Assalamualaikum
Seronoknya !! Ini adalah pengalaman pertama buat yaya bersama rakan – rakan
media . Terima kasih kepada bro Zairie Ramli , ketua rekrut bagi ahli – ahli
The Feratics , kerana sudi menjemput kami ke Asean Musical Extravaganza 2015 yang
bertempat di MATiC , Kuala Lumpur.
Event ini bermula pada pukul 8.30 malam yang dimulai dengan lagu ‘Negaraku’
dan lepas tu kitorang dihidangkan dengan alunan musik yang merdu juga
mengasyikkan daripada beberapa buah negara Asean yang diwakili oleh negara Asia
Tenggara antaranya adalah Malaysia sebagai tuan rumah, Thailand, Laos, Kemboja,
Vietnam, Filipina, Brunei Darussalam, Indonesia, Singapura dan juga Myanmar.
Sejujurnya , persembahan ini tidak semua orang boleh lihat depan mata sebab
hanya yang bertuah sahaja dapat rasai pengalaman ni tau! Yaya dapat pun apabila
yaya Officially ahli The Feratics! Yaya diberi peluang untuk membawa beberapa
orang rakan dan antara rakan – rakan yang yaya jemput ni adalah yang mudah
untuk pergerakan diorang.
Sebenarnya kan, event macam ni memang bagus bagi yaya sebabbb setiap
persembahan yang diorang buat ni bertujuan untuk meningkatkan pemahaman dan
kesedaran mengenai kebudayaan dan kesenian dari pelbagai negara – negara
anggota ASEAN di serantau dan buat rakyat Malaysia secara amnya. Selain itu ,
dengan adanya mereka dalam event ni dapatlah kami melihat wajah – wajah yang
tidak pernah kami lihat di atas muka bumi yang dicipta oleh Allah swt.
Rohi Asia adalah antara pemain seruling yang amat yaya kagumi dan first
time yaya jumpa peniup seruling yang ‘Poowerrr’ sebabbb kerana sebuah lagu yang
dipetik bertajuk ‘Hanya Kau Yang Mampu’ dari Aizat , berjaya memikat hati yaya yang juga seorang
peminat musik instrumental.
Korang tengok ni alat – alat musik yang diorang gunakan. Boleh tahan banyak
juga kod – kod yang diorang reti kan? Ish...yaya ni jakun orangnya dan memang
perosak musik kalau korang nak tahu. Ini kalau bagi dekat yaya yang main, mau
pecah gegendang telinga korang!! Hahaahaa....
Dekat sini ada yang buat yaya tersentuh hati sikit sebab ada juga yang sudi
menyeru nama yaya beberapa kali dan ianya tidak sengaja menjadikan nama yaya
tersebut – sebut di bibir para penonton yang hadir pada malam itu. Ohh yaya
sungguh terharu...
Ohh yee.....dekat sini ada sesuatu buat yaya rasa teruja sesangat kerana
event ni diakhiri dengan persembahan Datuk Jamal Abdillah yang bila orang
dengar suaranya akan terpegun. Suaranya masih kekal sama seperti dahulu. Korang
boleh klik video di atas untuk dengar dendangan lagu yang dibawakan khas
oleh Datuk Jamal Abdillah sendiri. Ya!! Khas buat korang pembaca blog Yaya
Cendana .
Akhir sekali , terima kasih atas kesudian korang untuk habiskan baca entry
yaya yang panjang ni. Harapan yaya kepada rakan – rakan sebaya atau adik – adik
yang minat bidang musik tradisional , korang harus ambil peluang dan reti cari
peluang untuk tingkatkan prestasi dalam bidang yang korang ceburi ni !! Harus
diingat bahawa korang adalah masa depan negara dan bakal membawa nama negara ke
peringkat yang lebih tinggi. Chaiyokk !!
wow. sukanya
ReplyDeletewaaahh.. bestnyaaaa. meriah sungguh. untunglah dapat peluang :D
ReplyDeletebestnya :)
ReplyDeleteMuzik instrumental mmg best..suka..
ReplyDeleteSeronok bukan kepalangkan bila boleh tengok persembahan live....alhamdulillah rezeki..
ReplyDeletebestnya sis!
ReplyDelete- http://sabrinantsha.blogspot.com/ -
bestnya yaya..live plak tu..rezeki :)
ReplyDelete