2 June 2015

Program Perkongsian Kereta Pertama di Malaysia Dilancarkan


Kuala Lumpur, 30 Mei 2015 – CMS Consortium Ecotour Sdn Bhd ( CMS ) melancarkan Program Perkongsian Kereta Elektrik ( EV ) Pertama berkonsepkan “Cohesive Mobility Solution” ( COMOS ) di sini hari ini. Inisiatif ini memberi pilihan kepada orang ramai untuk membuat tempahan bagi mengambil dan memulangkan semula COMOS EV di lokasi utama yang terpilih di sekitar bandaraya Kuala Lumpur.
COMOS menawarkan perkhidmatan E – Mobiliti yang komprehensif, merangkumi pelbagai aspek dalam ekosistem dan rangkaian nilai; ini termasuklah pengguna EV, perkhidmatan pengecas EV, operator ‘’fleet’’ EV, pengurusan operator parker dan pengendali rangkaian telekomunikasi yang kesemuanya disimpulkan dalam satu konsep yang dikenali sebagai COMOS.

Pengerusi Eksekutif CMS Consortium Ecotout Sdn Bhd, Dato` Seri Haji Syed Zainal bin Syed Mohd Tahir berkata, COMOS menyokong inisiatif kerajaan, di antaranya adalah melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengenai National Automotive Policy ( NAP ) dengan mewujudkan ‘critical mass’ untuk kegunaan EV. NAP 2014 menyasarkan untuk membangunkan Malaysia melalui hub permotoran setempat dalam penggunaan kenderaan kuasa tenaga yang berkesan ( EEV ) sekaligus meningkatkan aktiviti nilai tambah dan pembangunan keupayaan domestic yang berterusan yang berterusan. Salah satu segmen EEV yang diperkenalkan ialah EV. COMOS akan meningkatkan kesedaran orang ramai bagi menghargai dan menerima dengan baik EV di Malaysia. Ia membantu mebina ekosistem yang seterusnya menggalakkan OEMs membawa EV dan teknologi yag berkaitan ke Negara ini. Ia turut membantu memacu pembangunan untuk menyokong industry komponen EV yang merupakan sebahagian daripada objektif “NAP”. 


Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Haji Ahmad Phesal Haji Talib. Malah beliau turut mencuba perkhidmatan Comos ini dengan mengendalikan sendiri EV yang disediakan.

Untuk permulaan, COMOS telah beroperasi di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur terlebih dahulu, sebelum ke destinasi lain seperti Pulau Langkawi (Disember 2014), Pulau Pinang (2016), Putrajaya, Melaka (2015) dan Johor Bahru (2016).
Manakala antara model EV yang terpilih menyertai COMOS ialah Renault Zoe, Renault Twizy, dan Nissan Leaf.

Untuk menyewa EV ini, pengguna hanya perlu mendaftarkan diri melalui aplikasi di telefon bimbit atau laman web untuk menempah EV termasuk menyatakan lokasi pengambilannya. Kemudian pengguna akan mengambilnya di lokasi berkenaan dan mula memandu EV di destinasi yang bersesuaian.
Untuk memulangkan semula EV ini, pengguna hanya perlu pergi ke stesen pengecas yang terpilih, sentuhkan kad COMOS pada kios utama dan menandakan EV tersebut dikembalikan secara automatik. Proses pembayarannya akan dilakukan menerusi perkhidamatan dalam talian dan pengguna akan menerima SMS pengesahan selepas transaksi pembayaran selesai.
Untuk fasa pertama ini iaitu operasi di Lembah Klang, sebanyak 60 stesen pengecas telah dikenalpasti. Antaranya ialah di Jalan Medan Tuanku 1, Lorong Bunus 1, Lorong P.Ramlee, LRT Ampang Park, LRT Pasar Seni dan LRT Bangsar. Antara 15 lokasi terbabit telah menerima kerjasama sepenuhnya dari PRASARANA dan DBKL.
Perkhidmatan COMOS ini dikenakan bayaran tentatif sebanyak RM300 (untuk sewa tahunan), RM50 (sewa bulanan) dan antara RM20 hingga RM25 sewaan mengikut jam penggunaan.





















1 comment: