24 November 2015

4 pereka fesyen tonjol bakat dalam the galaxy runway inspired by Star Wars

4 pereka fesyen tonjol bakat dalam the galaxy runway inspired by star wars


Empat pereka fesyen tanah air tonjol bakat dengan rekaan baju yang diinspirasikan daripada filem Star Wars dalam pertunjukan fesyen The Galaxy Runway yang berlangsung di acara penutup Malaysia Fashion Week 2015 di Menara Matrade, Sabtu lalu.

Empat pereka berkenaan adalah Lynda Rahim, Bremen Wong, Nawre, dan Azura Mazaruddin atau Azura Couture.

Mereka telah mempersembahkan rekaan masing-masing dengan berinspirasikan watak-watak dalam filem Star Wars serta bertemakan galaksi.

Pertunjukan fesyen itu bermula dengan memperagakan rekaan baju daripada pereka Lynda Rahim. Menampilkan dress yang berasaskan warna putih itu rekaannya telah diinspirasikan daripada watak Stormtrooper . Rekaannya ringkas dengan gaya ready to wear dan lebih praktikal untuk dipakai.

Pentas runway diteruskan dengan rekaan daripada pereka kedua iaitu Bremen Wong. Bremen yang memilih watak Padme Amidala sebagai inspirasi kepada rekaannya tampil dengan rekaan yang tak jauh beza dengan watak tersebut serta memilih hitam untuk semua busananya.

Pereka muda Nawre pula mengambil alih pentas dengan rekaannya yang memilih watak Jedi sebagai tema. Tidak hanya menetapkan kepada satu warna seperti mana pereka-pereka sebelum ini, Nawre tampil dengan busana yang terdiri daripada rona tanah dan alam semula jadi termasuk warna merah.

Pereka fesyen terakhir yang menampilkan koleksinya fesyen rekaanya adalah Azura Mazaruddin atau lebih dikenali dengan nama rekaannya Azura Couture. Azura tampil dengan gaya berbeza sedikit apabila memasukan material sequene keemasan ke dalam setiap rekaannya. Memilih watak Dark Forces, nampaknya Azura masih mengekalkan identitinya tersendiri dalam setiap rekaan.

Selain menampilkan empat pereka tersebut, Datuk Professor Jimmy Choo juga turut mengambil bahagian dalam mereka kasut-kasut buat model yang memperagakan pakaian designer pada malam itu.

Pertunjukan fesyen itu tidak berakhir begitu sahaja apabila rapper Sona One tampil membuat persembahan khas pada malam tersebut. Sona One menyampaikan sebuah lagu khas dibuat bertemakan Star Wars selain menyanyikan lagu popularnya No More dan Hakeleh.
Galaxy Runway Inspired By Star Wars, dibawakan khas oleh InTrend itu diadakan sempena kemunculan filem sekuel terbaru Star Wars iaitu The Force Awakensreleasing  pada 17 Disember depan.

2 comments: