30 September 2016

Instant Photo @ WEPRINT


Hari ni yaya nak tunjuk kat semua kenalan - kenalan yaya instant photo cepat dan pantas, tanpa tunggu lama. WEPRINT adalah penyelamat yang sangat hebat, tangkap terus dapat. Tak boleh tengok kamera, mesti tersangkut tu adalah yaya..hahaaa..yaya pasti korang semua pun macam tu juga kan ?? kan ?? ngaku je laa ... hahaa :D 

Duk cakap WEPRINT, WEPRINT, apa itu WEPRINT yang sebenar - benarnya yea? 


Sejak tahun 2015 lagi, WEPRINT telah mula beroperasi dan dikenali ramai sehingga kini. WEPRINT juga mempunya ribuan follower di WeChat.

WEPRINT ni sebenarnya mesin cetak gambar segera yang berkualiti tinggi buat pertama kalinya di Malaysia. Boleh diambil menggunakan telefon, korang boleh cetak sendiri dengan cepat dan pantas melalui aplikasi WeChat.



Semua gambar boleh dicetak menggunakan pelbagai material seperti photo paper, magnetic paper, button bagde dan juga cover telefon. Ianya boleh dicetak sebanyak mana korang mahukan.

Mesin yang dikeluarkan oleh syarikat Liberty Printing adalah syarikat percetakan mencetak bermacam jenis barangan cenderahati & cenderamata, mereka juga ada menjual mesin cetak ni tau. hepy kan ^-^



Cer tengok ni hasil gambar segera. Ikut dari adik beradik yaya memang yaya anak sulung, tapi da macam anak bongsu sebab yaya paling tak malu bila ada kamera kat depan yaya, macam - macam aksi yaya buat. hahaa ... syok giler seyh .. 


Jarang yaya up gambar tunang yaya di belog kan.hihi..okey okey, kebetulan hari tu tunang yaya balek KL kejap atas urusan kerja. Jadi yaya ambil kesempatan untuk buat instant photo ni, mana tahu boleh bagi pada tunang yaya kan. Tapi ikut suka hati tunang yaya la nak ambil yang mana satu. hihi


Macam mana nak cetak guna WEPRINT ? 

Sangat senang dan korang hanya ikuti step di bawah, cara - caranya :


  1. Buka WeChat
  2. Scan kod QR dari mesin cetak, klik < State > & < Acara >
  3. Pilih gambar korang nak cetak , klik < Print Photo >
  4. Masukkan kod ID 
  5. Gambar sedia untuk dicetak

Mesin cetak boleh buat bisnes ??


Korang boleh dapatkan peluang untuk cetak gambar korang sendiri. Mesin cetak ini ada di juga disediakan di Shopping Complex. hihiks...ni yang amek perhatian yaya ni . 



Mesin cetak WEPRINT sesuai untuk dijadikan sebagai perniagaan yang boleh korang buka. Liberty Printing menyediakan mesin ini untuk dijual juga. Jadi pada mereka yang buat event bolehlah dapatkan mesin ini. Jika anda telah tertanam lama impian menjadi usahawan dalam bidang percetakan, anda harus tahu WEPRINT telah menyediakan templete yang sesuai untuk korang menarik perhatian para pelanggan. Di templete tersebut korang boleh meletakkan nama dan logo syarikat.



WEPRINT bukan sahaja buat servis cetak gambar segera sahaja, malah menyediakan servis cetak keychain bergambar. see .. keychain ni yaya letak gambar cincin tunang yaya, sebagai kenang - kenangan. Untuk pengetahuan kawan - kawan, keychain ni yaya bagi tunang yaya, dier suka sangat keychain ni, dier yang pilih nak ambil keychain, nak simpan katanya. ^-^

Dapatkan 10% diskaun dengan pembelian mesin cetak gambar - WEPRINT

Jika anda membuat pembelian mesin ini, wajib untuk gunakan kod di bawah untuk dapatkan 10% diskaun , sah sehingga 30 November 2016 !! 

Dapatkan mesin cetak ini dari pembekal iaitu Liberty Printing. 



Pembelian atau Pertanyaan

Untuk segala urusan pembelian atau pertanyaan, boleh hubungi maklumat yang tertera di bawah :


Alamat :

5, 6A & 6B, Jalan Harmoni 1A/KU3,
Kristal Klang Commercial Centre, 
42100 Klang, Selangor.

E-mail : order@libertyprinting.asia/
Tel. Num. : 019-9858151

Waktu berurusan : Isnin hingga Sabtu ( 9 AM - 6 PM )














1 comment:

  1. Aa. Elok jgk buat bisnes. And mek rase bridal bleh nk amek mrket ni sbb skang kan ade photobooth klau wedding ;)

    ReplyDelete