Showing posts with label Sahabat Handai. Show all posts
Showing posts with label Sahabat Handai. Show all posts

2 October 2015

Rindu Autumn In My Heart


Assalamualaikum...pertama kali yaya tonton cerita 'Autumn In My Heart' ni masa darjah 6. Drama bersiri korea ini disiarkan di stesen televisyen TV3 yang telah dialih ke bahasa mandarin. Cerita dia memang sedih gilerr....touching tau bila yaya tengok cerita ni.. 



Serba sedikit yang yaya tahu tentang watak-watak dalam drama bersiri ni, paling aku suka watak Eun Suh...dia adalah seorang gadis yang periang dan mempunyai abang yang sangat hensem, Joon Suh. Tinggal bersama abang dan kedua orang tuanya serta mempunyai ikatan kekeluargaan yang kuat. Segala suka dan duka mereka tempuhi bersama.




Selama berpuluh tahun berlalu, Eun Suh menjadi wanita dewasa yang punya raut wajah yang cantik dan menjadi seorang operator di sebuah hotel ternama. Hihihiii...cuba tengok muka Eun Suh ni waktu jawab kol...Itulah memek muka aku kalau jawab panggilan aduan.hahaaa.. Hari-hari terima aduan. Bermacam-macam perangai yang aku nak layankan termasuklah rakan-rakan juruteknik aku. Nak kena main 'mood' diorang, nak kena jaga hati dorang.. Kekadang geram jugak lah terutama waktu dapat panggilan aduan manusia-manusia main 'bash' jerk.. 




Joon Suh adalah abang kepada Eun Suh pada awalnya. Terkilan juga yaya bila dapat tahu diorang ni sebenarnya bukanlah adik-beradik kandung, tapi dah tertukar. Joon Suh juga adalah punca pertukaran bayi ketika di hospital. 



Pengakhiran cerita, kedua-dua hero dan heroin ini mati, Eun Suh yang mula pergi dahulu kerana mempunyai sakit kronik tulang sumsum. Manakala, Joon Suh telah dilanggar sebuah lori ketika hendak pergi ke tempat kenangan mereka di hadapan sekolah.

Bagi yaya, cerita ni adalah cerita sedih pertama yang yaya tonton, pada mulanya disangka adik-beradik sebelum mengetahui mereka telah tertukar. . 

1 October 2015

Cabaran7Hari | BlogInsta#1 : Selfie Paling Comel

Assalamualaikum, selamat tengahari...yaya mengaku, yaya memang kaki 'selfie'. Kekadang rasa terpanggil bila ada yang memperkatakan pasal 'selfie', dan kalau sampai satu tahap yaya dah jumpa kamera, haaa....amek kau, habis penuh fon dan kamera kawan-kawan dengan gambar yaya..hahaha.... 

Dekat sini yaya suka sangat nak jemput rakan-rakan blogger untuk memeriahkan "Cabaran7Hari | BlogInsta#1 : Selfie Paling Comel" !!


Sanggup pergi tandas wanita tangkap satu gambar selfie ni haaa.....nak nyorok kat mana pun tak tahu dah...


Mohon jangan jatuh hati yee.....kikikiii


Bukan nak cakap apa laa ehh...kekadang rasa perasan sendiri raut wajah I iras-iras Norjuma Habib..hihiii...siapa lagi yang nak puji kalau bukan diri sendiri kan..??hehee....

Yaya nak kongsi sikit cerita yaya bersama Exchange Feed Group. Banyak yang yaya peroleh daripada rakan-rakan blogger di EFGroup dimana mengajar yaya cara nak naikkan follower, nak cantikkan belog, macam mana nak tarik pembaca, dan banyak lagi....terima kasih kepada sifu-sifu dan rakan blogger EFGroup !! Love you so much !! muahhx0x0x0oooo ... ^_^

CAPTION :

LIFE IS MAGICAL FROM POINT OF VIEW !!


29 September 2015

FENOMENA Super Blood Moon hanya akan berlaku lagi pada 2033



Assalamualaikum...pagi ni yaya rasa macam lapang sikit, tak banyak kerja sangat dan buat yaya menjadi - jadi nak 'search' macam - macam dekat Mr. Google..sampailah yaya dapat satu topik menarik untuk yaya tahu. Pengetahuan Am, yaya suka sangat baca Pengetahuan Am...lebih - lebih lagi lebih kepada fiksyen Sains. 

Kalau macam cerita, yaya pun lagi suka tonton cerita fiksyen sains..Sebagai contoh, 'Atmosphere', 'Star Wars', 'The Terminator', 'Avatar', 'Chappie', 'X-Men', 'Twilight', 'Avengers' dan banyak lagi..haaa....jangan kata cerita mat salleh jer yang yaya pilih buat senarai yee..sebab memang hakikatnya kalau movie fiksyen sains, yaya lebih memilih movie mat salleh berbanding negara India mahupun tempatan.

Apa itu 'Super Blood Moon' ?

Apa yang yaya nak kongsikan sikit dekat sini, berdasarkan hasil bacaan yaya pada banyak bahan bacaan di laman sosial, 'Super Blood Moon' atau lebih dikenali sebagai 'Bulan Berdarah' adalah gabungan tiga kejadian bulan penuh, fenomena Perigee dan juga gerhana bulan. Dalam tempoh beberapa tahun sekali, satu fenomena gerhana bulan yang kelihatan aneh akan berlaku kerana pada waktu itu bulan akan bertukar warna menjadi kemerah - merahan.

Walau bagaimanapun, fenomena itu hanya dapat dilihat dengan mata kasar di benua Eropah, Afrika, Amerika dan juga sebahagian barat dan selatan Asia sahaja kerana kejadian itu adalah perubahan pada pergerakan bulan ketika hampir dengan bumi.


Gabungan bulan penuh hanya dapat dilihat jelas terutama pada waktu siang. Fenomena 'Super Moon' berlaku kerana bulan berada pada kedudukan orbit paling hampir dengan bumi yang dikenali sebagai 'Perigee'. Semasa bulan di kedudukan 'Perigee', ianya dalam fasa penuh dan boleh dilihat lebih dekat dan lebih terang berbanding biasa. 

Fenomena gerhana bulan yang menyebabkan ianya kelihatan berwarna merah disebabkan bayang - bayang pembiasan cahaya matahari oleh atmosfera bumi. Kali ini, peluang untuk lihat saiz bulan iaitu 14% lebih besar berbanding semasa gerhana penuh pada April yang lalu. 

Semasa fenomena 'Super Blood Moon', bulan akan kelihatan lebih terang sebelum gerhana dan berwarna kemerah - merahan semasa gerhana. Fenomena ini mudah dilihat orang ramai yang berada di kawasan ianya berlaku. Orang ramai boleh melihat fenomena tersebut tanpa memerlukan sebarang peralatan bantuan penglihatan seperti 'mikroskop'.

Di Malaysia, hanya fenomena Apogee dan bulan penuh yang dapat dilihat dengan mata kasar pada April yang lalu. Tambahan pula, kejadian yang menggabungkan tiga fenomena ini hanya akan berlaku lagi pada 2033 akan datang. Di Malaysia, gerhana bulan dapat dilihat pada 2018 nanti. 


Selain itu, 'Super Moon' juga boleh memberi kesan terhadap bumi di mana kejadian pasang surut laut akan berlaku, namun tidak akan menyebabkan berlakunya bencana alam kerana bulan mempunyai daya tarikan graviti yang mampu mempengaruhi air laut.

Sebagai kesimpulan, perlu untuk kita tahu kejadian alam semesta yang Allah swt cipta adalah suatu anugerah terindah terhadap penduduk bumi untuk melihat ciptaanNya yang amat unik, agar menyedari kita sebagai hambaNya perlu bersyukur di setiap apa yang tertulis pada qada` dan qadar DIA .

Wassalam...


28 September 2015

TUTORIAL : Cara Mudah Pasang Widget Live Traffic

Hai !

Petang ni yaya belajar satu lagi pasal widget yang selalu yaya nampak pada belog orang lain, iaitu Live Traffic. Suka rasanya nak kongsikan dekat korang...hihii...

Nak terangkan pun, masih banyak lagi yang perlu yaya pelajari...apa pentingnya Widget Live Traffic ni, korang boleh tahu dari mana datangnya pengunjung yang datang ke blog korang. Ikut langkah - langkah di bawah ini untuk dipaparkan ke blog korang . 


1. Masuk web "feedjit.com"




Displaying Untitled.png 


2. "Setting" kan "Personalize Your Feedjit" dan klik "GO!"


Displaying 2.png


3. Copy url yang diberikan


Displaying 3.png



4.  Pilih "HTML/JavaScript" dan paste ke dalam kotak 'dia'


Displaying 4.png


5. Siap !!


Displaying 5.png



4 September 2015

YAYAC : INGIN AKU JADI TERBAIK BAGIMU



LAGU  'Terbaik Bagimu' merupakan gubahan komposer dari seberang, Ade & Jeje Govinda yang pada asalnya, lagu ini mengisahkan pengorbanan dan kasih seorang wanita yang tidak dihargai oleh kekasih atau suami. Disebabkan Dato' Siti mahu lagu-lagu yang terkandung dalam album 'Fragmen' mengisahkan tentang perjalanan dan peristiwa hidupnya, lirik lagu ini telah diubahsuai supaya menjadi lebih personal. 'Terbaik Bagimu' juga menggambarkan seorang wanita yang sangat menyayangi suaminya. Pada masa yang sama, beliau juga merasakan dirinya masih belum cukup menzahirkan penghargaan dan kasih sayangnya.


BEGITU JUGA AKU , ingin menjadi anak yang terbaik , menjadi rakan blogger yang terbaik , menjadi insan rakyat Malaysia yang terbaik , menjadi contoh yang terbaik untuk anak - anak muda yang makin hari makin hilang perasaan cinta, kasih dan sayang terhadap negara sendiri , merosakkan diri , merosakkan akidah , merosakkan adat kaum di Malaysia yang dahulunya Malaysia dikenali ramai , masyarakat yang berhati perut dan bersopan santun . 


Kelab Blogger Ben Ashaari , banyak mengubah cara aku berblog , kenapa aku berblog ? Apa tujuan berblog ? apa yang ingin disampaikan di blog ? Apa target berblog ? Apa ? Mengapa ? Bagaimana ? Bukannya suka - suka nak berblog ni . Nak kejar apa sebenarnya dalam berblog ni ehh??? Kena dengan niat diiringi dengan cara penyampaian , 


In Shaa Allah ... semuanya sempurna bakal kita lihat pada akan datang ... doakan agar aku dapat membahagiakan orang tua aku , makin hari makin berusia ummi dan ayah aku , makin lama , makin membesar adik - adik aku ... semoga mereka dipermudahkan urusan dalam mencari rezeki , begitu juga dengan aku ... semoga kami matang dalam membuat segala keputusan . Semoga kami dapat menggantikan tempat ummi dan ayah dari keringat ummi dan ayah ketika membesarkan kami ... dengan Tenang .... amin ....






YAYAC : USAHA TANGGA KEJAYAAN

Salam Jumaat buat para pembaca , terima kasih sudi membaca di ruangan blog yayac hari ini . Lahirnya seorang cahaya mata sulung kepada Nordin dan Roszaina di dunia ini yang telah menghadapi pelbagai cabaran selepas menamatkan pengajian di sebuah institusi kerajaan di Kelantan pada tahun 2012 .



PASARAYA SAKAN

Apa yayac nak kongsikan di sini ya Allah ya Tuhanku....banyak sangat kalau nak diceritakan tahu tak ....? AKU insan yang baru nak menapak mencari kehidupan aku , siapa diri aku selepas habis belajar ni eh? ceritanya bermula ketika aku dilanda krisis percintaan bersama jejaka yang berasal dari Sungai Siput, Perak . Aku tidak dibenarkan untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah atas kerana bila dah berkahwin dengan dia nanti , dia tak mampu nak tanggung aku belajar dan aku bekerja di sebuah syarikat yang diberi nama Pasaraya SAKAN kalau korang kenal nama pasaraya ni lah kan...di situ aku bekerja sebagai jurujual dan juruwang . Menjadi juruwang ni paling aku tak suka walaupun gaji tinggi dari jurujual , sebab kalau short duit nanti duit melayang...hurmm....


UMNO

Setelah selesai krisis antara aku dan si dia, aku ditawarkan pula untuk bekerja di sebuah Badan Berkanun di United Malays National Organisation sebagai kerani ICT di dalam Bilik Gerakan di UMNO Cawangan Simpang Renggam. Bekerja sebagai seorang ahli politik ni kalau macam aku , aku pernah pegang duit RM500 sehari dan itu adalah gaji aku , tapi tak menentulah hari apa , berapa aku dapat . Bagi aku yang masih baru di alam pekerjaan , aku rasa RM500 tu banyak bagi aku . Fuhh....separuh gaji aku waktu bekerja sebagai Pekerja Sambilan Harian tuuuu......

IRISH LAVENDER BOUTIQUE EXCLUSIVE

Habis berkempen , aku beralih ke bidang sebenar aku di sebuah butik di Simpang Renggam, Johor. Di situ aku pelajari lebih banyak lagi teknik menjahit yang bukan sahaja aku peroleh ketika aku sedang menutut di Universiti Teknologi MARA dulu. Di sini juga aku berpeluang untuk menjadi freelance mengandam pengantin di sekitar daerah Kluang , Johor .


PEKERJA SAMBILAN HARIAN
JABATAN KERJA RAYA , MENARA PJD , KUALA LUMPUR
JABATAN KEMAJUAN AGAMA ISLAM MALAYSIA, PUTRAJAYA
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA , PUTRAJAYA

Haaa....di sinilah bermulanya strategi aku untuk mencari peluang yang ada dan bakal berada di depan mata , mana yang aku nak dan aku perlukan untuk kehidupan aku, aku tetap berkeras dan berusaha untuk dapatkan walaupun adakalanya pelbagai cabaran yang harus aku lalui . Secara ringkasnya , aku di sini sebagai pekerja kontrak sahaja kalau korang nak tahu lah kan....aku tak mendongak ke langit sebab aku sedar aku hanyalah Pekerja Sambilan Harian ... hehehe.....jadi...korang yang pernah berpengalaman bekerja sebagai (PSH)  ni fahamlah kan...malas aku nak cerita panjang di sini...hehehee.....



Dan bila sekarang aku sedar bahawasanya ALLAH swt telah menguji aku selama aku berusaha untuk dapatkan apa yang aku inginkan pada suatu hari nanti , aku nak ada perabot sendiri , aku nak ada barang - barang yang aku suka , pergi ke tempat yang aku nak pergi dengan menggunakan hasil titik peluh aku sendiri dan bukannya meminta pada orang lain atau juga meminta 100% wang dari ummi dan ayah aku . Helllooo.....malulahhhh sikit , dah besar kan...?? takkan nak menyusahkan mak bapak lagi....sendiri faham sudahhh....



30 August 2015

Kelab Blogger Ben Ashaari : JALAN - JALAN DI ZOO NEGARA #BAHAGIAN 3

MENTION TO Nik Ainaa

hehehe.....ada orang tu tunggu panda . Tak percaya tengok sini . hihihii.....



Kini kita berada di halaman rumah panda yang alalllaaaalllalalalaalalaa.....comel betul...ada pak duk dukung anak dia belakang tu tolong abaikan yee...tengok yayac yang cun dan elegen sahaja...hari ini kita akan beraya di rumah pak panda tanpa bini dia sebab bini dia kena kuarantin dengan anak dia, bini dia masih lagi dalam pantang , jadi kena fahamlah kan....dia tengah dipakaikan bengkung lagi dan perlu seimbangkan dan tegangkan semula apa yang patut . 


Abang hensem dua orang ni seorang tegap dan seorang kecil banyak ilmu dia mengenai panda ni . Segala makanan , tahi dia , perangai panda yang manja dan segalanya lah , semua depa ni tahu . Sebelum kami nak masuk ke rumah panda , kami dinasihati untuk tidak membuat bising , kena senyapkan telefon bimbit serta memastikan anak - anak sentiasa dalam jagaan . 


Ini adalah terowong laluan untuk kami masuk ke dalam rumah panda . Di sini apa yang aku nak ceritakan di sini ... perasaan aku ... panda ni adalah haiwan yang paling istimewa di ZOO NEGARA di Malaysia ni . Tak dapat aku nak ungkapkan di sini . Aku seolah - oleh merasai deria sensitif terhadap panda di sini . Aku gembira dapat bertemu dengan panda di sini dan dalam masa yang sama , bila aku keluar dari sini , aku dapat merasai kesunyian panda yang bersendirian di kandangnya . Dengan siapa dia tidur ? dengan siapa dia bermanja ? Adakah mak ayah dia masih hidup lagi ? Tapi aku bersyukur kerana di sini semua orang amat menyayanginya :)



Ini adalah serba sedikit info mengenai panda dan awak - awak semua bolehlah baca tanpa yaya bercerita di sini :)


Ini merupakan info berkaitan makanan panda


Tengok ni....siapa ada air terjun di rumah panda . Panda di bawah ni dah jadi milik yayac sekarang :)



Taman permainan panda


Dia main panjat - panjat pula.....alalalaaa....


Sedang mengesan sesuatu....


Panda pun ada kek dia :)

Lebih banyak lagi foto di sini




28 August 2015

ESTOFA GLOW | ESTOFA WASH : CANTIK TANPA BAHAN MERBAHAYA

Hai , selamat petang
Seperti yang kita tahu di pasaran bertimbun - timbun produk kecantikan buat para pelanggan di luar sana . Tidak ketinggalan juga ESTOFA GLOW adalah produk yang berasaskan 100% bahan semulajadi seperti coklat dan madu tanpa bahan merbahaya seperti hirdokinon dan sebagainya , sesuai untuk semua jenis kulit dan juga di peringkat umur . Yang menariknya di sini , ESTOFA GLOW selamat untuk dimakan dan terbukti berkesan .


Estofa Wash di sebelah kiri dan kanan pula adalah Estofa Glow . Kalau yaya , yaya akan panggil ( EW ) untuk Estofa Wash , ( EG ) pula adalah Estofa Glow . Estofa Glow berfugsi untuk memutih , melembap dan menegang dalam masa hanya 3 minit sahaja. Selain daripada itu , ianya juga membantu menghilangkan jeragat dan jerawat dengan pantas serta sesuai digunakan kepada yang mempunyai masalah kulit seperti ekzema dan sebagainya . Penggunaan haruslah konsisten dan disiplin bagi mendapatkan hasil yang terbaik .


Yaya bukanlah duta, yaya nak promot jer Estofa 
:)


Estofa Wash terbukti BERKESAN !

Cara penggunaan Estofa Wash semudah 1, 2 dan 3 

1. Sapukan Estofa Wash pada kulit , biarkan selama tiga minit

2. Cuci bersih

3. Lihat hasil 

Puan Ezza dan Encik Fendi adalah antara pengasas bagi ESTOFA GLOW 



Dapatkan ESTOFA GLOW dengan SEGARA !!! 5000 botol terawal hanya RM90 SAHAJA dan dapatkan ESTOFA WASH secara PERCUMA !! Para pengguna juga tidak terlepas untuk mengikuti percutian ke Krabi , Bali , Jakarta , Bangkok atau China mengikut SYARAT & TERMA tertentu . Untuk keterangan lanjut , sila hubungi di talian : 


Whatsapp : 019-2944799 (Pn Ezza)


24 August 2015

Kelab Blogger Ben Ashaari : JALAN - JALAN DI ZOO NEGARA #BAHAGIAN 1

 
Assalamualaikum :)
 
 
Hai jumpa lagi hari Isnin , rindu awak hari Ahad semalam 23 OGOS 2015 , ' Yaya and the KKBA GANG ' teruja sangat sampai budak - budak yang ikut pak mak depa pun lari sana , lari sini. haihh.....pening untie yayac... nak bagi peringatan tolong beri perhatian lebih sebab entry kali ni panjang giler yaya nak buat . Episod pertama ceritanya begini..........................
 
Pertama sekali Yaya nak ucap ribuan terima kasih kepada BEN ASHAARI Presiden KELAB BLOGER BEN ASHAARI merangkap DUTA COSMODERM , terima kasih Cosmoderm atas tajaan dan juga ZOO NEGARA MALAYSIA   , tidak lupa juga kepada sista FARAH WAHEDA yang bekerja keras untuk menjayakan program ini .
 
Terima kasih banyak - banyak pada sista ANIL WANINA  sampaikan hajat yayac dan ZATIE SUHAIDE untuk sampai ke ZOO NEGARA nak tengok binatang - binatang yang dah jadi haiwan kesayangan yayac di sana . Ini kali yang berapa pun yaya dah tak ingat sebab dulu waktu kecil - kecil rajin ummi dan ayah yaya bawa pergi dekat zoo ni . Kali terakhir menjejakkan kaki ke sini pada 2 tahun yang lepas bersama rakan seperjuangan waktu belajar di Universiti Teknologi Mara dahulu bersama Siti NorFatin binti Mat Halim anak kelahiran Pulau Pinang dan ke sini untuk membuat kajian berkaitan subjek utama bidang kami Diploma Seni Lukis dan Seni Reka . Mmm......jujurlah ehh...waktu tu kami masuk percuma jerr...tak payah bayar.....ahahaha....sebab apa ? sebab kami buat kajian waktu tu. :)
 

Lepas daftar acara bergambar beramai - ramai dan Yaya dimasukkan ke dalam kumpulan PANDA , memang kenalah dengan tema kan ? nak tengok panda....haaaa....Gambar ni sumber dari instagram ZOO NEGARA MALAYSIA    repost by sista MAS SAARI , sambil - sambil tu promote lah kan depa ni . Selepas diberikan taklimat , kami dibawa masuk ke Butterfly Garden ... wahhhhh.....rama - rama....walaupun kecil dari saiz yaya pun rasa takut tau....padahal gigi aku lagi besar dari dia. huhh.....
 Bolehlah baca teks pada gambar di atas ni ye .....

 
Habis madu jangan dibuang , simpan dan jagalah ia agar lebih sihat dan berseri
 

 
Dekat dalam ni habislahhhh jadi taman yaya...ini taman , yaya yang punya..hahahaa....korang fahamlah kan bila dah datang excited yaya boleh jadi semua benda suka hati jer yaya nak buat apa. Dalam taman rama - rama ni rama - rama patung dan apalagi tempat tu lah aku ambil gambar dulu .Selfie ! Jalan ke depan sikit nanti kita akan lalu bawah terowong jaring - jaring dan haaa nampaklah rama - rama terbang ke sana ke mari sampailah mereka ni pergi hisap madu dekat bunga . Macam gambar dekat atas tuuuu...... (muncung mulut)
Dalam taman rama - rama ni ada jambatan kecil . Ishhh....punya seronok betul aku tahu tak dengan ketinggian 145cm dan berat muatan aku adalah 45kg rupanya ada hikmah di sebalik ciptaan Allah swt , MUAT KOT laluan aku dekat atas jambatan tu . Perghhhh.....nikmat
 



 
 
 
Dia tumpang sat dekat kamera telefon yaya . Dilarang mengorat BELLA IDURA . Dia dah jadi bini orang ..... haaa.....
 
 


 
Beramah mesra bersama madu yang sebenarnya bukannya manis sangat pun rasa dia kalau yang original punya , madu betul - betul asli tu dia ada rasa masam sikit tahu tak ?? Bukan manis . Ggggrrrrr.....ni si Zatie ni dia ni excited sangat dah kenapaa.....
 
 
Ehhh ehhh......kita nak selfie seorang ... menyelit pulak Zatie Suhaide dan NADIA JOHARI ni .... kepala aku jer nampak..mmmm.....
 
NEXT ! Masuk dekat rumah beruk monyet semua . haahaa...dekat sini ada pelbagai spesies monyet . Dalam kawasan ni bolehlah kalau ada yang nak test suara ke .....
 


Untuk part 1 dekat Zoo Negara ni yaya belanja candid by cahaya mata pertama AZLINDA ALIN
 
 

 

13 August 2015

ESTOFA GLOW : COKLAT PILIHAN BLOGGER

Pernah dengar tak Estofa Glow? Satu lagi produk kecantikan di pasaran yang diperbuat dari bahan asas iaitu coklat dan madu.
.
.
Apa yang bestnya Estofa Glow ni?
Membantu membunuh jeragat, jerawat & parut. Disamping memutihkan, tegang kulit, glowing & pinkish sepantas 3 minit.
.
.
WOW 3 minit???  . Nak tahu keberkesanannya jom follow instagram untuk tengok testimoni2 mereka. @estofa_glow_official
.
.
Estofa glow hanya didapati melalui online shj.
https://www.facebook.com/pages/EstofaGlow-Official
Atau whatsapp 019-294 4799
.
.
Harga : Asal RM140 
PROMO 5000 botol terawal RM90 ONLY!
.
.
Estofa Glow Terbukti Jeragat Dapat Dirawat Tanpa Laser!

24 July 2015

Sesat Balik Pejabat, Spider Solitaire Pun Tak Dapat




Hi! Sangat bersyukur sangat sangat sebab korang, aku dapat makan makanan cina dan halal pulak tu. 

Kami 'Lone Ranger' yang datangnya dari pelbagai pelusuk negeri dan kawasan hinggalah kami bertemu di Kementerian Sumber Manusia, Putrajaya. Terdiri dari pelbagai keturunan dan umur, status dan warna kulit.  

Ini pasal Yaya dah lama ajak makan sama dari bulan Ramadhan lagi dan syukur betul dapat jumpa depa ni dan sebelum ni asyik entah merepek cakap nya dalam 'whatsapp group'. Semalam tangan tengah syok main permainan Spider Solitaire lawan dengan rakan sepejabat, Ilmi dan Rezuwan dan entah kenapa si Nadiah ni duk buat panggilan ke Yaya pulak....kacau betul...haishh.....setahu Yaya lah kan dah lama dah kami nak buat perjumpaan ramai - ramai ni dan Yaya tunggu dari waktu buka puasa lagi tapi tak.....dapat - dapat...huhh....tak puas hati betullll....tapi tapii...tak menyesal pergi kedai makan cina muslim semalam. Tak sangka betul, sampai ke Cyberjaya kan kita reunion...dan tak boleh blah sekali, kami sesat nak balik ke pejabat semula, terpaksa cover dengan staf - staf yang lain....huhh....


Nasi ayam cina RM8 . 45 sen ( termasuk cas GST ) + air strawbery free tak payah bayaq. 
Menu di Restoran Cina Muslim di Salam Noodle , Cyberjaya pilihan Jalan-Jalan Cari Makan dan jadi pilihan kami juga.

Nak ambil air ni kena beratur ikut giliran, jangan potong orang lain tau.Nanti orang marah.,haip happ....

Memang best makan dekat sini terasa macam makan dekat Hong Kong dalam filem Jackie Chan, meja sampai tiga guna. Tengok nasi ayam dia masak fuuhhh sedaappp dan rasa nasi ayam dia jauh beza dengan nasi ayam orang melayu masak , kuah dia pekat dan bila sampai ke tekak buat Yaya lah orang paling lambat makan antara ramai - ramai ni. 

Sesekali pilih menu makanan ada tulisan Bahasa Cina dan terjemahan Bahasa Melayu ni rasa macam Eh! 1 Malaysia! Bangga jadi anak Malaysia yang punya pelbagai bangsa, kaum, agama dan budaya. 

Harapan Yaya agar Malaysia teruskan keamanan yang bakal kita kecapi pada 31 Ogos bulan hadapan.

Kan senang jadi blogger yang suka makan ni! Banyak lagi info dekat https://www.facebook.com/yayacendanaofficial