29 October 2015

Asean Musical Extravaganza 2015 - MATiC


Assalamualaikum


Seronoknya !! Ini adalah pengalaman pertama buat yaya bersama rakan – rakan media . Terima kasih kepada bro Zairie Ramli , ketua rekrut bagi ahli – ahli The Feratics , kerana sudi menjemput kami ke Asean Musical Extravaganza 2015 yang bertempat di MATiC , Kuala Lumpur.    


Event ini bermula pada pukul 8.30 malam yang dimulai dengan lagu ‘Negaraku’ dan lepas tu kitorang dihidangkan dengan alunan musik yang merdu juga mengasyikkan daripada beberapa buah negara Asean yang diwakili oleh negara Asia Tenggara antaranya adalah Malaysia sebagai tuan rumah, Thailand, Laos, Kemboja, Vietnam, Filipina, Brunei Darussalam, Indonesia, Singapura dan juga Myanmar.


Sejujurnya , persembahan ini tidak semua orang boleh lihat depan mata sebab hanya yang bertuah sahaja dapat rasai pengalaman ni tau! Yaya dapat pun apabila yaya Officially ahli The Feratics! Yaya diberi peluang untuk membawa beberapa orang rakan dan antara rakan – rakan yang yaya jemput ni adalah yang mudah untuk pergerakan diorang.


Sebenarnya kan, event macam ni memang bagus bagi yaya sebabbb setiap persembahan yang diorang ­buat ni bertujuan untuk meningkatkan pemahaman dan kesedaran mengenai kebudayaan dan kesenian dari pelbagai negara – negara anggota ASEAN di serantau dan buat rakyat Malaysia secara amnya. Selain itu , dengan adanya mereka dalam event ni dapatlah kami melihat wajah – wajah yang tidak pernah kami lihat di atas muka bumi yang dicipta oleh Allah swt.







Rohi Asia adalah antara pemain seruling yang amat yaya kagumi dan first time yaya jumpa peniup seruling yang ‘Poowerrr’ sebabbb kerana sebuah lagu yang dipetik bertajuk ‘Hanya Kau Yang Mampu’ dari Aizat ,  berjaya memikat hati yaya yang juga seorang peminat musik instrumental.


Korang tengok ni alat – alat musik yang diorang gunakan. Boleh tahan banyak juga kod – kod yang diorang reti kan? Ish...yaya ni jakun orangnya dan memang perosak musik kalau korang nak tahu. Ini kalau bagi dekat yaya yang main, mau pecah gegendang telinga korang!! Hahaahaa....

Dekat sini ada yang buat yaya tersentuh hati sikit sebab ada juga yang sudi menyeru nama yaya beberapa kali dan ianya tidak sengaja menjadikan nama yaya tersebut – sebut di bibir para penonton yang hadir pada malam itu. Ohh yaya sungguh terharu...




Ohh yee.....dekat sini ada sesuatu buat yaya rasa teruja sesangat kerana event ni diakhiri dengan persembahan Datuk Jamal Abdillah yang bila orang dengar suaranya akan terpegun. Suaranya masih kekal sama seperti dahulu. Korang boleh klik video di atas untuk dengar dendangan lagu yang dibawakan khas oleh Datuk Jamal Abdillah sendiri. Ya!! Khas buat korang pembaca blog Yaya Cendana .




Akhir sekali , terima kasih atas kesudian korang untuk habiskan baca entry yaya yang panjang ni. Harapan yaya kepada rakan – rakan sebaya atau adik – adik yang minat bidang musik tradisional , korang harus ambil peluang dan reti cari peluang untuk tingkatkan prestasi dalam bidang yang korang ceburi ni !! Harus diingat bahawa korang adalah masa depan negara dan bakal membawa nama negara ke peringkat yang lebih tinggi. Chaiyokk !!









8 comments:

  1. waaahh.. bestnyaaaa. meriah sungguh. untunglah dapat peluang :D

    ReplyDelete
  2. Muzik instrumental mmg best..suka..

    ReplyDelete
  3. Seronok bukan kepalangkan bila boleh tengok persembahan live....alhamdulillah rezeki..

    ReplyDelete
  4. bestnya sis!


    - http://sabrinantsha.blogspot.com/ -

    ReplyDelete
  5. http://sweetyzhanieyz83.blogspot.my/2015/10/jom-sembang-blogger-hari-2-bersama-44.html?m=1

    Akak melawat sambil sembang

    ReplyDelete