuk Yaya supaya tidak bercabut manik dengan labuci dia. So pastikan kepada sesiapa yang suka tengok manik dengan labuci dekat baju kena pilih betul - betul. Tengok dulu jahitan dia kemas ke tidak ehh....kang menyesal tercabut - cabut lepas tu malu nanti....hihii....tengok pula pada warna manik dengan labuci dia tu pudar ke tercabut ke, lepas tu compare kan dengan harga dia, berbaloi ke tak?? kalau baju yang ada batu - batu tu tengok juga lerr tercabut - cabut ke tak...tak mao tengok cantik pastu main beli jer....ai is ni kira pakar jugalah dalam beading ni...hihihii.....ai is bagi tip - tip sikit - sikit....whoops!


Bagi yang belum berkesempatan membeli - beli untuk persiapan raya, masih belum terlewat untuk kamu mencari busana pilihan hati, tambahan pula kini terdapat pelbagai rekaan dress yang cantik - cantik termasuk baju kurung mahupun jubah yang bukan saja cantik dan selesa, malah sampak sopan bila dipakai. Carilah yang berkenan di hati, amalkan kesederhanaan di hari raya yang mulia ini.

Salam sayang

Yaya Cendana





4 comments:

  1. Susah bila kita sorang lelaki dlm rumah..macm kena buli ada gak..; pcl anak dara 2 orang ..bila nk pilih baju raya; memang lama..bersiap pon gitu gak..eh apa aku nak cakap ni kat komen box yaya..boleh la asal singgah dan komen..tak suka jadi silent reader di blog orang . Yang benar PCL :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi....sampai rasa kena buli nahh....hehehee....biasalah...perempuan...banyak karenah....dapat anak dara ramai..lagi banyak karenahnya...heheehehee

      Delete
  2. kecik comek adik yang sorang ni ye hehehe.. untung la size XXL hehe..
    kalo CT hahahak =P kaki je muat masuk tu..

    ReplyDelete