23 June 2016

'Surat Cinta' Buat Pasangan Yang Kuat Kerja



Suami yang kuat kerja dengan mencari nafkah bagi menambah penambahbaikan ekonomi keluarga dan untuk membesarkan anak-anak, sering kali akan meletakkan fokusnya terhadap kerjanya. Isteri yang tidak bekerja mungkin mempunyai banyak masa terluang yang boleh membuatnya rasa sunyi, keseorangan dan sepi.


Bagi seorang isteri, untuk merasai ‘jiwanya merana’ bukanlah satu perkara yang berlaku semalam. Ini telah berlaku agak lama, dan berkemungkinan perasaan itu telah dipendamkan yang mana perhatian kepada isteri itu sudah tidak diberi lagi atau kurang pada satu jangka yang agak panjang.

Sebelum lebih parah, anda boleh baiki hubungan dengan beberapa cara ini...

1. Suami perlu diingatkan oleh isterinya sendiri dengan cara meluahkan isi hati kepada suaminya tentang apa yang isterinya sedang alami.

2. Isteri diingatkan jangan mencari kesalahan suami dengan mengata, menuduh, membanding atau mengugut suami walaupun kita tahu yang suami itu bersalah.

3. Begitu juga, jangan sampai ada orang ketiga yang menyampaikan berita ini kepada suami. Isteri hendaklah mendorong suami untuk membawa berbincang perkara yang di dalam hati dengan baik.

4. Salah satu cara mengalihkan perhatian suami kepada isteri dan anak-anak, adalah dengan cara isteri membuat perancangan pergi keluar kota atau beriadah bersama-sama suami dan anak-anak.

5. Isteri juga harus diingati bahawa jangan sesekali cuba memberi nasihat kepada suami kerana suami akan rasa kecil hati, terjejas dan tergugat egonya. Memadai dengan menyuarakan isi hati dan harap suami akan menimbangkan permintaan isteri agar diberi kesedaran yang kerja yang dilakukannya tidak akan habis dan anak serta isteri memerlukan perhatian serta kasih sayang seorang bapa dan suami. Kepentingan anak-anak dan isteri patut di beri keutamaan terutama sekali pada setiap hujung minggu.

6. Setiap isteri perlu berhati-hati untuk memberitahu suami mereka tentang apa yang tersirat di hatinya. Isteri perlu mencari waktu yang baik untuk berbincang tentang masalah yang dihadapinya. Jangan membuka cerita dengan memarahi suami kerana ini akan membina satu ‘Challenge’ dan bertentang dengan ego suami tersebut. Suami mesti diberi masa untuk makan, mandi dan bersantai sebelum isteri membuka mulut.

sumber

7 comments:

  1. Nanti entry ni dah kahwin kena baca balik. haha bagi insaf supaya tak merungut bila suami cakap duit tak cukup nak belikan hadiah birthday :')

    ReplyDelete
  2. wah tips nya yaya..hehe..akk suri rumah,kena pndai isi masa tuk elakkan kesunyian hehe xdela sunyi pun. ada ank2,keje pun byk hikhik..pokok pngklnya kena sabar slalu n hormat suami.

    ReplyDelete
  3. Bagus entri nie.. wajib dibaca oleh semua suami..

    ReplyDelete
  4. bagus tip yang dikongsikan ni.. apa2 pun tolak ansur dalam perhubungn tu perlu dititikberatkan..

    Blogwalking sini, jom belajar tutorial ni

    Cara Untuk Rendahkan Bounce Rate Blog article...

    ReplyDelete