3 November 2015

Program KOMEDI Juara Parodi ASTRO WARNA DAN MUSTIKA HD !!

Assalamualaikum...




Woohoooo !! Siap pun entry yang ditunggu – tunggu oleh korang yang kalau dah perasan press conference dekat instagram yaya . Yaya memang tak sabar nak publish kan entry ni tau sebab nak bagi korang hadiah yang torbaek punya !!





Sebelum tu , untuk pengetahuan korang .. Astro Warna ( Saluran 132 ) dan Mustika HD ( Saluran 134 ) akan menghangatkan malam anda dengan program genre komedi terbaru iaitu ‘Juara Parodi ’ yang bakal mencuit hati korang !!






Kalau korang pernah tengok beberapa program komedi terbitan Astro seperti ‘ Super Spontan ‘ , ‘ Maharaja Lawak ‘ , ‘ Projek Komedi Warna ‘ , ‘ Karoot Komedia ‘ dan pelbagai program lagi telah berjaya menarik minat penonton baik di studio ataupun di rumah secara tak langsung telah memartabatkan industri seni di Malaysia yang ber-genre komedi. Kali ini Astro Warna telah menghasilkan idea baru gabungan nyanyian & komedi yang di-parodi-kan dikenali ‘Juara Parodi’ .





Program hiburan tak kira peringkat usia ini bakal berada di kaca televisyen korang selama 12 minggu secara langsung dimana penyanyi – penyanyi dan pelawak – pelawak popular tanah air bakal membentuk kumpulan dan berentap sesama mereka... Woww !!


Mereka telah diberi tugasan untuk memparodikan lagu – lagu yang pernah memikat rakyat Malaysia pada suatu ketika dahulu. Menarik kan .... ?? Dah macam ala-ala ‘ dubmash ’ pulak...huhuuu... Astro sememangnya kreatif dan terbaik demi memikat hati para penonton yang menonton setiap program keluarannya...




Barisan pelawak yang bakal menghangatkan pentas 'Juara Parodi' diberikan mengikut kumpulan dan ada juga yang akan berentap secara solo. Mereka adalah Ajak dan Shahrol Shiro, Shuib Sepahtu, Yus dan Tauke Jambu, Rahim, Abam dan Fad Bocey, Achey, Joey dan Shuk, Zulin dan Sherry, Azlee dan Lan Pet Pet serta Zero.

Barisan artis popular yang akan digabungkan dengan para pelawak ini pula adalah Awie, Misha Omar, Mark Adam, Tomok, Black, Sam Bunkface, Mawi, Firman, Zahid dan Waris.




Para peserta akan diadili oleh barisan juri profesional iaitu Afdlin Shauki dan Zainal Abidin berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan seperti kreativiti persembahan, susunan lagu dan lirik yang dipersembahkan serta berjaya menepati tema mingguan yang diberikan.

Najip Ali dan Dina Nadzir pula menggalas tugasan sebagai pengacara di samping Yasmin Hani yang bertindak sebagai pengulas iringan dalam rancangan ramalan, 'Kau Dah Redi? Parodi!'.

Program 'Juara Parodi' ini ditaja oleh Tropicana Twister dan Aurawhite manakala Adabi, Bank Simpanan Nasional dan Digi pula bertindak sebagai penaja bersama. Jangan lupa saksikan program Juara Parodi setiap Jumaat jam 10:00 malam di saluran Warna 132 & Mustika HD 134.. jom2!! 


p/s : OK....apa yang wajib korang lakukan selepas ini adalah korang wajib tonton Juara Parodi ni Jumaat ini dan soalan akan diberikan pada minggu hadapan . 

Tungguuuu..........

13 comments:

  1. Start minggu ni kan rancangan ni?? Tak sabar nak tengok gelagat dorang. Paling best sebab tomok ade! Gue fans dye tau yaya.huhu

    ReplyDelete
  2. Wah mcm seronok je rancangan nie

    ReplyDelete
  3. Wah.. mcm best je program ni, siap ada nk buat soalan tu.. menarik ni.. jom2 tonton beramai2..

    ReplyDelete
  4. harap² best lah rancangan ni..

    ReplyDelete
  5. lama tak tengok najib ali tu ..mesti klakar habis ni

    ReplyDelete
  6. Nak try la tengok rancangan ni..

    ReplyDelete
  7. Wow. Best tu. Tp takdak astro. Heee...

    ReplyDelete
  8. Eksited. Slalu sangat layan cerita dkt astro warna ni. Huhuu

    ReplyDelete
  9. oooo yg kelakar tu kerrrr.... ada tengok teaser dia rasanya

    ReplyDelete