Assalamualaikum..
Hooreyy terlaksana dengan jayanya Program Kasih JDT BLOGGER Bersama Anak - Anak Yatim ( Siri 1 ) bertempat di PKAYI Kluang, Johor.
Program ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara ahli JDT BLOGGER bersama penghuni PKAYI Kluang, Johor.
Untuk pengetahuan , di sini yaya cuma menceritakan sejarah yang telah tercipta pada hari tersebut. Segala kisah tajaan akan yaya rungkaikan di entry akan datang yer..
Awal pagi kami berkumpul di Dewan Ikhlas bagi sesi perkenalan yang mana di situ kami bermesra dengan aktiviti memperkenalkan diri masing - masing , merungkai pengenalan blog.
Sesi perkenalan ini juga diadakan adalah untuk menggalakkan anak - anak di PKAYI Kluang membina blog masing - maaing untuk masa depan mereka kelak.
Program pagi diteruskan dengan aktiviti gotong - royong bersama anak - anak PKAYI Kluang. Pecahan kumpulan telah dibuat kepada empat bahagian iaitu :
1) Dorm Putera
2) Dorm Puteri
3) Luar pejabat
4) Surau
Nampaknya mereka memang pembersih dan juga pengemas sebab takda nampak sampah sarap sepanjang gotong - royong dilakukan.
Setelah siap aktiviti gotong - royong , kami mengambil kesempatan sekali - sekala bergambar bersama anak - anak PKAYI Kluang. Hahaaa...sakan betol wefie dorang ni..penuh memory gua..kikikii...
Kemesraan kami tidak hanya tinggal kenangan sahaja kerana kami dah pun bertukar - tukar nombor telefon !!! Haaahaha ....
Setelah selesai aktiviti gotong - royong , kami beramai - ramai ke Dewan Makan bagi majlis makan dan juga upacara memotong kek untuk sambutan hari lahir buat anak - anak PKAYI Kluang.
Paling merintihkan hati yaya, ini pertama kali mereka menyambut hari lahir setelah sekian lamanya mereka di sini. Hati kecilku sambil menaip penuh rasa sebak dan punya rasa kesyukuran dari pelbagai aspek.
Terima kasih buat mereka yang telah bertungkus lumus bagi menjayakan program ini. Terima kasih juga pada pihak PKAYI Kluang kerana sudi menerima kunjungan kami ke sini.
Akhir sekali , yaya nak belanja sikit wefie dengan depa ni..hihi..actually yaya tak tahu kenapa sekarang ni yaya jadi penyegan wefie / selfie sejak - sejak jadi tunangan orang ni. Hahhhaa...jumpa lagi korang!!
Untuk keterangan lanjut , korang boleh terus hubungi talian di bawah untuk sebarang pertanyaan atau ingin menghulurkan sumbangan .
077725841 ( Pertubuhan Kebajikan Anak - Anak Yatim Kluang , Johor )
No comments:
Post a Comment