14 September 2016

Shaheizy Sam Kurus Cengkung

Beliau memuat naik gambar selfie yang nyata menyerlah mukanya yang runcing dan badan yang kelihatan semakin menyusut. Rupa-rupanya, Sam sengaja menurunkan berat badannya bagi menjayakan watak Naufal dalam filem terbaharu berjudul Pinjamkan Hatiku. Diarahkan Osman Ali, filem terbabit turut membariskan dua lagi bintang popular, Ayda Jebat dan Farid Kamil.


"Saya turun 8 kg untuk watak Naufal ini," katanya kepada BH Online. Menurut Sam, tujuan beliau memuat naik gambar itu bagi menjelaskan persoalan ramai mengenai berat badan dan bentuk fizikalnya sekarang.

Mana tidaknya, aktor terbabit dikatakan kehilangan kira-kira lapan kilogram (kg) sejak beberapa minggu lalu. Melihat keadaannya yang semakin kurus, pasti banyak pihak yang bimbang jika pelakon berbakat pujaan ramai itu berdepan sebarang penyakit. 


"Ramai yang bertanyakan saya soalan yang lebih kurang sama kebelakangan ini, seperti apakah saya sedang sakit dan kenapa saya terlalu kurus? Tidak kurang juga yang beri kenyataan memohon saya jangan kurus sangat nanti tidak lagi kacak. Sebenarnya, apa yang saya buat ini demi tuntutan watak dan kerja. Alhamdulillah, saya masih sihat.



"Untuk menjadi pelakon, kita tidak boleh sentiasa sentiasa menjadi kacak, macho atau comel. Watak yang dibawa selalunya mempengaruhi gaya kehidupan seseorang pelakon. Apapun, terima kasih kerana mengambil berat. Saya sayang kamu semua," katanya.

3 comments:

  1. Singgah sambil tinggalkan jejak.. :)
    kalau SAM,memang minat setiap lakonan dia...
    sebab setiap watak yang di bawak..berlainan dah nampak satu kepuasan dan dia seorang pelakon yang bersungguh-sungguh menjayakan setiap watak yg di pegang..

    ReplyDelete
  2. Fuhhh! Nekadnya.. Ini barulah pelakon versatile.. Sanggup cengkingkan diri sendiri demi memenuhi kehendak watak.. Semoga lepas ni berat sam back to normal balik cepat2lah ye.. Takut pulak tgk cengking mcm tu.. Huhu~

    ReplyDelete