18 March 2017

Sponsor bagi Program Kasih JDT BLOGGER bersama Anak - Anak Yatim ( Siri 1 )

Assalamualaikum .. 

Alhamdulillah , dah sampai ke entry kedua yaya mengenai Program Kasih JDT BLOGGER bersama Anak - Anak Yatim ( Siri 1 ) .

Entry kedua ini yaya nak perkenalkan pada korang di mana ramai yang telah sudi menaja dalam pelbagai bentuk bagi menjayakan program ini.


Pertama sekali , terima kasih buat para penaja kerana sudi menaja program ini.

Di atas adalah popcorn yang telah ditaja sendiri oleh Delicious Homemade Bakery. Bagi mereka yang menetap berdekatan Mersing, Johor..boleh menempah popcorn di nombor yang tertera di atas.


Tajaan pizza dari Fazz Bakery & Catering antara menjadi tarikan anak - anak PKAYI Kluang dan juga kami JDT BLOGGER.

Boleh terus hubungi nombor telefon di atas untuk sebarang tempahan.


Gambar ketiga ini adalah bahulu yang ditaja khas oleh Enak Rasa. Bagi mereka yang ingin membuat tempahan , boleh telefon di nombor tertera.


Beg kertas yang dicetak khas untuk birthday party. Ditaja oleh Kasih Concept. Boleh ke instagram mereka di @kasihconcept .


Wahh sedap betul cream puff ni. Inti ceram pun banyak!! Ditaja sendiri oleh Maizatul Akma Zakaria. Boleh terus ke instagram @maizatulakmazakaria untuk tempahan.


Alhamdulillah memang murah rezeki dapat tajaan popcorn. Kali ni popcorn yang cukup rasa manis. Popcorn ni lain sikit, warna - warni lagi!!

Boleh tempah di instagram mereka di @the_goodies_popcorn dengan harga yang berpatutan.


Syukur alhamdulillah mendapat tajaan bagi t-shirt pada hari aktiviti tersebut. Owner tak bagi kami bagitahu dari company mana. Boleh emel yaya kalau nak buat tempahan. Nanti yaya kasi tahunama company. Ekeke..


Ini pula button badge yang ditaja oleh @chantik_creative. Bolehlah kalau nak tempah button badge nanti. Boleh search @chantik_creative di instagram.


Ini pula adalah antara penaja yang memeriahkan program kami. Donut coklat yang sangat lembut dan sedap. Boleh direct contact di talian tertera di bawah untuk tempahan .

0127985159 ( ida )

Moga kalian semua dimurahkan rezeki yang halal dan juga dijauhkan dari azab api neraka. Aamiin...

1 comment: