29 September 2015

FENOMENA Super Blood Moon hanya akan berlaku lagi pada 2033



Assalamualaikum...pagi ni yaya rasa macam lapang sikit, tak banyak kerja sangat dan buat yaya menjadi - jadi nak 'search' macam - macam dekat Mr. Google..sampailah yaya dapat satu topik menarik untuk yaya tahu. Pengetahuan Am, yaya suka sangat baca Pengetahuan Am...lebih - lebih lagi lebih kepada fiksyen Sains. 

Kalau macam cerita, yaya pun lagi suka tonton cerita fiksyen sains..Sebagai contoh, 'Atmosphere', 'Star Wars', 'The Terminator', 'Avatar', 'Chappie', 'X-Men', 'Twilight', 'Avengers' dan banyak lagi..haaa....jangan kata cerita mat salleh jer yang yaya pilih buat senarai yee..sebab memang hakikatnya kalau movie fiksyen sains, yaya lebih memilih movie mat salleh berbanding negara India mahupun tempatan.

Apa itu 'Super Blood Moon' ?

Apa yang yaya nak kongsikan sikit dekat sini, berdasarkan hasil bacaan yaya pada banyak bahan bacaan di laman sosial, 'Super Blood Moon' atau lebih dikenali sebagai 'Bulan Berdarah' adalah gabungan tiga kejadian bulan penuh, fenomena Perigee dan juga gerhana bulan. Dalam tempoh beberapa tahun sekali, satu fenomena gerhana bulan yang kelihatan aneh akan berlaku kerana pada waktu itu bulan akan bertukar warna menjadi kemerah - merahan.

Walau bagaimanapun, fenomena itu hanya dapat dilihat dengan mata kasar di benua Eropah, Afrika, Amerika dan juga sebahagian barat dan selatan Asia sahaja kerana kejadian itu adalah perubahan pada pergerakan bulan ketika hampir dengan bumi.


Gabungan bulan penuh hanya dapat dilihat jelas terutama pada waktu siang. Fenomena 'Super Moon' berlaku kerana bulan berada pada kedudukan orbit paling hampir dengan bumi yang dikenali sebagai 'Perigee'. Semasa bulan di kedudukan 'Perigee', ianya dalam fasa penuh dan boleh dilihat lebih dekat dan lebih terang berbanding biasa. 

Fenomena gerhana bulan yang menyebabkan ianya kelihatan berwarna merah disebabkan bayang - bayang pembiasan cahaya matahari oleh atmosfera bumi. Kali ini, peluang untuk lihat saiz bulan iaitu 14% lebih besar berbanding semasa gerhana penuh pada April yang lalu. 

Semasa fenomena 'Super Blood Moon', bulan akan kelihatan lebih terang sebelum gerhana dan berwarna kemerah - merahan semasa gerhana. Fenomena ini mudah dilihat orang ramai yang berada di kawasan ianya berlaku. Orang ramai boleh melihat fenomena tersebut tanpa memerlukan sebarang peralatan bantuan penglihatan seperti 'mikroskop'.

Di Malaysia, hanya fenomena Apogee dan bulan penuh yang dapat dilihat dengan mata kasar pada April yang lalu. Tambahan pula, kejadian yang menggabungkan tiga fenomena ini hanya akan berlaku lagi pada 2033 akan datang. Di Malaysia, gerhana bulan dapat dilihat pada 2018 nanti. 


Selain itu, 'Super Moon' juga boleh memberi kesan terhadap bumi di mana kejadian pasang surut laut akan berlaku, namun tidak akan menyebabkan berlakunya bencana alam kerana bulan mempunyai daya tarikan graviti yang mampu mempengaruhi air laut.

Sebagai kesimpulan, perlu untuk kita tahu kejadian alam semesta yang Allah swt cipta adalah suatu anugerah terindah terhadap penduduk bumi untuk melihat ciptaanNya yang amat unik, agar menyedari kita sebagai hambaNya perlu bersyukur di setiap apa yang tertulis pada qada` dan qadar DIA .

Wassalam...


9 comments:

  1. kuasa Allah semua nya kan.. pernah tngk yang jelas pun gerhana je..
    yang lain2 x pernah..

    ReplyDelete
  2. terima kasih kerana sudi share tentang ni.. tambah pengetahuan am:)

    ReplyDelete
  3. Tak penah tgk lagi gerhana bulan..nice sharring yaya..info yg mnarik..tanda kekuasaan Allah..

    ReplyDelete
  4. awakkk...

    jemput singgah entry ni .
    kita ada tag awakkk

    http://akutechikmolek.blogspot.my/2015/09/segmen-blogwalking-hanis-masturina.html

    ReplyDelete
  5. nice..ada malam hari tu sy sempat tengok juga blood moon tu..so, cantikkk...hehehe

    ReplyDelete