19 March 2019

Dermapen Treatment by Embun Sari Spa, Kluang

Assalamualaikum

Happy Birthday Embun Sari Spa! Haritu sempat Yaya ke Embun Sari Spa di Kluang, Johor yang mana pemilik spa tersebut menyediakan harga istimewa sempena hari lahir beliau. Wow! Beliau memang seorang yang baik hati sebab selalu berikan harga paling istimewa buat para pelanggan yang selalu menjejakkan kaki ke spa nya. Seronok betul!



Yaya telahpun diberi peluang sekali lagi untuk datang menerima rawatan. Kalau sebelum nk di entry Yaya ada Yaya kongsikan tentang Sulam Bedak, kali ini Yaya nak share pula pengalaman Yaya buat Dermapen Trearment di Embun Sari Spa! Hoorayy!!

Jenuh Yaya nak bersihkan kulit muka hari - hari buat masker dengan putih telur sebab nak kasi hilangkan parut di muka. Kalau korang nak tahu, parut jerawat di kulit muka Yaya dah berkurang, tapi ada kesan parut kemalangan sahaja. Hehe..Apapun memang bersyukur sangat sebab Yaya dah berjaya kurangkan sedikit parut jerawat di kulit muka Yaya ni 😃


Percaya tak, kalau korang buat sekali memang kesan tidak nampak sangat. Lagi best bila korang lakukan 3 hingga 4 kali rawatan, hasilnya amat berkesan! Serius, kompem takkan menyesal beb. Pantangnya, dilarang ambil makanan laut dan apa sahaja yang boleh mengundang kegatalan, kompem korang akan garu dan menyebabkan luka 😄

Kebaikan dan kelebihan Rawatan Dermapen boleh buat korang yang membaca ni ternganga 😂 sebab apa tau, selain dapat menghilangkan parut jerawat dan segala jenis parut dengan cepat, ianya juga boleh menghilangkan parut yang berlubang, jeragat dan kedutan. Paling best sekali apabila menghasilkan sel kulit baru yang lebih lembut dan halus. Tak dapat dinafikan apabila mengambil rawatan Dermapen ini, ianya akan memperbaiki tekstur kulit dan tona kulit tak sekata. Suka sangat apabila rawata ini dapat menghaluskan liang roma kasar dan terbuka, selain menghasilkan kolagen pada kulit muka.

Lepas tu yang paling - paling best, rawatan ini dapat membuang sel - sel kulit mati, selain melancarkan peredaran darah dalam kulit muka dan encerahkan kulit.


Ini adalah ruangan pelanggan untuk menerima rawatan. Dari awal rawatan hinggalah ke sudah, Yaya dengar alunan lagu sampai tidur termimpi - mimpi 😅


Habis sahaja menerima rawatan Dermapen ni, memang wajiblah Yaya pakai topeng muka sebab nak elak muka dari terkena cahaya matahari sebab ada pedih sedikit. Bak kata orang, beauty is pain. Ye dok ? Heheh...

Ramai juga yang tanya Yaya di Facebook dan Instagram, korang boleh buat carian di facebook spa tersebut atau klik Whatsapp di bawah, orait 😉

Facebook : Embun Sari
WhatsApp Temujanji

1 comment: