Assalamualaikum...
Dua tahun dah pun berlalu, kini kembali semula kisah Misi Operasi Bantuan Banjir bagi 2016/2017 di Pantai Timur , Kelantan. Pelbagai kisah suka dan duka yang yaya dapat rasakan ketika berada di bumi serambi Mekah pada dua tahun yang lalu. Kisah yang membuatkan ramai sukarelawan yang turun padang ke sana bagi membantu rakyat Kelantan untuk sama-sama membersih, membangun serta mengasingkan harta benda orang awam bagi menyelamatkan apa sahaja yang masih elok.
Yaya rasa dalam banyak-banyak coretan, penulisan yaya kali inilah yang paling memberi makna pada yaya. Banyak kottt yaya nak luahkan di sini. Yaya gembira bila dapat tolong orang. Dalam diri yaya ada satu rasa yang bila yaya tak kisahlah apa yang yaya tak suka dan yaya benci, automatik akan timbul rasa simpati dan juga belas ihsan. Yaya mudah rasa kasihan. Tak kisahlah pada manusia atau pada binatang.
Di sana, hari pertama yaya rasa amat teruja sebab seronok sangat dapat datang ke Kelantan semula di mana di situlah tempat yaya dapat genggam segulung diploma di UiTM Machang. Yaya dan rakan-rakan sampai di sana awal pagi dan ketika itu kitorang belum turun dari bas. Cuma nampak kesan akibat banjir yang melanda di bumi Kelantan. Ya Allah ya tuhanku, sebak dan rasa sedih sangat. Hati yaya pedih rasa.
"Ya Allah...aku dah lama tak datang sini ya Allah, ini ke tempat aku belajar dulu ya Allah..dah macam kesan bencana tsunami ya Allah"
Menangis..
Setibanya hari kedua, yaya bersama rakan-rakan kuatkan untuk meneruskan tanggungjawab yang dah kami janjikan buat rakyat Kelantan. Kami ke Hospital Kota Bharu. Geng kami ditugaskan untuk membersih serta mengasingkan barang-barang yang masih elok. Rata-rata yang kami lihat, ubat-ubatan banyak yang rosak. Perabot banyak yang hancur. Dinding harus dibersihkan dan juga lumpur yang tebal harus dibuang.
Cute kan? hiks..urmm...yaya memang dah standby bila tiap kali turut serta misi bantuan macam ni, yaya akan bawa barang-barang keperluan yang amat penting. Selalunya tempat-tempat macam ni ada bau yang kurang menyenangkan dan juga harus jaga kebersihan diri juga daripada jangkitan kuman.
Pada entry yang lepas, Pengalaman Hebat Misi Bantuan Sukarelawan Pasca Banjir 2014/2015 . Ramai request yaya untuk masukkan gambar-gambar kesan akibat bencana banjir di Kelantan, tapi kami diberi arahan untuk tidak memasukkan gambar-gambar yang mengaibkan tersebut. Jadi, cukuplah untuk kami jadikan kenangan dan simpanan kami sendiri.
Teringat lagi suatu kisah di mana yaya dan juga rakan-rakan seperjuangan ada borak-borak sikit dengan seorang kanak-kanak yang juga mangsa banjir di Kelantan. Kisah sedih yang paling tak dapat yaya lupakan bila kanak-kanak tersebut menceritakan dia di atas meja memanggi-manggil mak dan ayahnya untuk menyelamatkan diri. Tapi tak siapa yang ada ketika itu. Yang dia nampak hanyalah mainannya yang dibawa arus.
Tidak lama kemudian, syukur alhamdulillah datang sekumpulan anggota pasukan penyelamat ambil kanak-kanak tersebut dan hantar ke tempat pemindahan. Yaya dan rakan-rakan tak dapat menahan pilu mendengar kisah adik ni. Ada yang mendengar sambil menitiskan airmata tanpa sengaja. Ya Allah... menangis yaya sambil menaip..urm..
Okay, setakat ini itu sahaja yang dapat yaya kongsikan di entry pagi ini. Salam subuh dan doakan semoga yaya dan rakan seperjuangan selamat pergi, selamat pulang untuk Misi Operasi Bantuan Banjir bagi 2016/2017 di Pantai Timur.
Yaya berdoa agar rakyat Malaysia yang menjadi mangsa banjir ini tabah, sabar dan kuat dalam menghadapi musibah. Moga Allah swt sentiasa merahmati kita semua. In shaa Allah.
Aamiin..
Harap Yaya bertabah. Apapun semua selamat kan?
ReplyDeletealhamdulillah :)
DeleteKenangan sungguh. :)
ReplyDeletebest :)
DeleteAlhamdulilah ..
ReplyDeleteBangga dengan kamu Yaya.
Teruskan insyaAllah Allah permudahkan ..
pengalaman mengajar kita menghargai orang disekeliling. Alhamdulillah yaya beruntung dapat melakukan kerja2 amal seperti ini :)
ReplyDeleteassalamualaikum yaya...tahniah !! semoga usaha murni ini akan tetap diteruskan...:)
ReplyDeleteBagus Sis meringankan beban mereka yang ditimpa kesusahan. Semoga mendapat ganjaran daripada Allah SWT
ReplyDeletekenangan yang sangat berharga yaya,,
ReplyDeletePengalaman yang semestinya tidak akan dilupakan.
ReplyDeleteBagus menyertai aktiviti macam nie... Tahniah kerana membantu mereka yang kesusahan... Pasti menjadi satu pengalaman yang tak dapat dilupakan
ReplyDelete