26 November 2015

DULU GEMUK - SEKARANG KURUS

710

Bila bicara tentang kurus, semua orang impikan berat badan ideal. Malah, sebelum ini pasangan dari Korea SelatanSong Jin Yoo dan Shin Jin Hoo yang dahulunya boleh dikatakan boroi tetapi kini langsing serta ideal telah memberi inspirasi kepada orang ramai.
Kini, pada 8 September lalu, seorang lelaki Korea yang berusia 34 tahun berkongsi gambar dietnya di laman komuniti telah menarik perhatian netizens. Perubahan drastik yang berlaku pada lelaki berkenaan mengejutkan netizens sehingga ada yang menyifatkannya ‘kembali muda’. 
Diet yang diamalkan oleh lelaki tersebut, menyebabkan perubahan pada muka dan juga berat badannya yang turun sebanyak 15kg. Diperolehi dari Koreaboo,  lelaki itu mengamalkan diet untuk kelihatan lebih muda dan menguruskan badan.
“Umm.. saya tak pernah berkongsi apa-apa disini jadi saya tak tahu nak kata apa tapi saya akan berkongsi gambar perjalanan penurunan berat badan saya. Saya bertekad untuk diet untuk meningkatkan keyakinan diri saya. 
Ketika diusia 20-an
Ketika diusia 20-an
“Pada umur 20-an, orang cuma risaukan rupa paras untuk jantina berlainan tetapi apabila umur meningkat kepada pertengahan 30-an keyakinan diri menjadi topik yang selalu dibincangkan.
“Itu sebabnya saya bertekad untuk mencuba sendiri. Memandangkan saya bekerja sebagai programmer saya jarang meninggalkan meja dan selepas bertahun bekerja dalam situasi ini saya dapat rasa kondisi badan saya teruk”, kata lelaki tersebut.
33 tahun - Februari 2014
33 tahun – Februari 2014
Ini 3 tips untuk diet yang berjaya yang diamalkan : 
Gemarkan diri berjalan. Walaupun tiada masa untuk bersenam, berjalan (seperti contoh) ke tempat mesyuarat sudah mencukupi sebagai senaman.
Untuk makanan, cuba makan sekali sehari pada lewat tengahhari. Tapi makan apa sahaja yang kamu mahu sehingga kenyang sekitar jam 1 tengahhari. Selepas itu hanya minum ‘protein shake’ jika lapar.
Pastikan sebotol teh barli sentiasa ada bersama. Ia boleh menyekat selera makan dan memberi vitamin secukupnya serta boleh memastikan kamu sentiasa terhidrat.
“Saya pastikan diri saya sentiasa mengikut tiga peraturan mudah ini dan tidak bersenam dengan ekstrim atau kebuluran. Perkara yang paling penting adalah membaiki buah fikiran, saya akan pergi isi perut sebab ia masa untuk makan.
“Hanya makan bila perlu. Saya sangat menghormati mereka yang boleh hilang berat badan walaupun makan 3 kali sehari, ” jelasnya. 
Sumber – Siakapkeli.my
Usia 34 tahun
Usia 34 tahun
Gambar terkini
Gambar terkini

1 comment:

  1. Ia seperti saranan Nabi kita berhenti sebelum kenyang

    ReplyDelete