24 November 2016

PENCARIAN PELAKON UNTUK FILEM/DRAMA/TELE/TEATER

PENCARIAN PELAKON UNTUK FILEM/DRAMA/TELE/TEATER📹🎥

Tahun ini bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam projek ZANA ENTERTAINMENT sepanjang tahun 2016. Tahun depan, insyaallah kami akan mengendalikan 5 projek filem baru dan meneruskan lagi telemovie, beberapa drama serta yang terbaru projek teater. Sehubungan dengan itu, kami membuka peluang kepada semua para pelakon atau bakal pelakon untuk menghantar profile/update profile. Semua profile akan di teliti. Kami di ZE memohon maaf jika tidak dapat membalas wassap anda disebabkan sedang sibuk dengan filem terbaru dan projek belakang tabir.

🖨Ini adalah contoh detail yang kami perlukan

Nama :
Umur :
Tinggi :
Berat :
Saiz Baju :
Saiz Kasut :
Saiz Seluar :
Alamat :
No tel :
Bahasa :
Asal :
Kelebihan :
Pengalaman :

*Jika anda memiliki pengalaman sila nyatakan, JANGAN LETAKKAN "ADA" sahaja. Jika tiada pengalaman tidak mengapa

Selain itu, sertakan gambar tanpa edit dan jelas
*Tak nak edit,tak nak 360, tak nak gambar bersama keluarga, tak nak gambar pakai cermin mata hitam, bertopi, hisap rokok, menyorok tepi pokok, dan posing yang tidak menampakkan tubuh dan rupa paras anda dengan jelas.

📸Gambar penuh ( satu badan )
📸Gambar separuh ( separuh badan )
📸Gambar close up ( seperti gambar dalam ic )

*Kelebihan seperti boleh menari, bernyanyi, berenang, ada silat dan sewaktu dengannya. ( Pandai memasak bukan kelebihan yang diperlukan )

🎀Iklan ini terbuka pada semua bangsa, agama, rupa paras, latar belakang, paras rupa dan peringkat umur yang mempunyai minat dan tidak mempunyai masalah disiplin terutama masalah bangun pagi untuk berkerja

Semoga kita dapat berkerjasama akan datang. Kami memohon maaf jika pernah terkasar bahasa atau ada yang masih belum berpeluang berkerjasama dengan ZE

Anda boleh menghantar profile melalui email zanaentertainment@gmail.com atau wassap ke 01123373533 ( ZE )

Di ulangi, semua profile pasti akan di baca. Untuk maklumat lanjutdan ingin mengetahui sebarang gerak kerja ZE, boleh like pages Zana Entertainment

Sekian, terima kasih

1 comment: