15 April 2016

Checklist Borang Pendaftaran Nikah

Assalamualaikum dan Salam Jumaat penghulu segala hari... Alhamdulillah masih diberi peluang untuk yaya kongsikan ilmu yang yaya perolehi sepanjang mengikuti kursus perkahwinan pada minggu yang lepas. Yaya dah pun lulus kursus tu dan in shaa Allah esok yaya dapat sijil Kursus Perkahwinan . Syukur alhamdulillah... 

Pentingnya seseorang yang berhajat untuk mendirikan masjid yang dibina mengisi ilmu di dada. Hari tu dah pun yaya 'share' serba sedikit ilmu yang dah pun yaya dapat semasa menghadiri kursus perkahwinan. Boleh klik di Rukun Nikah ada berapa Sayangg...? dan Checklist Walimatul Urus ( Perkahwinan ) by Yaya Cendana . 



Pengetahuan tentang perkahwinan dan kekeluargaan Islam merupakan perkara asas yang perlu diketahui oleh setiap individu sebelum memasuki gerbang perkahwinan.

Islam mempunyai peraturan yang lengkap mengenai perkahwinan dan kekeluargaan. Setiap individu yang berkahwin perlu mematuhi peraturan tersebut bagi memastikan rumahtangga yang dibina sentiasa rukun dan damai serta mendapat rahmat Allah swt.

Pagi ni masih 'fresh' lagi kan..?hihii...jom tanpa buang masa, yaya nak 'share' pentingnya kita ( bakal pengantin ) buat 'Checklist Borang Pendaftaran Nikah'


Pertama sekali apa yang amat penting adalah kad pengenalan iaitu asal dan juga salinan.  



Slip borang permohonan nikah yang telah diisi hendaklah dicetak terlebih dahulu sebelum melakukan prosedur seterusnya.



Begitu juga dengan borang pengesahan 2 orang saksi, haruslah dicetak terlebih dahulu sebelum melakukan prosedur seterusnya.




Kemukakan salinan kad pengenalan 2 orang saksi yang bukan dari ahli keluarga kita.


Seterusnya, kemukakan salinan kad pengenalan wali



Kemukakan Surat Pengesahan Status Bujang/Dara/Janda/Duda daripada Majikan/Penghulu/Ketua Kampung/Imam/Surat Sumpah

  • Jika anda pernah berkahwin, kemukakan sekali Sijil/Surat Perakuan Cerai (jika janda/duda bercerai hidup) . 
  • Jika anda telahpun memeluk agama Islam, kemukakan sekali Sijil/Surat Perakuan Masuk Islam (saudara baru)
  • Begitu juga jika janda/duda bercerai mati, kemukakan Sijil Daftar Kematian
  • Perintah Mahkamah bagi mereka - (perkahwinan poligami/janda berhias/Wali Hakim/bawah umur)
  • Pengesahan Bermastautin (alamat tempat tinggal berlainan alamat dalam kad pengenalan)
  • Pengesahan Majikan (Polis/Tentera)




Kemukakan laporan Pengesahan HIV Test (Dari Hospital/Klinik Kerajaan). Klik sini untuk mengetahui langkah - langkah prosedur yang ditetapkan 



Bagi pernikahan yang melibatkan pasangan dari luar daerah atau luar negeri, mereka hendaklah menyertakan dokumen yang dinyatakan di atas bersama - sama dengan dokumen - dokumen yang berikut :-

  • Kebenaran Berkahwin Di Luar Bidang Kuasa Kariah/Mukim/Jajahan/Bajagian/Daerah/Negeri pasangan.
  • Borang Pemeriksaan Kesihatan (bagi negeri yang berkaitan).





Sijil Kursus Pra Perkahwinan juga harus dikemukakan dalam bentuk asal dan juga salinan. Bagi mereka yang berminat untuk menghadiri sesi Kursus Pra Perkahwinan di Presint 16, Putrajaya, anda boleh dapatkan di sini.



Kemukakan juga Sijil Nikah Ibu dan Bapa dalam bentuk asal dan juga salinan .



Terakhir sekali adalah dapatkan Surat Bukti Bermastautin dari pihak Penghulu Kampung.

Semua permohonan tersebut hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar sekurang - kurangnya 7 hari sebelum tarikh hari perkahwinan itu dicadangkan. Walau bagaimanapun Pendaftar boleh membenarkan perkahwinan tersebut kurang daripada 7 hari dari tarikh permohonan tersebut diterima berdasarkan keperluan.

Kebenaran Berkahwin

Surat Kebenaran Untuk Berkahwin dikeluarkan setelah Pendaftar berpuas hati bahawa permohonan dan dokumen yang diperlukan mengandungi maklumat yang benar dan betul. 

Tempat Perkahwinan 

Perkahwinan hendaklah dilakukan di tempat calon perempuan bermastautin, tetapi Pendaftar Perkahwinan, Cerai dan Rujuk boleh memberikan kebenaran mengikut permohonan pemohon.




Pendaftaran Perkahwinan

Selepas akad nikah dilangsungkan, pasangan hendaklah menandatangani borang-borang yang berkaitan dan membuat bayaran yang ditetapkan. Perndaftar akan mendaftarkan perkahwinan tersebut setelah berpuas hati bahawa pernikahan itu bertepatan dengan hukum syarak dan mematuhi Undang-Undang Keluarga Islam

Sijil Perkahwinan atau kad nikah akan dikeluarkan setelah pendaftaran disempurnakan.




Alhamdulillah...sedikit sebanyak dah pun yaya kongsikan di sini...diharapkan agar segala urusan bakal-bakal pengantin dipermudahkan...akhir sekali, yaya ingin mengucapkan "Selamat Pengantin Baru" .

In shaa Allah yaya sudi kongsikan ilmu rumahtangga untuk entry yang akan datang. 
Wasalam :)


2 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian . insyaallah akan dirujuk semula bila tiba nanti

    ReplyDelete