6 October 2016

Identiti mayat anggota tentera dijumpai di Pulau Perak dikenal pasti

ALOR SETAR, 6 Okt – Identiti mayat seorang anggota tentera yang ditemui di Pulau Perak berhampiran perairan Langkawi, dekat sini, pagi tadi disahkan sebagai Koperal Mohd Faizol Rosli, 29.
Markas Tentera Darat dalam kenyataan di sini, mengesahkan perkara itu melalui pengecaman dibuat berdasarkan baju biru dan seluar hitam yang dipakai mangsa.
Mayat mangsa yang kini dipindahkan dari KD Mahawangsa ke Pangkalan Udara Butterworth akan terus dibawa ke Hospital Seberang Jaya di Pulau Pinang untuk urusan pengecaman oleh waris mangsa.

Terdahulu, satu mayat ditemukan pasukan mencari dan menyelamat KD Mahawangsa pada pagi Khamis. Mayat dijumpai Pasukan Khas Laut (Paskal) kira-kira 30 meter dari Pulau Perak ketika mereka sedang membuat rondaan.
Sehingga kini, seorang lagi anggota, Koperal Johbartlee Kanil, 32, dari Sabah masih hilang dan usaha mencari dan menyelamat di sekitar perairan Pulau Perak terus digerakkan.
Kedua-dua anggota itu dari Tim Nusa Batalion ke-4 Rejimen Renjer Diraja (RRD) berpangkalan di Oran, Perlis dan masing-masing ditugaskan di Pulau Perak yang terletak 66 batu nautika dari barat daya Langkawi.

2 comments:

  1. Innallillahhh.. Semoga arwah ditempatkan kalangan org beriman --'

    ReplyDelete
  2. Innallillahhh... macam mana boleh lemas ?

    ReplyDelete