22 December 2015

Book Launching Mat Luthfi : Momen 2


Assalamualaikum .. pada 13 Disember hari tu yaya ada berdating dengan Mat Luthfi kat MPH Nu Sentral tau. Paling syok sekali bila dapat duk depan menatap wajah terindah vlogger terkenal ni. Kikikiii .... hah haa... terima kasih kat blogger Sue Izza sebab bagi peluang yaya jumpa pakwe baru yang dijemput khas oleh Puteh Press untuk pelancaran buku Momen 2 Mat Luthfi. 


Aku ingatkan geng Kelab Blogger Ben Ashaari jer yang duk datang kat press release ni . Bila aku pandang belakang , hah ! Hamek kau !! Bapak ramai giler peminat dia , mengalahkan Yaya Cendana !! Hah haa ... yela nak dibandingkan lawak Mat dengan Cendana tu , laku lagi wehh Mat ni sebab dia lebih sempoi , comel dan bergaya . Lebih penting sekali , Mat ni vlogger berilmu .


Aku cukup jeles bila depa kata depa dah ada buku pertama Momen Mat Luthfi ni. Tapi aku bersyukur ke hadrat Illahi sebab dibukakan pintu rezeki untuk bertemu Mat Luthfi di MPH Nu Sentral untuk buku Momen 2 Mat Luthfi ni. Aku tahu perjalanan aku dan Mat untuk ketemu jodoh pada hari itu jugak. Orang kata kalau dah jodoh tak kemana . Kan ??!! 


Meh yaya ceritakan serba sedikit pasal buku Momen 2 Mat Luthfi ni . Teks dalam buku kedua ni lebih panjang , lebih serius , lebih dewasa nadanya. Selain itu humornya ada , tetapi banyak inside jokes yang memerlukan pengetahuan asas dalam agama , politik , sosial , hiburan dan isu - isu yang lain . 

Kalau hang tak dak background knowledge , sebab hang memang tak kesah apa benda yang jadi dalam dunia ni , hang memang rugi , wooo ... 

Yaa mak hang juga akan baca buku ni sebab mak hang akan mempengaruhi ayah hang supaya meminati Mat dan sanggup bawak buku ni pi beraya di kampong !! 

Soooo nak dapatkan buku ni hanya dengan harga RM25.00 sahaja bagi di Semenanjung Malaysia dan di Sabah dan Sarawak hanya RM28.00 sahaja !! Bapak murah gilaaa harganya. Weh , e - book pun ada kalau nak baca Momen 2 Mat Luthfi ni . 

Aku berharap agar hangpa semua pi dapatkan buku kedua Mat ni sebab hangpa takkan rugi sesen ponn . Berbekalkan dengan ilmu yang ada , hangpa akan dapat moral of the story habis baca buku Momen 2 Mat Luthfi . 
Sekian !! 

6 comments:

  1. pernah tgok video dia..mmg kelakar tp part buku x baca lagi

    ReplyDelete
  2. Sbnrnya xheran sgt pun dia ni. Mgkin Sbb kaklin dah tua... Huhu. Tp bab membaca tu suka. Leh la beli nnt.

    ReplyDelete
  3. Sbnrnya xheran sgt pun dia ni. Mgkin Sbb kaklin dah tua... Huhu. Tp bab membaca tu suka. Leh la beli nnt.

    ReplyDelete
  4. Jelessssnyaaa dapat berjumpa dangannn matluftiii.. Huaaaaaa

    ReplyDelete