6 November 2015

Tak Cinta Tapi Bahagia

Memanglah sebelum ini Datuk Rossa pernah memberikan 
penjelasan dia dan pasangan duetnya, Afgan tidak bercinta. 
Tegas Rossa, mana mungkin dia dan Afgan bercinta disebabkan 
jarak usia dan menganggap penyanyi muda itu seperti adiknya.

Masalahnya, baru-baru ini satu nusantara melihat kemesraan mereka 
di majlis Anugerah Planet Muzik yang berlangsung di Singapura. 
Tidak nampak pula seperti kakak dan adik. Lebih daripada itu, 
baru-baru ini ada satu gambar yang dimuat naik Rossa membabitkan 
Afgan bersama anak tunggalnya, Rizky Langit Ramadhan.

Tertarik dengan gambar dimuat naik itu kerana memperlihatkan 
kemesraan Afgan dan Rizky. Anak tunggal Rossa itu dilihat begitu 
manja dengan Afgan apabila rakan baik ibunya itu membelai 
kepalanya.

Afgan memang pandai melayan budak-budak. Melihat caranya 
itu membuatkan pandangan mengatakan Afgan dan Rossa bercinta 
semakin menebal.

Kemungkinan gambar itu boleh menggambarkan usaha Afgan 
membeli jiwa Rizky selepas berjaya menawan hati ibunya.
Mungkin benar kata Rossa sebelum ini dia sememangnya menganggap Afgan seperti adik dan penyanyi yang popular dengan lagu Jodoh 
Pasti Bertemu itu menganggap anak tunggal Rossa seperti anak saudaranya.

Kalau mereka bercinta pun apa salahnya. Usia bukan penghalang 
dan sebelum ini ramai juga selebriti yang berbeza usia bernikah 
tetap bahagia. Contoh terbaik Zain Saidin dan Che Ta. Cuma 
untuk Rossa dan Afgan kita doakan yang baik-baik untuk mereka.


sumber

4 comments:

  1. Alhamdulillah kalau sememangnya mereka menuju ke hubungan halal.

    ReplyDelete
  2. Insya Allah ameenn mudahan ya
    kaknoor singgah follow yaya :)

    ReplyDelete
  3. Betul, umur bukanlah penghalang. Dengan izin Allah pasti bahagia, InShaaAllah Nurhidayah

    ReplyDelete