25 December 2016

Bridesmaid | THE COSRY


Assamualaikum..


Bridesmaid. Mereka adalah orang-orang yang menyerikan suasana majlis di hari perkahwinan , terutama buat pengantin yang sememangnya gemarkan suasana ceria dan meriah. Fungsi bridesmaid adalah menjadi pendamping buat pengantin wanita sehingga selesai majlis perkahwinan.


Kali ni sekali lagi yaya diberi peluang untuk jadi bridesmaid ..hahaa…syok giler seyh!! Kali ni bukan di Johor, tapi di Kuala Lumpur. Jenama THE COSRY menjadi pilihan yaya.  


Yaya rasa amat bertuah kerana telah diberi peluang untuk pakai dress bila jadi bridesmaid  masa hari tu. Weee…seronok bila ramai puji yaya cantik pakai dress ni. Tak menyesal tau pilih jenama dari THE COSRY satu-satunya jenama yang amat yaya kagum dengan rekaan yang tersendiri.


Untuk dress bridesmaid yaya kali ini, yaya telah memilih rekaan serta potongan yang cantik, bersesuaian dengan tema. 


Ada pelbagai warna yang yaya lihat. Banyak betul yang yaya kenan. Akhirnya yaya memilih warna Royal Blue agar kelihatan lebih yakin dan hebat. 


Oleh kerana saiz yaya yang kecil dan bentuk badan macam buah pear, yaya ambil saiz S . kikiki …. Ikutkan ada saiz XS tu, tapi tang pinggul dan dada tak muat laa pulak..hahahaha…


Yaya tak tahulah nak kata sebab bagi yaya, sentuhannya sangat kemas dengan badan yaya. Orang pun kata sweet yaya pakai dress ni. 


THE COSRY © Bumijaya Kiara Cosry Sdn. Bhd. 


Butik utama THE COSRY terletak di Petaling Jaya memuatkan pelbagai rekaan baju yang menarik bukan sahaja dress yang macam yaya pakai di atas, malah terdapat juga straightcut dress with peplum, ombre dress.


Selain dress, THE COSRY mengeluarkan rekaan printed cardigan, palazzo, simple baju kurung moden, tied blouse, straight pants……….dan pelbagai lagi.  



Setiap rekaan THE COSRY dipelbagaikan agar kelihatan moden oleh pereka-pereka fesyen yang terkenal. Kualiti yang diberikan pun memang sangat selesa, kain yang cantik serta fleksibel untuk dipakai dengan harga yang berpatutan. 


Laaiinnn tau macam yaya pernah jumpa dress sebelum-sebelum ni..kita akan tengok jahitannya, kualitinya, kainnya. Yaya boleh feel macam mana bila pakai dengan hasil THE COSRY. Kalau ada beading tu mereka akan periksa dahulu rekaan apa yang sesuai untuk dijahit pada produk mereka. 

Di akhir karya penulisan, All the best THE COSRY, semoga terus berjaya.. muahciked!!

The Cosry

Owned & Managed by Bumijaya Kiara Cosry Sdn Bhd. THECOSRY D-G-5, Block D Casa Suites No 1, Jln SS 20/27, 47400 Petaling Jaya. +6010 627 3530

Facebook : THE COSRY
Instagram : @thecosry
Laman web : www.thecosry.com 

7 comments: