19 April 2016

HIDAYAH Milik Allah - Mohd Safiuddin Ilias

Kuala Lumpur: “Selepas ini, saya akan fokus kepada perniagaan produk kecantikan yang dijalankan sejak 2012 dan menyasarkan jualan RM20 juta tahun ini,” kata jutawan muda Mohd Safiuddin Ilias . Safiuddin, 22, yang melakukan pembedahan membuang implan payudaranya Sabtu lalu berkata, dia kini mahu mengadakan seminar dalam usaha mengembangkan perniagaan.


Sebenarnya yaya jumpa facebook Safiey Ilias (Dsi Empire) ni dari fb page JAKIM, semalam dalam whatsapp group ada dorangg ni duk sembang pasal jutawan kosmetik ni, tapi yaya tak de lah nak sembang sangat...dengar katanya Safiey Ilias bergeng dengan Sheikh kerana nak dekatkan diri dengan Allah swt.

Katanya, “Tindakan saya membuang implan payudara adalah hidayah yang saya peroleh dari Allah. Saya benar-benar mahu kembali kepada fitrah asal iaitu seorang lelaki.
“Tiga tahun berada dalam kegelapan membuatkan saya kurang yakin apabila berdepan dengan orang terutama ketika memperkenalkan perniagaan yang saya miliki,” katanya ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL), semalam.
Dia yang dibenarkan pulang selepas empat hari berada di wad berkata, perubahan itu juga dilakukan kerana mahu lebih ramai pelanggan menjadi lebih yakin kepadanya apabila membuat seminar.


Yang menarik perhatian yaya kat sini, di laman sosial facebook, dia memuat turun gambar dengan caption "Ok sapa nak beg saya ? " waahh....yaya rasa teruja tau beg tangan kaler merah tuu..yaya pun ada komen jugak kat posting tu, kalau ada rezeki ye alhamdulillah...boleh bawak gi kerja, tak pun untuk raya nanti. hihihiii....

Katanya lagi , “Kejayaan yang saya peroleh sudah tentu mahu dikongsi bersama. Ilmu yang saya ada itu patut diketahui orang ramai yang ingin maju dalam hidup.
“Namun, dengan perwatakan saya yang menyerupai wanita, terlintas dalam fikiran bahawa orang tidak akan percaya dengan kata-kata mak nyah.



Kat laman sosial facebook dia ada muat turun beberapa keping gambar untuk peraduan Perlaking Peraduan Selfie & Menang. Pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan untuk dimenangi...jangan lepaskan peluang tu... ^_^
“Mungkin dengan perubahan ini, saya akan lebih yakin menyampaikan ilmu keusahawanan, bentuk pemasaran berjaya dan pemasaran dalam talian selain ilmu agama yang harus diterapkan dalam perniagaan,” katanya.
Seminar yang dijalankan Safiuddin sejak Disember lalu mendapat sambutan hangat daripada orang ramai terutama mereka yang mahu menjalankan perniagaan dan katanya ia diadakan bagi membantu dan mengajak lebih ramai Bumiputera menguasai perniagaan. Kata Safiuddin lagi, niatnya selepas ini adalah ingin membantu golongan yang memerlukan selain mendekatkan diri dengan agama.
“Sepanjang hidup menjadi ‘wanita’ saya lalai dan lupa kepada Allah, malah, meninggalkan solat.
“Saya sebenarnya rindu untuk solat berjemaah, mahu keluar berdakwah dan ke Makkah serta Madinah mengerjakan umrah.
“Namun, perwatakan ‘wanita jadian’ membataskan saya untuk melakukannya kerana takut akan dipandang rendah atau hina oleh orang sekeliling,” katanya.



Kisah Safiuddin menjalani pembedahan membuang implan payudara menjadi viral di Facebook selepas pendakwah bernama Ali Russia membuat pendedahan itu. Menceritakan perubahan dirinya yang dijalankan tiga tahun lalu, Safiuddin berkata, naluri remaja yang keliru dan tidak keruan membuatkan dia nekad untuk berubah menjadi perempuan.

“Jiwa dan perasaan keperempuanan membawa saya berubah menjadi wanita sedangkan pada zahirnya dilahirkan sebagai lelaki,” katanya.

Alhamdulillah, setelah selesai pembedahan, dia memuat lagi satu gambar dengan hajatnya yang ingin membuat kenduri kesyukuran. Moga tercapai hajatnya dan ramai yang mendoakan serta beri dorongan dia untuk menjadi muslim yang soleh...in shaa Allah..sama - sama kita doakan. 


sumber : HARIAN METRO

10 comments: