30 November 2015

Irma Hasmie Jadi Rakan Produk Dari Paris

irma hasmie jadi rakan produk dari paris


KUALA LUMPUR, 9 JUN 2010: - Jenama kosmetik terapeutik penjagaan kulit, Averine dari Paris telah memilih pelakon dan selebriti popular Irma Hasmie bagi memperkenalkan rangkaian bedak asas dan produk muka produk berkenaan di pusat beli-belah, KLCC baru-baru ini.
Ia adalah merupakan sebahagian daripada program selepas pemilihannya sebagai rakan AsterSpring iaitu pusat rawatan kecantikan yang menyediakan rangkaian rawatan kulit dan terapi badan terkini khusus buat wanita.
Acara yang telah diadakan di cawangan AsterSpring, Tingkat 5, pusat beli-belah berkenaan, nyata telah berjaya memberi pemahaman kepada orang ramai betapa kepentingan memilih produk kosmetik yang menjaga kulit wajah.
Malah, sebagai rakan AsterSpring, Irma telah berpeluang mendapat sentuhan semulajadi daripada variasi produk kecantikan Averine termasuk bedak asas terbarunya, Age Defense Foundation.
Bukan sekadar dicetuskan dalam sebuah demonstrasi solekan, Irma hakikatnya adalah merupakan penggemar alat solek Averine serta rangkaian rawatan kulit dan terapi-terapi rawatan badan terkini yang ditawarkan di AsterSpring.
Pengurus Besar bagi Aster Spring dan Leonard Drake Malaysia, Karen Ho menekankan betapa pentingnya bagi wanita memahami dan membuat pilihan akan produk kosmetik yang menjaga kulit.
"Para wanita, kebiasaannya menjaga kulit muka dengan baik, dengan menggunakan produk penjagaan kulit yang berkualiti serta menjalani rawatan kulit muka. Akan tetapi, mereka mungkin tidak sedar bahawa usaha mereka ini sia-sia sahaja apabila mereka menggunakan produk kosmetik yang memudaratkan kulit.
"Oleh itu, kami menyarankan agar wanita lebih teliti dalam memilih produk solekan yang betul memandangkan kebanyakan produk solekan menyumbat pori-pori serta mengandungi bahan yang mengakibatkan pigmentasi, penuaan pra-matang dan pelbagai lagi masalah kulit muka yang lain," katanya.
Kosmetik Averine dihasilkan dengan tujuan untuk merawat, menjaga dan melindungi kulit setiap kali wanita menggunakannya bagi menyerlahkan kecantikan diri.
Semua produk Averine dirumuskan secara profesional agar bebas dari sebarang ramuan yang memudaratkan kulit seperti wangian, alkohol, minyak mineral serta bahan-bahan lain yang memudaratkan.
Berbeza dengan kebanyakan produk kosmetik lain di pasaran, Averine menggunakan bahan-bahan yang semula jadi dan menjaga kulit, seperti ekstrak botani, vitamin dan mineral.

No comments:

Post a Comment