20 September 2015

Kaio Studio : Photographer & Videographer BERPOTENSI




KAIO STUDIO


Anwar Abdullah atau nama sebenar Khairul Anwar Abdullah yang juga dikenali sebagai Kaio di kalangan rakan - rakannya . Beliau berkelulusan Management & Science University (MSU) , Malaysia dalam jurusan hospitaliti dan pelancongan telah memulakan kariernya sebagai pemandu pelancong berlesen dari Kementerian Pelancongan Malaysia pada tahun 2008 di mana Kaio berpengalaman menguruskan rombongan dari serata negara ke seluruh dunia seperti Iran , Jepun, Vietnam, China, Thailand, Poland dan Arab. Kaio juga pernah ke kaca televisyen, majalah dan akhbar sebagai pemandu pelancong muda yang berjaya dan cemerlang.





Pada tahun 2009 , beliau adalah seorang blogger yang pada mulanya menjadi hobi dan secara suka - suka dan mula aktif semula pada tahun 2011 . Kaio juga mudah dikenali ramai atas penglibatan diri beliau bekerjasama bersama Harian Islam, Oh Media! ,  I Luv Tour dan terbaru bersama Kelab Blogger Ben Ashaari.




Antara kenangan Kelab Blogger Ben Ashaari bersama Kaio Studio . Sila ke sini untuk melihat foto - foto hasil daripada Kaio Studio . 



Video bagi Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari


Stylo Workshop by Wawa Idris with Kelab Blogger Ben Ashaari






Kaio yang amat meminati bidang photoghraphy dan videography membuatkan beliau terjun ke bidang kreatif ini pada tahun 2012 dengan jenama Kaio Studio yang pada permulaannya mendapat permintaan ramai terhadap shoot video dan photo secara suka - suka seperti muzik, filem pendek dan juga majlis - majlis perkahwinan.



Disiplin dan kerjasama ketika menjalankan tugas bagi acara akad nikah



Sekitar tahun 2015, Kaio Studio telah mula berkembang dengan melebarkan sayap ke serata Malaysia dan juga ke luar negara seperti Paris dan Cairo, Mesir bagi menjalankan tugasan videography di sana bersama selebriti dan pereka fesyen terkemuka Malaysia seperti Ezuwan Ismail dan Melinda Looi.




Kepakaran beliau dalam melakukan kerja - kerja photography dan videography membuatkan beliau terpanggil untuk ke negara Asia Tenggara sebagai jurugambar bagi syarikat Felda Global Venture ke Chiang Mai untuk lawatan teknikal ke sana. Selain daripada itu juga, Anwar Abdullah juga pernah menghasilkan video korporat untuk tokoh perniagaan berjaya Malaysia iaitu Datuk Maznah Hamid yang dikenali sebagai 'Iron Lady'. Baru - baru ini, Kaio berpeluang untuk membuat liputan video dan gambar ketika pelancaran 'Discover Thainess 2015'' di Bangkok bersama Majalah Asia Horizon yang dijemput khas oleh Tourism Authority of Thailand.







Kaio Studio juga tidak terlepas dalam penglibatan mereka bagi acara - acara pertunjukan fesyen, dan persembahan artis - artis tersohor tanah air seperti Dato` Siti Nurhaliza.


Pencapaian Kaio Studio



  • Cover Magazine Photoshoot with Anuar Zain in Paris (video by Kaio Studio)
  • Mothers Day Miracle Night with Dato Siti Nurhaliza
  • Lumiere Fashion Show, MiTC Melaka
  • Jubah Eisa by Ezuwan Ismail feat. Ungku Ismail Aziz Videoshoot in Cairo, Egypt.
  • Ceres Jewels Bollywood Gala Night
  • Pure Lens by Mawar Rashid.
  • Official videogreapher for IMBAS by Zawara Fashion Show 2015
  • Islamic Fashion Festival Kembara Nazneen 2012, Perlis
  • Korporat video ICON OFFSHORE Sdn Bhd


Hasil Kerja Kaio Studio





Hasil kerja Kaio Studio untuk Anuar Zain In Paris


Editing video by Kaio Studio



Lumiere VIP Fashion Show by Kaio Studio



Jubah Eisa by Ezuwan Ismail feat. Ungku Ismail Aziz in Cairo, Egypt

Sekeping shoot produk hijab by Kaio Studio




Penggambaran di Kota Paris




Kolaborasi Kaio Studio & EMC AERIAL
Pure Rose Lens - Kaio Studio




Bagaimana untuk menghubungi mereka ?


Sejujurnya Yaya amat berpuashati dengan hasil kerja Kaio Studio dan Yaya mengsyorkan kepada yang memerlukan khidmat fotografer dan videografer bagi sesebuah program untuk memilih Kaio Studio. 

Boleh klik link di bawah untuk panggil mereka ke hari bersejarah anda .


Facebook : Kaio Studio
Twitter : @kaiostudio 
Blog : Kaio.my
Youtube : kaiostudiotv


Dalam bidang photography dan videography ni kita kena banyak berkolaborasi, Sebab bila kita berkolaborasi, banyak ilmu yang yang kita boleh exchange. Antara ilmu yang kita boleh kongsi adalah teknikal marketing, technique, pengurusan syarikat dan yang paling penting exposure kita dapat masa shoot event - Khairul Anwar Abdullah



19 comments:

  1. Wahhh...boleh laa utk majlis kawen i nanti...ehhh..haha

    ReplyDelete
  2. Best best..sangat disyorkan kaio studio ni..

    ReplyDelete
  3. Teringin nak join Family Day KBA tu. :)

    ReplyDelete
  4. tgk hasil2 kerjanya... mmg cantik!

    ReplyDelete
  5. berpengalaman luas kaio studio ni! Highly recommended la ye...

    seronoknya family day...

    ReplyDelete
  6. Recommended.. two thumbs up utk kaio..

    ReplyDelete
  7. wahh cantek hasil kerjanya.. Gud Job!

    Kunjung balas dr Mummy Julia http://notachentamummy.blogspot.com .. Done follow back..TQ

    ReplyDelete
  8. Wah! Thanks for the recommendation.

    Kunjung balas dari www.sovitamin.com

    Dah follow juga. Salam perkenalan :D

    ReplyDelete
  9. wowww! dia punya effort! cari gambar2 kat fb! stalker kita eh? haha!

    ReplyDelete
  10. Wow! Hasip kerja yang hebat. Boleh jadi inspirasi :)

    Balas kunjungan ya, Yaya..tq

    ReplyDelete
  11. TQ sudi blog saya yer :)
    ummirdinacong.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. done follow

    cantik blog... :-)

    www,sihatanggun.com

    ReplyDelete
  13. balas kunjungan awak dari entri saya ini:
    http://huseinrider.blogspot.com/2015/09/percutian-bajet-ke-pulau-perhentian_11.html
    saya dah lama follow blog ni. tq

    ReplyDelete
  14. Bagus betul kolaborasi Kaio Studio nie...

    Boleh cepat lebarkan sayap perniagaan...Good Job

    ReplyDelete