Assalamualaikum korang.
Kali ni cabaran hari kelima yaya dikehendaki mengemukakan 6 perkataan yang menggambarkan diri yaya..
Apa yang yaya share ni adalah antara sifat - sifat wanita yang perlu diketahui. Yaya seorang wanita kan..so yaya tahu lah..kiikikiki...
Apa yang yaya share ni adalah antara sifat - sifat wanita yang perlu diketahui. Yaya seorang wanita kan..so yaya tahu lah..kiikikiki...
1. Tak Mudah Putus Asa
Actually yaya seorang yang tidak mudah berputus asa. Walaupun ada pelbagai rintangan , yaya akan cuba sedaya boleh untuk capai matlamat yaya. Yaya sanggup buat apa sahaja demi mencapai apa yang yaya inginkan.
2. Pantang Dicabar
Ada sesetengah perkara jika ada sesuatu yang membuatkan yaya rasa tercabar , besar kemungkinan keputusan yang yaya perolehi itu akan membuatkan seseorang itu sedar akan apa yang mereka perkatakan.
3. Buat kerja dengan pantas
Yaya seorang yang tidak suka dan tidak gemar menangguh kerja jika perlu untuk yaya selesaikan. Sebagai contoh masa zaman sekolah dulu , yaya akan siapkan kerja sekolah pada malamnya sampai siap walaupun terpaksa tidur lewat malam. Actually yaa jadi macam ni sebab ummi ayah yaya garang dan tegas dengan kami adik-beradik..huhu...kalau tak , nanti kena tibai dengan hanger. hehee
4. Seorang yang sukakan kucing
Huwaaa..bercerita pasal ni kan, yaya teringat dengan kucing-kucing yang yaya pernah jaga dulu. Kami sekeluarga dah banyak bela kucing, tapi akhirnya kucing-kucing kami semua mati. So sekarang taknak bela kucing dah
5. Tak sukakan anak patung
Hahahahaa....seperti sedia maklum , ramai kawan-kawan masa zaman belajar dulu tahu yaya tak suka patung. Entah pelik betul tengok orang yang suka patung ni. Bukannya boleh bercakap pon..Yaya tak suka patung sebabnya bagi yaya , waktu malam tu macam bergerak-gerak ala-ala patung Charlie yang dalam movie tu..hahhahaha...
6. Basuh sudu dan garfu sebelum makan
Hehehehee..ini salah satu sikap pelik yaya yang suka basuh dulu garfu dan sudu. Yaya ni sebenarnya penggeli orangnya. Ada sebab yaya buat macam tu tau. Fikiran yaya sebelum kita ambil sudu dan garfu tu , ada saja serangga yang merayap kat sudu dan garfu.. heheheh...
Ada banyak lagi sifat wanita yang perlu anda tahu. Tapi cabaran memerlukan 6 sahaja kan.
Jadi, sebagai kesimpulan bagi mereka yang ada ciri - ciri di atas, anda adalah seorang yang manja tapi berkarisma!! Ada sedikit ego dalam diri anda dan juga keras hati..adakalanya juga keras kepala sebab bagi anda ianya adalah terbaik untuk anda.
Sekian sahaja tentang diri yaya. Adalagi yang lain tapi yang ni jer disuruh. So jumpa untuk cabaran seterusnya , iaitu "Gambar mekap & tak mekap" !!
bye
Pantas sgt lah Yaya.
ReplyDeleteYg basuh sudu garfu tu....sama lah kita.
belum sempat tulis entri untuk hari ini...
ReplyDeletehi yaya.. cepat betul update day 5 ye.. sama la kite, tak suka anak patung.. sampai kan kat anak perempuan pun x bagi dia beli anak patung.. hahaha..
ReplyDeletetak start lagi daaaa
ReplyDeletesis cun tapi tak suka anak patung..sangat rare..hehe
ReplyDeleteOhhh... Ramai jugak xsuke anak patung...
ReplyDelete