20 November 2015

CARA MEMBUAT POP CORN DI RUMAH

51f87083fb04d63ce7007f43._w.540_s.fit_


Selalunya anda beli di pasar raya atau di pawagam. Kali ni tak perlu susah payah beli kerana anda bleh buat sendiri di rumah saja. Snack mudah dan cepat, boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing-masing.
Bahan-bahan
  • 1 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar minyak masak
  • jagung kering secukupnya
  • garam secukup rasa
  • Tambah Karamel [Optional]
  • 1 sudu mentega/margerin
  • 3 -5 sudu besar gula pasir (ikut suka/banyak mana pop corn yg ada)
  • Tambah Coklat [Optional]
  • 60 – 80 gram coklat bar (ikut suka/banyak mana pop corn yang ada)
Cara-cara
  1. Panaskan mentega dan minyak dalam periuk. Mula-mula guna api kuat untuk panaskan minyak dan mentega dalam 2 minit lepas tu perlahankan api.
  2. Masukkan jagung menutupi dasar periuk. Tuang jagung rata dan sama paras dengan minyak dan butter yang dah cair tadi. Tutup periuk tadi.
  3. Tunggu beberapa minit, anda akan dengar bunyi “pop”..”pop” dengan rancak. Bila bunyi dah berhenti, cepat-cepat keluarkan pop corn. Pop Corn boleh dapat penuh satu periuk..
  4. Taburkan garam secukupnye – (kalau nak buat karamel tak payah tabur garam)
  5. Untuk Karamel [Optional] – Cairkan mentega dengan gula hingga cair dan bertukar warna coklat. Matikan api dan masukkan pop corn dan gaul sekata cepat-cepat. Hati-hati sebab karamel tu panas boleh melecur kalau kena tangan.
  6. Untuk Coklat [Optional] – Cairkan coklat guna double boiler. Tutup api dan gaulkan dgn pop corn yg dah disalut karamel. Dah jadi caramel pop corn bersalut coklat.
51f87126fb04d63ce3008171._w.540_s.fit_
51f8708cfb04d63ce7007f44._w.540_s.fit_
51f870affb04d63d1d007e85._w.540_s.fit_
51f87099fb04d63d120083af._w.540_s.fit_
51f8709dfb04d63d44007980._w.540_s.fit_
51f870dbfb04d63dad006fb7._w.540_s.fit_
51f870ecfb04d63dad006fb9._w.540_s.fit_

3 comments: