19 September 2015

Apa Rasa Dipermainkan & Diperalatkan ?

Assalamualaikum ....
Pertama sekali yaya nak beritahu sikit , entry yaya kali ni panjang macam buat surat . Harap ada yang sudi teruskan membaca entry yaya ni ....hurmm...

Semalam aku dikejutkan dengan perkara yang amat menyakitkan hati aku dan ini pertama kalinya aku merasa sebegini perasaan aku bagai dihiris - hiris dan dicincang - cincang . Tuhan sahaja yang tahu macam mana hati aku ni meraung dan menggigil disebabkan depan mata aku sendiri berlaku semua ini . Aku tahankan rasa sedih tu....aku simpan ketika waktu bertugas dan aku tahankan airmata aku daripada keluar...

Dalam lebih kurang beberapa minit lagi jam akan menunjukkan pukul 1.00 pm semuanya terbongkar . Ketika itu aku 'stalk' manusia - manusia tu . Di situ aku baca gaya percakapan mereka ketika berada di laman sosial . Apa yang ada dalam fikiran aku adalah .. biarlah aku sahaja yang tahu ... Bila 'flashback' kembali , aku terasa kenapa semua terjadi pada aku ? Kenapa aku pergi bantu orang macam tu ? Seolah - olah mempermainkan aku , mempergunakan aku dan aku ni siapa pada dia selama ini ? Ingin sahaja aku 'screenshot' segala mesej antara aku dan manusia itu dan letakkan di entry aku hari ini . Aku korbankan waktu tidur aku dan kalau aku nak ceritakan di sini banyak lagi . Tapi ...

Selama lebih kurang 3 jam aku mehanan segala kepedihan aku yang aku simpan sewaktu aku bekerja . Siapa dia nak buat aku macam tuh ? Semalam juga aku dapat bayaran hasil daripada aktiviti blogger yang aku ikut pada hari Rabu yang lalu dan aku mengambil keputusan untuk pulang ke Johor . Dengan sehelai sepinggang aku balik . 

Sepanjang perjalanan aku ke Terminal Bersepadu Selatan , aku ditemani dengan mesej - mesej dan panggilan daripada manusia yang memperalatkan aku . Kau tahu apa perasaan aku ketika itu ? Aku dikelilingi oleh orang ramai . Terasa macam nak menjerit bila baca mesej dan bercakap dengan kau , tahu tak .... tapi aku tahankan . Aku simpan . Aku sabar . . dan aku sedih . . 

Mungkin di sini ada yang tertanya - tanya siapa yang aku maksudkan di sini . Hurmm....kalau ada yang perasan pada Giveaway yaya yang ketiga baru - baru ini , ada satu nama yang dah yaya keluarkan dari senarai . Disebabkan yaya terasa dipergunakan / diperalatkan , yaya block beliau di kesemua laman sosial . 

Setelah berlaku peristiwa ini buat pertama kalinya , yaya jadikan ianya sebagai satu pengajaran dalam hidup yaya yang yaya tidak akan mudah percayakan orang dan lebih berhati - hati agar tidak terulang lagi perkara yang sama terjadi dalam hidup . 

Buat Mr. H . I , terima kasih atas segala yang telah awak lakukan semua ini . Terima kasih mengambil kesempatan terhadap peluang yang diberi .. dan terima kasih kerana memperalatkan saya . Saya tahu awak akan baca post saya dan baca segala cerita di sini . Semoga ianya memberi pengajaran kepada awak dan buat orang lain di sana agar tidak menjadikan perasaan sebagai satu taktik untuk naikkan nama . Lega apabila masalah ini diakhiri dengan pembatalan beliau untuk dipaparkan ke dalam dua buah majalah . 

Terima kasih buat angah dan rakan - rakan yang lain kerana memberi kata semangat , dorongan dan nasihat kepada yaya . Yaya hargai . Yaya bersyukur diketemukan dengan korang semua . 

Sekian sahaja luahan rasa hati yaya . 

Wassalamualaikum . . .

Yaya Cendana

26 comments:

  1. Manusia yaya, jgn harap melebihi kemampuan manusia. itu je yang ubai pernah belajar dulu.. ^^

    letak Allah dlm hati,nanti hati kembali tenang ;)

    ReplyDelete
  2. Sabar k.yaya. lelaki mmg mcm tuu. X pernh fikir perasaan prempuan. Sbb tu lela pon dh serik dgn lelaki. Dye tak pernah rase ap yg kite rase. Tapi xpe. Ingt ni je. Wat u give, u get back. Lepas ni belajar untuk jdi wanita yg kuat. Kite boleh je hidup tnpa lelaki. Kipidap k.yaya.

    ReplyDelete
  3. Sabar k.yaya. lelaki mmg mcm tuu. X pernh fikir perasaan prempuan. Sbb tu lela pon dh serik dgn lelaki. Dye tak pernah rase ap yg kite rase. Tapi xpe. Ingt ni je. Wat u give, u get back. Lepas ni belajar untuk jdi wanita yg kuat. Kite boleh je hidup tnpa lelaki. Kipidap k.yaya.

    ReplyDelete
  4. sabar-sabar. ada hikmah apa yang berlaku :)

    Azney singgah dari segmen BW Uzu

    #76. http://www.azneyshamsuddin.com/

    ReplyDelete
  5. yaya.. be strong.. lumrah manusia hanya disamping kita bila saat diperlukan saje.. tabah ye.... buang je memori bersama, bina memori baru...

    ReplyDelete
  6. Sabar ye yaya.. Susah nak 'baca' org skg ni. Luaran nampak baik tapi tak tau dalamannya bagaimana...

    ReplyDelete
  7. Sabar ye yaya.. Susah nak 'baca' org skg ni. Luaran nampak baik tapi tak tau dalamannya bagaimana...

    ReplyDelete
  8. Sabar yaya..mcm2 jenis orrg skrg nihh.

    ReplyDelete
  9. Be strong Yaya.. anggap semua ni salah satu dari pengalaman hidup Yaya dan ia akan mematangkan Yaya in future...Jangan cepat melatah bertindak secara rasional.. nanti beliau pun akan dapat juga balasannya :)

    #muahmuahciked :)

    ReplyDelete
  10. Bertabah laa yaya. Jnji typo itu pasti. Hihi. Kipidap dungibap...

    ReplyDelete
  11. Be strong my dear yaya, insyaAllah Allah gantikan dengan sesuatu yang lebih indah di hadapan..

    ReplyDelete
  12. Sabar sabar dan teruskan bersabar ya yaya

    ReplyDelete
  13. Be strong & keep smile. Sabar ya Yaya. Apa² hal, kami semua ada

    ReplyDelete
  14. May Allah bless you kak yaya :)

    ReplyDelete
  15. saw blog awak at BW Emas Putih :) aww relax relax! don't get angry so much ><

    ada masa do visit my blog too :) thanks :D

    www.marcsjy.com

    ReplyDelete
  16. sabar dgn ujian Allah & semoga sis terus tabah. Jangan terus bersedih, keep smile :)

    ReplyDelete
  17. Be strong dear. Manusia mmg mcm2 ragam :) be happy. #MuchLove. #BigHug #Love

    ReplyDelete
  18. Alolololo..sapekah si dia yang telah mempermainkan hati dan perasaan Yaya ni. Chill !

    ReplyDelete
  19. Allah suka orang yang sabar yaya.. ngadu pada Allah sokmo, insyaAllah rasa tenang..")

    ReplyDelete
  20. dihiris hiris dicincang cincang lumat , dihancur hancur , diretak2 dipecah2 disiat siat bagai sembilu bisa....

    sabir jer la... Allah kan ada

    ReplyDelete
  21. Sygg.. Sy rasa puas bace entry awak. Series puas.. Rasa terluah segalanya.. Sebab selama ni.. Sy cuma pendam, diam, sengsorang.. Sy xtahu nak express my sadness, my hurt feeling.. Sy hrp sy kuat mcm awak yaya..

    ReplyDelete