25 November 2015

Makan-Makan : Pretz n` Beanz

Assalamualaikum ... 


Selalunya hari minggu yaya ajak Fiza , kawan baik yaya pergi makan di Time Square tak pun SOGO . Weekend baru ni, macam nak ubah angin sikit pergi tempat baru. Sebenarnya hari tu juga yaya dah merancang untuk pergi karaoke bersama Fiza, tapi terpaksa cancelkan sebab dia ada operasi pulak...
Jadi yaya ambil keputusan untuk mencuba makanan di Pretz n` Beanz Cafe di IPC Shopping Centre Mutiara Damansara, macam biasalah kalau dah namanya blogger, yaya akan angkut rakan bloggers Kelab Blogger Ben Ashaari :) 

Senang sangat korang pergi dekat cafe ni sebab ianya bersebelahan dengan IKEA . 
Nak tahu tak? yaya suka sangat dekorasi cafe ni sebab amat santai dan tenang. Sesuai sangatlah pergi lepak dekat sini pekena secawan kopi sambil update entry. Yang bestnya dekat sini seawal jam 9:30 pagi dah buka untuk pengunjung sampai jam 10:30 malam.


MENU  " HOT SELLING"
See ?? En. Aimman dah buat open table untuk kami dan penuh dua buah meja dengan makanan serta minuman sahaja . Memang banyak gilaaa dan di sini jangan cakap yaya tak rasai kelazatan menu ni ye? Korang pun tahu kan yaya kecik jer tapi kuat makan....hehee....
Seksinyeerr tengok bentuk Pretzel dia, berkilat lagi....beratur pretzel dan pizza menunggu untuk ditelan...ekeke... Bagusnya di Pretz n` Beanz dorang amat menjaga kebersihan serta kualiti produk mereka macam pretzel tu memang menggunakan tepung ori khas untuk buat pretzel . Memang tak peliklah kalau rasa sedap dan lembut jer bila makan.. meleleehhhhh.....

Allah...terasa lagi dekat tekak ni sampai sekarang dengan menu paling hot dekat Pretz n` Beanz ni, Cinnamon Sugar Pretzel dan Basil Cheese Pretzel juga Grean Tea Latte .


Pretzel sini memang sedap nak dibandingkan dengan pretzel hasil yaya lah kann.... Sejujurnya ini pertama kali dalam hidup yaya dapat rasai hidangan Pretz n` Stew Curry Chicken !! Korang mesti take order menu ni sebab memang nyummy rasa kari dia. Yaya cicahkan pretzel ni makan dengan kuah kari ayam, dan kalau korang nak tahu, yaya lah tukang habiskan kari ayam ni...hihihii....


Yang ni Chicken Hawaian Pizza. Hidangan pizza yang pasti buat korang terasa nak lagi dan takkan menyesal punyalaa .... 



Suasana di atas meja semakin happening apabila Pretz n` Champion Baked Egg dihidangkan yang dalamnya terisi cendawan, tomato dan mozzarella cheese. Ini pun korang wajib rasa bila datang ke Pretz n` Beanz Cafe tau !
Yang gemarkan lidah nak pedas tak boleh hidup tanpa cili, mai order. Menu utama pilihan yaya adalah Hot Chilli Pepper Chicken . Sedap dia memang gila arrhhh boleh cakap. Mai pekena sekali Caffe Latte bagi terang mata nak buat kerja. Selalu makan pizza tak pernah ada yang kekal lembut macam first2 dapat. Apa yang menarik perhatian yaya, pizza ni tahan lembutnya lebih kurang 9 jam !! Sempat lagi yaya bungkus bawa balik makan dekat rumah. 

MEMBERSHIP




Buat masa ni kalau nak buat kad membership boleh dapat percuma. Jadi korang berpeluang untuk gunakan waktu hari jadi korang nanti. 


DESSERT
Hoi ! Kitorang teruja betul presentation Chocolate Lava Cake with Vanilla Ice Cream, menarik sangat macam ada lava turun dari gunung berapi. Tapi nak buat camana...dah meletus ke dalam mulut yaya...korang pergilah cuba . hehheee....


Tengok macam simple American Baked Cheesse Cake , nak taknak kena terima hakikat bila dah ngap dalam mulut mesti nak order lagi.


SERVIS TERBAIK
Selalu senyum :) Staf di sini sungguh mesra dan pandai ambil hati pelanggan. Rasa macam anak raja bila dapat layanan high class gituuu.....

Pretz n` Beanz ada juga sediakan Delivery Order dekat nombor ni 010 950 7536 . Lepas ni lagi mudah yaya nak makan pizza Pretz n` Beanz ni lagi kalau tak sempat nak pergi cafe terutama waktu bekerja. 


SMOKING AREA
Apa kata tengok pula ruangan khas untuk lepak. Sungguh kreatif. Sesuai bagi mereka yang nak duduk lebih santai di sini. Tak dibenarkan merokok dalam restoran. Dekat seat ni adalah khas bagi smoker atau vaper .

CAWANGAN

Terdapat dua buah cawangan di IPC Shopping Centre Mutiara Damansara dan di Solaris Mont Kiara.

Apa - apa nak tahu pasal Pretz n` Beanz, boleh direct sini

facebookPrent n Beanz Cafe
tempat :
G23,Ground Flour,IPC Shopping Centre
No.2 Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara 
47800 Petaling Jaya,Selangor 

Harap membantulah untuk korang yang mana food hunter tu nak cari kelainan apa hidangan yang menarik hari minggu korang bersama keluarga. 

terima kasih sudi baca :)

muahx!!



5 comments:

  1. sedapnyaaaaaa..terliur tengok smua menu dia..nnt blh cuba makan kt sini..kedai pn cantik!

    ReplyDelete
  2. Wow..sedap tu...bila yaya nak belanja sy mkn di sini

    ReplyDelete