8 September 2015

Mafia Paling Lawak - Laugh Die You II : The Mob


Nah balik kerja aku up satu entry sekali lagi pasal Laugh Die You 2 !! Tengok tajuk pun dah tahu program komedi , belum tengok lagi depa punya lawak buat persembahan nanti ....fuhhh......kalau tengok barisan pelakon untuk program komedi ni pun dah tahu depa punya lawak tu baru ikut skrip , belum spontan , macam waktu aku pergi bergambar dengan depa macam sebelum ni. Laugh Die You adalah terjemahan bagi frasa Kantonis iaitu 'siu sei lei' yang bermaksud Laugh Die You .


Bila korang nampak jer perkataan mafia mesti korang terus terkejut , EH! hehehe.....tapi bukanlah mafia yang macam korang fikir selama ni yang duk pukui orang ka...p culik orang ka...depa ni mafia lawak kalau hangpa nak tahu laa...depa ni bakal belasah perut hangpa sampai hangpa tak boleh duk diam dan nak kena belasah lagi dengan lawak lucu depa ni hang tau dak....sampai hangpa balik takkan habis hangpa ingat walaupun hangpa tengah mandi...haa....caya cakap aku ni....



Hehhh....Phua Chu Kang eii....yang terkenal dengan rambut ting kerinting dia dengan kasut but kuning dia yang besar sampai ke lutut sapa tak kenai , dak ?? kompem korang yang sebaya aku kenal dia . Dalam program komedi ni , Phua Chu Kang adalah seorang yang kejam ke? dengar kata dialah pembunuh upahan dan juga The Contractor yang akan membasmi pencerobohan seperti yang telah diarahkan oleh The Godfather ? woww !!  nah sini aku bagi satu link bila Phua Chu Kang berbicara 



Sinopsis dia pasal pertempuran di alam komedi bermula dari pencerobohan pelawak Malaysia dan Singapura demi memperjuangkan sebuah Kemerdekaan dan The Godfather iaitu Harith Iskander bertekad untuk menghentikan pencerobohan ini , dan kemudian telah menghubungi The Contractor iaitu pembunuh upahan yang terkenal di ketika itu. Haaa....dekat sini nampak dah sesuai sangat bagi kita rakyat Malaysia yang telah sambut hari kemerdekaan pada 31 Ogos yang lepas dan juga bagi rakyat Singapura turut menyambut hari ulangtahun kemerdekaan mereka pada tarikh 9 Ogos yang lalu. Well.....sama tarikh hari lahir aku tuh....9 Ogos....hehehe...



Di sini yaya persembahkan antara barisan pelakon yang akan membawakan persembahan mereka bagi program komedi 'Laugh Die You 2' , Ikon Lawak Malaysia iaitu Harith Iskander bersama Kavin Jay digandingkan bersama Jonathan Artherton (The Don) dan juga Fakkah Fuzz . 

'Laugh Die You 2 - The Mob' akan menampilkan barisan 5 pelawak dari Malaysia pada 1 - 2 Oktober 2015 bertempat di HGH Convention Centre . Yang tak dapat tengok edisi pertama , haa meh korang klik sini  
Hydra band bakal menghiburkan kita ketika persembahan nanti dan mereka juga punyai vokal yang sungguh mengagumkan dan juga hensem-hensem...dan comel - comel....adehh....tergugat iman...





Hanya Kak Bella dan Azwar yang memahami aku ketika aku bertemu dengan band Hydra ni..hehehee...hari tu aku sengaja pergi tandas nak buat - buat terserempak dengan Hydra bila dapat tahu dari Azwar..hehh...aku punya lakonan menjadi sampai dapat bergambar dengan depa ..hahahaa.....



Amacam cerita aku ? best kan....haaa...bagi yang taknak ketinggalan dibawa arus zaman nak tengok cerita 'Laugh Die 2 - The Mb' ni , apalagi....cepat - cepat buat tempahan tiket di VIP.MY . Bagi pembelian tiket bermula hari ini sehingga 10 Oktober , korang akan dapat harga diskaun sebanyak 20% ! wow!! dan harga jualan tiket dari RM158 (Silver) , RM258 (GOLD) dan RM308 (VIP) . 

Nasihat yaya , kalau taknak terlepas di awal cerita komedi ni, yaya cadangkan korang gunakan perkhidmatan GrabCar  dan korang boleh dapatkan perkhidmatan teksi secara PERCUMA ! wow!! 


Di bawah ni adalah kod bagi promosi yang boleh anda gunakan nanti .

1 ) Grabcar - 'LAUGHDIEYOUGC' : dua pengangkutan percuma akan disediakan dengan kadar maksima RM20

2 ) MyTeksi - 'LAUGHDIEYOUMT' : dua pengangkutan percuma akan disediakan dengan kadar maksima RM5

Untuk keterangan lanjut , korang boleh pergi klik sini FB Laugh Die You

SEMOGA TERHIBUR !! 



10 comments:

  1. lama betul tak tengok phua chu kang..hehhe rindu pulak~

    ReplyDelete
  2. phua chu kang tu yang best tu.. hahaha

    ReplyDelete
  3. owh... mereka dah kembali pastinya lebih kelakar.

    ReplyDelete
  4. hensem lah phua chu kang.. kemanin ye yaya selfie dgn retis..hehe

    ReplyDelete
  5. dont play2..ayat yg x pernah KG lupa

    ReplyDelete
  6. lama takanmpak pua chu kang..mesti best ni

    ReplyDelete
  7. Tiket upper gold class available now. Laugh die you 3. Whatsapp 0132214579.:D

    ReplyDelete
  8. Tiket upper gold class available now. Laugh die you 3. Whatsapp 0132214579.:D

    ReplyDelete