25 December 2016

MEMORABLE PHOTOGRAPHY SERVICES

Assalamualaikum..


Congratulation pada MEMORABLE PHOTOGRAPHY SERVICES yang bagi yaya memang gambar-gambarnya amat cantik sekali, berbeza dengan servis foto yang lain. Warna nice sweet-sweet gitu dan very soft. Ke bawah lagi untuk lebarkan pembacaan korang. 


Sebelum teruskan pembacaan, yaya akan siarkan satu video untuk korang rasakan MEMORABLE PHOTOGRAPHY SERVICES adalah yang terbaik di era kini.


Cerita pasal yaya jadi bridesmaid, THE COSRY dah pun disiarkan pada malam tadi . Sekarang boleh cerita lebih lagi pasal MEMORABLE PHOTOGRAPHY SERVICES. 



Memorable Photography Services menyediakan khidmat fotografi dan juga make up service untuk pre-wedding, tunang, nikah, sanding. Selain itu, mereka juga tunjukkan personaliti mereka untuk majlis-majlis tertentu seperti new born, corporate photo dan juga family potrait. 



Auch! Terbang ke mana tu bro dan kak ira ?
Kreatif betullahhh fotografer ni..dah laa peramah, baik hati pula tu belanja kitorang air dengan KFC. Penat tu memanglah penat kan, kena pulak dengan fotografer yang bijak main perasaan dengan kami, penat tu tukar jadi seronok tau!! hahaa....



Tu drive, keretanya mana bro? kihkihkih...psstt....ini bukan pengantin baru. Pengantin lama..kikikiii....terima kasih sangat dekat bro dan kak ira sudi 'kahwin' sekali lagi .. hahahaa....



Kami yang di barisan hadapan. Yang tinggi di hujung, yang pendek di dalam..hahaa...fotografer aturkan susunan bagi nampak cantik susunannya. Ikutkan yaya dengan ely kena pegang bunga belah kanan, tapi yaya tak biasa pegang bunga dengan pegang tangan kanan. Apa-apa kerja yaya banyak buat menggunakan tangan kiri.hahaa..bila pegang bunga kut tangan kiri, baru tak rasa kekok sikit...kikiki...



Pengapit lelaki sampai dua orang lagi. Masing-masing ada gaya tersendiri. Yang sorang macam tu. Yang sorang macam gini. Oke lah ni yek jadi penyeri pengantin lelaki..kikiki



Yaya akui dengan status yaya menjadi tunangan orang, lebih-lebih lagi bersama dengan anggota tentera, macam-macam yaya kena tempuhi bersama tunang yaya untuk merancang majlis dan juga pernikahan kami in shaa Allah pada tahun depan. Bila tarikhnya tu? nanti sampai masanya kami umumkan...yaya bagi masa untuk tunang yaya selesaikan satu-persatu tugasannya di perbatasan negara..hihi...sabarr jelaa kan...



Bermacam-macam dugaan yang kitorang lalui sepanjang perancangan aktiviti kitorang ni. Ayatnya ni lebih kurang macam kak iena cakap..hahaha...tapi memang pun..ini baru sikit, belum buat yang betul-betul punya. Yang mana belum plan nikah tu nanti faham aje lah dugaan masa korang nak buat majlis real punya nanti..kikiiii...



Tabik springg sikit dekat dila. Waktu kitorang buat photoshoot ni dier kurang sihat sikit tau..hahaa...ikutkan budak ni nak cancel shoot gambar dengan kitorang. Risau betul bila budak ni cakap macam tak jadi nak join. Last minute pulak tu.hadoiii...aku ni sabar jelaa kan...dengan telan air liur, aku bagitahu dier, 

"Dila, kau cuba dulu. Kalau tak larat baru kau rehat". 


Is adalah seorang uber yang cekap dan juga berdedikasi...ahahaha...tugas is menolong kami untuk jayakan aktiviti dengan sempurnanya. Esoknya photoshoot , hari ni dier balun habis-habisan membantu kak iena dan yaya buat persiapan. Terima kasih banyaklah ye is.


Dalam ramai-ramai antara kami, si Momi ni lah yang paling susah ooo nak cari baju. Dekat 3 jam duk dalam Sogo semata-mata nak sepadan kan dengan si Is tuh. Untuk kaler ni jer yang muat dengan Momi. So baju Is kena sama jugak dengan si Momi ni ler...kalau nak tahu, bunga tangan ni pon budak ni yang requesttt...amekauuu!! aku pon takde mintak...kahkaahhhhh.... 


Gambar di atas dan di bawah ni pula, mereka adalah pasangan kembar iaitu Erin dan Aly.. :)




Kejayaan MEMORABLE PHOTOGRAPHY SERVICES

Di bawah adalah antara kejayaan yang pernah mereka kecapi, dan juga sudahpun terpampang di dada majalah Mingguan Wanita.







Bagaimana untuk hubungi MEMORABLE PHOTOGRAPHY SERVICES ???

Para pembaca boleh terus klik link di bawah untuk ke laman facebook dan juga instagram MEMORABLE PHOTOGRAPHY SERVICES . 

Moga perkongsian yaya ini dapat membantu mereka di luar sana untuk memilih fotografer yang terbaik di hari bahagia.. :) 






2 comments:

  1. sangat cantik teknik photo mereka...bro framestone terapung tu.

    ReplyDelete
  2. Cantik sangat gambar dia kan yaya... fotographer pun sangat pro dan baik hati...

    ReplyDelete