Showing posts with label Putrajaya Event. Show all posts
Showing posts with label Putrajaya Event. Show all posts

2 October 2015

CaBaRaN iNsTaBLoG 7 HaRi EFGKBBA - APA ADA DALAM WALLET / BEG KECIK YAYA ???

Assalamualaikum...hari ini hari kedua Cabaran InstaBlog Hari EFGKBBA yaya join...harapnya sampai ke hari terakhir lah yaya hasut cabaran ni haaa...hihi...

Sebenarnya kalau nak kata dalam 'wallet' ada apa tu pun yaya tak reti nak bagitahu macam mana..hihii...sebab dalam beg kecil yaya memang ada khas tempat letak duit dan segala kad semua, haaa....




Soo, inilah dia harta karun yaya yang ada dalam beg kecil yaya...hihii...sedikit info di bawah :

1) Alat mekap

Dekat atas ni adalah sebahagian alat mekap yaya tau, belum lagi tengok dekat beg-beg mekap yaya yang lain..hihii....

2) Pendrive

Barang ni memang penting untuk yaya. Kekadang kalau rajin, yaya akan ke cybercafe untuk buat kerja blogging ni, dan pendrive ni amat membantu...hihi

3) Phone Charger

Oleh kerana yaya takda power bank, yaya selalu bawa charger ni bila yaya keluar, memang kadang tu rasa macam penuh jugak beg. Untuk pengetahuan korang jugak, selalunya kalau yaya keluar, yaya jarang buka data internet supaya tidak kehabisan bateri telefon. Kat situ dah boleh jimat..hihi...





Kat atas ni adalah kad-kad yang perlu yaya bawa tiap kali keluar terutama apabila berjalan-jalan, pulang ke kampung halaman, pergi kerja luar atau ke event.

1) RapidKL, Kad Touch and Go dan Kad MyTeksi penting 
    untuk perjalanan yaya pergi dan balik untuk destinasi ke 
    destinasi.

2) Gambar berukuran passport pula untuk kemudahan yaya 
    dan juga orang lain. Sebab...kekadang kalau kita ada 
    singgah ke mana-mana mesti akan ada terserempak 
    dengan event kan? Dekat situ adakalanya dorang akan 
    minta gambar passport dan gambar ni lah yang yaya akan 
    guna...hihii...


Ok....apakah cabaran untuk hari esok ??!! 

Kita tunggu dan lihat apa entry yang seterusnya bagi 'CaBaRaN iNsTaBLoG 7 HaRi EFGKBBA' !!

Caption :

Langkah di Persada


28 September 2015

JOM !! : Segmen Blogwalking Ceria Bersama Anizz Annisa !!


Syarat-syarat : 

1) Follow blog Anizz Annisa **kalau yang masih belum follow**

2) buat tajuk " Segmen Blogwalking Ceria Bersama Anizz Annisa "

3) copy banner dan baclink ke entry ini.. dah siap copy banner, tinggalkan url blog korang di entry ini sahaja.. letak link dekat tempat lain tak dilayan taw..

4) Nyatakan nama korang dan jenis blog anda contohnya blog anis adalah blog personal..

5) tarikh tutup : 30 September 2015 jam 6 petang

**senarai peserta blogwalking akan diupdate dari masa ke semasa..


jom semua kita blogwalking !


Nama Saya : NURHIDAYAH BINTI NORDIN

Nama Blog : Yaya Cendana

URL blog : www.yayacendana.com

Jenis blog : Personal, Lifestyle, Review

Tarik Tamat : 30 September 2015 jam 6 petang



23 September 2015

Yahaira Leanne, Nama Anak Lisa Surihani & Yusry KRU

Haiii laaaa....kiutnyer anak Lisa Surihani & Yursy KRU, tapi sayangnya yaya tak berminat nak paparkan gambar muka baby yang masih segar lagi lahir di dunia ini, dekat sini.




Seperti yang dijanjikan oleh kedua - dua pasangan romantis, Lisa & Yusry telahpun mengumumkan nama anak sulung mereka menerusi akaun instagram mereka. 'Yahaira Leanne' nama diberi yang membawa maksud "Wahai Sebaik - Baik Kelembutan" . Namanya amat cantik dan sedap untuk disebut..


nama anak lisa surihani


Tahniah kepada pasangan, Lisa & Yursy atas kelahiran puteri sulung mereka dan semoga Yahaira Leanne dikurniakan kesihatan yang baik serta menjadi anak yang berjasa kepada orang tua dan menjadi kebanggaan negara.....in shaa Allah..... :)


17 September 2015

SOOO HOT !! : Hot Pindang Kitchen, Seksyen 10


Assalamualaikum & hai korang yang comel sangat...Selamat Hari Malaysia .... :) Terima kasih sudi terbang ke sini selalu...sebenarnya Yayac takda plan ada pun nak buat apa pun waktu Hari Malaysia semalam tau..sebab hari tuh bos Yayac kata kena kerja walaupun semalam adalah cuti umum..jadi memang fikir nak kerja jelaa kan....bila dah nak waktu balik kerja jerk bos kata gurau jerk...tak payah datang ofis...serrrr.....jadi Yayac fikir nak tidur jeellaaaarr buat peta dekat bantai busyuk Yayac...sooo nak dijadikan cerita malam hari tuh , tetibe jerk bro PCL  whastsup Yayac ajak pergi makan semalam....aku ingatkan bro PCL nak belanja kee kann....rupanya pergi food review....pergghhh.....




Tengok atas ni ! Inilah dia restoran yang Yayac cakap tadi tuh...baru jerk semalam Yayac pergi makan dekat restoran ni yang namanya Hot Pindang Kitchen bertempat di Seksyen 10 , Shah Alam , Selangor . 




Yayac tidak keseorangan datang ke sini tau sebab ada seramai 16 orang blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari yang hadir ke sini nak merasai keenakkan hidangan yang terdapat dalam menu depa ni haa...orang kata 'tak kenal maka tak cinta....' kann....hihii...




Cuba tengok dekat atas ni....ehhh ehhh..terliurnya tengok...wahhh...inilah dia menu pertama yang Yayac pilih yang diberi nama 'Special Hot Pindang' dan harganya amat berpatutan iaitu RM13.90 sahaja...wajib order menu ni tau ! Sebab ianya salah satu daripada 'best seller' jugak tau....rugi kalau datang sini tapi tak merasa... :)




Untuk minuman Yayac telah memilih air 'Jus Melody' iaitu gabungan buah tembikai dan juga buah mangga. Tengok dia punya cawan dengan warna air tuh dah macam lilin dekat bilik dah Yayac tengok....hihihii...ehh ehh...lupa pulak nak sebut harga air ni. Air ni korang boleh dapatkan dengan hanya RM6.50 sahaja....murahkan ?? :)



Bismillahirrahmanirrahim...jemput makan... ^_^




Nah sini tengok dia punya 'Asam Pedas Pari'....hihiii....Yayac tak pernah merasa masakan asam pedas tau kalau korang nak tahu...dan Yayac memang tak suka makan ikan...heheheee....tapi bila Yayac tengok asam pedas ni kan , terasa macam nak makan pulak..hihii....eh tapi kan , korang mesti pergi dekat sini sebab ni lahhh salah satu menu yang antaranya yang menjadi tarikan di sini tau...tak payah cakap banyaklaa sedap ke tak kan...sebab member - member blogger Yayac dah rasa dah pun makan 'Asam Pedas Pari' ni haa...sedap weyhh !!





Dah ke sini jangan dilupa untuk order 'Sambal Udang Petai' tau !! Udang dia sedap gegiler....fuuhhhh....sungguh terasa di lidah dia punya pedas !


Bagi peminat 'Ikan Singgang Tongkol'...menu ini pun terdapat dalam senarai tau....
^_^


Chak !! 'Sayur Campur Kailan' pun ada kauuu.....haaa.....Yayac dah rasa dia punya kuah tau...kawww kawww....


'Nasi Ayam' juga disediakan di restoran 'Hot Pindang Kitchen' 



Lepas makan , Yayac duk merayap dalam restoran tuh dan terpandanglah ada peti ais aiskrim. Yayac ingatkan ada aiskrim dekat situ...rupa - rupanya ada kek...!! Jadi nanti kalau yang duduk berdekatan restoran ni , yang nak buat 'birthday party' , bolehlah orang buat dekat sini tau haaa....sesuai sangatt..... ^_^



Sekian sahaja perkongsian Yayac pada pagi ini , terima kasih kepada semua yang beri peluang kepada Yayac untuk merasai masakan diorang ni dan mengisi masa lapang Yayac di Hari Malaysia ...muahhhx0x0oo !!! :-*




Bagi yang berminat untuk mencuba masakan yang terdapat di restoran 'Hot Pindang Kitchen' , bolehlah korang buka waze korang dan cari alamat >>> 

'Hot Pindang Kitchen' Restoran dan Katering . No. 11 & 13, Jalan Cheong Sam 10/11 , Shah Alam , Selangor Darul Ehsan 
Landmark : (Next to Azira & Hatini Restoran) 
Waktu perniagaan : 11am-11pm

Tutup : Raya Aidilfitri dan AidilAdha 

atau

Boleh singgah ke laman facebook diorang di 'Hot Pindang Kitchen'

atau

Terus hubungi mereka di talian 
☎03-5523 1259 / 012 2043773 

Mohon untuk korang  follow instagram diorang jugak ^_^ 'Hot Pindang Kitchen' 







9 September 2015

Perla White : Serbuk Mutiara untuk Kecantikan






Apabila kita berkata pasal kecantikan , zap! terus kaitkan dengan makanan tambahan bukan ? Fitrah manusia yang amat mementingkan kecantikan dan kalau boleh sehingga umur meningkat usia walaupun sudah mencapai hampir 40 tahun ke atas , mereka menginginkan wajah kelihatan muda dan bertenaga . 

Sejak dari zaman dahulu , mutiasa telah dianggap sebagai bahan khazanah yang mewah dan hana kerabat diraja serta golongan kaya yang mampu memakai perhiasan - perhiasan dari mutiara serta memakan serbuk mutiara. Tahukah anda bagaimana Ratu Cleopatra dan Maharani China Wu Zetian mengekalkan keremajaan mereka berdua ? Serbuk mutiara adalah rahsia mereka yang digunakan untuk kecantikan luaran dan dalaman . Ahli arkeologi turut mendapati bahawa Maya kuno telah menggunakan serbuk mutiara sebagai bahan untuk menampal gigi dan sehingga ahli ini , serbuk mutiara masih kekal menjadi makanan tambahan kesihatan yang amat popular di kalangan negara - negara Asia.


Memperkenalkan Perla White yang diperbuat daripada serbuk mutiara juga merupakan antioksidan yang berkesan kerana ianya mampu menggiatkan aktiviti SOD iaitu (superoksida dismutase) dalam tubuh badan manusia. Perbubatan tradisional Cina dan Ayurveda India turut mempercayai bahawa serbuk mutiada ini dapat membantu menenangkan saraf dan menyingkir kepanasan hati. Selain daripada itu juga, kalsium bio-aktif yang terkandung dalam serbuk mutiara turut menjadikannya sumber kalsium yang amat baik berbanding makanan tamahan kalsium yang lain dihasilka secara disintesis kimia.

25 Khasiat Utama Perla White  

Perla White adalah makanan tambahan yang diformulasi dari Korea , dan dikilangkan di Malaysia serta diadun bersama dengan bahan aktif lain iaitu kolagen sisik ikan talapia , Vitamin C , ekstrak madu dan ekstrak buah beri . Perla White juga merupakan tablet kunyah yang mudah dilarutkan dalam mulut atau dikunyah dan berperisa buah beri serta madu yang memberi rasa manis dan enak . Dikilangkan sepenuhnya oleh kilang berstatus GMP dan sepenuhnya adalah keluaran bumiputera muslim , dan yang paling penting ianya adalah 100% Halal . Kesan boleh dilihat seawal dua minggu di mana perubahan ketara pada sistem dalaman , kuli dan wajah yang lebih cerah , berseri dan anjal .

1. Mencerahkan kulit
2. Menghilangkan keradangan kulit, melasma dan tompok-tompok hitam
3. Mempercepatkan penjanaan semula sel-sel otak baru
4. Menyembuhkan ruam dan bisul
5. Memperbaiki struktur kulit dan menjadikan kulit licin, halus, anjal, dan sihat secara semulajadi
6. Memberi efek kulit yang lebih lembut dan lembab seolah-olah memakai pelembab sentiasa.
7. Melindungi kulit dari matahari. (Mengandungi pelindung matahari asli) dan memerangi radikal bebas yang boleh merosakkan kulit.
8. Peremajaan kulit -mempercepatkan pertumbuhan kulit baru dan proses fibrolasi kolagen asli pada lapisan epidermis kulit. 
9. Meningkatkan memori, mengurangkan risiko alzimer.
10. Mengawal dan meningkatkan sistem imunisasi dalaman badan.
11. Menenangkan dan menguatkan jantung, dapat membantu melegakan tekanan & keresahan.
12. Menyelaraskan degup denyutan jantung ke paras normal sekaligus membantu dalam pemulihan penyakit jantung.
13. Mengurangkan imsonia dan membantu memperbaiki kualiti tidur.
14. Membetulkan peredaran darah di dalam tubuh badan.
15. Menguatkan tulang, merangsang pertumbuhan tulang baru dan meningkatkan kepadatan tulang.
16. Mempercepatkan penyembuhan trauma, fasciitis, gastrik dan ulser duodenum dan menghentikan pendarahan dalaman.
17. Menentang penuaan, kanser dan kesan berbahaya sinaran UV.
18. Meningkatkan penglihatan.
19. Membantu memperkuatkan ikatan folikel rambut, menyihatkan rambut dan mengurangkan keguguran rambut.
20. Sebagai agen detoksifikasi iaitu membantu menyingkirkan bahan-bahan toksik yang tak diperlukan dari badan.
21. Menggalakkan pertumbuhan sel tisu-tisu otot.
22. Memutihkan gigi dan merawat gusi bengkak berdarah.
23. Menghilangkan jerawat, parut jerawat, patch kering, bintik hitam, rosacea, kulit pudar, kemerahankulit dan jerawat.
24. Mengecilkan liang-liang roma pada wajah dan tampak lebih rata.
25. Memperkuatkan kuku kaki dan tangan .




Dos dan Indikasi

Terdapat 30 tablet kunyah lengkap untuk sebotol Perla White dan pengambilan hanya sekali sehari yang sudah memadai untuk mendapatkan kesan yang diinginkan , namun untuk mendapat kesan yag lebih bagus , anda digalakkan mengambil dua tablet sehari .

Adakah sesuai bagi golongan berusia dan juga kaun lelaki ? 

Ya ! Amat sesuai bagi golongan berusia kerana terdapat kandungan mineral semulajadi di dalam setiap tablet Perla White yang membantu mencegah osteoporis yang membantu mengawal tekanan darah , menyeleggara sistem peredaran peredaran darah dalam badan serta menguatkan sistem kardionaskular . Ianya juga membantu perbaharui sel - sel yang telah mati dan meningkatkan kesihatan dalaman selain membantu melancarkan sistem perhadaman dalam tubuh badan . 

Perla White juga sesuai bagi kaum lelaki kerana kulit lelaki dan perempuan memerlukan nutrisi yang sama untuk sentiasa terpelihara pada tahap kesihatannya. Khasiat tambahan Perla White untuk lelaki , ianya membantu memperbaiki libido seksual di kalangan lelaki di samping memberi tenaga tambahan dalaman . 

Kandungan / Bahan Aktif yang terdapat dalam Perla White ini adalah :

1 ) Serbuk Mutiara yang bertindak mencegah penuaan kerana dapat menghasilkan kolagen yang banyak dan membersihkan tubuh dari toksin agar kulit kelihatan sihat dan cerah .

2 ) Kolagen Ikan Talapia diambil dari sisik ika talapia untuk memberi nutrisi pada kulit serta mengekalka kelembapan semulajadi dan menganjal serta membina sel - sel baru dengan lebih sihat dan sempurna . Selain itu , ianya juga dapat merawat luka dan parut serta mengenyalkan otot dan sendi selain membuatkan kulit halus dan licin . 

3 ) Ekstrak Madu yang diperoleh dari madu digunakan untuk mengubati pelbagai penyakit serta meningkatkan imunisasi tubuh , menghilangkan jerawat dan sebagainya. Pada tubuh dan wajah pula , menjadikan kulit kelihatan cantik sepanjang masa.

4 ) Vitamin C amat penting bagi pembaikkan semula dan pertumbuhan tisu , sel , gusi , pembuluh darah , tulang dan gigi serta mempercepatkan pemulihan luka , melecur dan gusi berdarah . Vitami C juga adalah antioksidan yang membantu mengeluarkan toksin dalam darah dan mempunyai kesan anti penuaan .

5 ) Ekstrak Buah Beri kaya dengan antioksidan yang membantu menjana kesihatan tubuh badan dan mengandungi antosanin dan paras antioksidan yang tinggi . Ianya juga kaya dengan sumber serat untuk membantu sistem penghadaman yang sihat . Selain itu , vitamin C yang terdapat dalam buah beri ini mampu mengekalkan sistem imunisasi dan kulit yang berseri .


Bagaimana untuk mendapatkan Perla White ini ?

Boleh dapatkan di Glutaking & Perla White 

Sekian sahaja pengenalan Perla White . Kekal cantik dan berseri .

Kerana Dirimu Begitu Berharga 




7 September 2015

Style Workshop Bersama WAWA IDRIS





Pada 5 September 2015, telah berlangsungnya program Style Workshop bersama WAWA IDRIS bertempat di Hotel De Palma yang turut disertai seramai 30 orang blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari. Setinggi - tinggi perghargaan buat barisan penaja seperti Kaio Creative Studio, Butik Chemboja, Salees Food, MBH SPA, Uncle Kay Photography, EyeMaster, Ratu Jannah dan Raja Jannah !!





Dalam program ini, terdapat pelbagai formula yang kami peroleh ketika mengikuti bengkel ini. ABC adalah antara yang paling mudah untuk kita fahami, iaitu:



A - A ppearance           - Kemahiran 

B - Behavior                - Kelakuan 

C - Communication     - Komunikasi





Apa itu TOP? TOP adalah kata ganti bagi 

T- Time  = Waktu yang sesuai, samada siang atau malam
O- Occasion  = Bentuk sesebuah majlis atau program
P- Place  = Tempat yang ingin dituju


Selfie? 

S- Stop comparing yourself
E- External perspective
L- List your awesome traits
F- Focus on achievements
I- Inner self
E- Embrace yourself




MIX & MATCH !!


Dalam pembelajaran ini, kami juga diajar cara untuk MIX & MATCH !! 

INGAT! Dalam almari pakaian kita, hanya 20% adalah apa yang kita gunakan segala bentuk fesyen pakaian, membazir tak rasa? Agak - agaklah kan .... nak buat apa dengan pakaian yang kita tak pakai tu ehh .... boleh sahaja kita mix and match kan antara baju dan seluar atau kain yang bersesuaian. Paling tidak pun, kalau dah taknak guna dah, bersedekahlah yee .....


Program ini diakhiri dengan persembahan dari penyanyi undangan, Nik Nabil 


Serba sedikit mengenai WAWA IDRIS >>




Beliau adalah seorang perunding imej korporat dan selebriti berpengalaman dan bertauliah bagi menyediakan seminar imej dan penjenamaan. Beliau turut mempunyai Master Degree dalam bidang Komunikasi Korporat dan Diploma di Style Coach Institute di London. Paling mengagumkan, kini beliau sudah bersama kami Kelab Blogger Ben Ashaari sebagai Perunding imej kami ... yeayyy !!! hehehee ..... 


Bersyukur apabila menjadi salah seorang pemenang bagi cabutan bertuah. Terima kasih Butik Chemboja !!

Ingin menjadi sebahagian dari kami yang telah merasai perubahan ini? Bolehlah hubungi beliau melalui >>






















SERI PACIFIC HOTEL : INDONESIA FOOD FESTIVAL

INDONESIA yang terkenal dengan masakan enak di Asia Tenggara telah diperkenalkan di Seri Hotel Pacific, Kuala Lumpur menjadi perhatian para media yang hadir di sana. Tidak asing lagi seperti contoh, bakso merupakan makanan yang menjadi sebutan serta sambutan ramai bukan sahaja di kedai dan restoran, malah dalam drama Sinetron. 




Indonesia Food Festival diadakan bagi memperkenalkan makanan yang terbaik dan unik dari 4 September 2015 sehingga 11 September 2015. Acara dirasmikan oleh Dr. Ir Abdullah Yahya, Menteri Pelancongan Indonesia yang turut disertai oleh Encik Mohamad Halim Merican - General Manager of Hotel, Encik Zakariya Musa - Director of Sales and Marketing and Head of various departments.


Hidangan yang disajikan di bilik meja menjadi perhatian pihak media serta pengunjung yang hadir ke sini. Tidak ketinggalan juga kami Kelab Blogger Ben Ashaari merasai keenakan masakan para chef yang diterbangkan dari Indonesia. 




Indonesia Wonderful Promotion ini diadakan pada jam 12.30 pm sehinggalah 3.00 pm, dan dari 6.30 am sehingga 10.30 pm Dapatkan hidangan istimewa ini harga RM79.90 + 10% GST servie / person. Beruntung juga ketika makan di sini kerana akan diadakan jualan kraftangan serta persembahan kebudayaan dari Indonesia yang memukau pengunjung di sini.



Pencuci mulut atau dessert juga turut dihidangkan oleh pihak restoran ini khas dari South East Asia dan Zende !!








Maklumat Lanjut:

Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur


Address:  Jalan Putra, Chow Kit, 50746 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Phone: 03-4042 5555


4 September 2015

YAYAC : USAHA TANGGA KEJAYAAN

Salam Jumaat buat para pembaca , terima kasih sudi membaca di ruangan blog yayac hari ini . Lahirnya seorang cahaya mata sulung kepada Nordin dan Roszaina di dunia ini yang telah menghadapi pelbagai cabaran selepas menamatkan pengajian di sebuah institusi kerajaan di Kelantan pada tahun 2012 .



PASARAYA SAKAN

Apa yayac nak kongsikan di sini ya Allah ya Tuhanku....banyak sangat kalau nak diceritakan tahu tak ....? AKU insan yang baru nak menapak mencari kehidupan aku , siapa diri aku selepas habis belajar ni eh? ceritanya bermula ketika aku dilanda krisis percintaan bersama jejaka yang berasal dari Sungai Siput, Perak . Aku tidak dibenarkan untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah atas kerana bila dah berkahwin dengan dia nanti , dia tak mampu nak tanggung aku belajar dan aku bekerja di sebuah syarikat yang diberi nama Pasaraya SAKAN kalau korang kenal nama pasaraya ni lah kan...di situ aku bekerja sebagai jurujual dan juruwang . Menjadi juruwang ni paling aku tak suka walaupun gaji tinggi dari jurujual , sebab kalau short duit nanti duit melayang...hurmm....


UMNO

Setelah selesai krisis antara aku dan si dia, aku ditawarkan pula untuk bekerja di sebuah Badan Berkanun di United Malays National Organisation sebagai kerani ICT di dalam Bilik Gerakan di UMNO Cawangan Simpang Renggam. Bekerja sebagai seorang ahli politik ni kalau macam aku , aku pernah pegang duit RM500 sehari dan itu adalah gaji aku , tapi tak menentulah hari apa , berapa aku dapat . Bagi aku yang masih baru di alam pekerjaan , aku rasa RM500 tu banyak bagi aku . Fuhh....separuh gaji aku waktu bekerja sebagai Pekerja Sambilan Harian tuuuu......

IRISH LAVENDER BOUTIQUE EXCLUSIVE

Habis berkempen , aku beralih ke bidang sebenar aku di sebuah butik di Simpang Renggam, Johor. Di situ aku pelajari lebih banyak lagi teknik menjahit yang bukan sahaja aku peroleh ketika aku sedang menutut di Universiti Teknologi MARA dulu. Di sini juga aku berpeluang untuk menjadi freelance mengandam pengantin di sekitar daerah Kluang , Johor .


PEKERJA SAMBILAN HARIAN
JABATAN KERJA RAYA , MENARA PJD , KUALA LUMPUR
JABATAN KEMAJUAN AGAMA ISLAM MALAYSIA, PUTRAJAYA
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA , PUTRAJAYA

Haaa....di sinilah bermulanya strategi aku untuk mencari peluang yang ada dan bakal berada di depan mata , mana yang aku nak dan aku perlukan untuk kehidupan aku, aku tetap berkeras dan berusaha untuk dapatkan walaupun adakalanya pelbagai cabaran yang harus aku lalui . Secara ringkasnya , aku di sini sebagai pekerja kontrak sahaja kalau korang nak tahu lah kan....aku tak mendongak ke langit sebab aku sedar aku hanyalah Pekerja Sambilan Harian ... hehehe.....jadi...korang yang pernah berpengalaman bekerja sebagai (PSH)  ni fahamlah kan...malas aku nak cerita panjang di sini...hehehee.....



Dan bila sekarang aku sedar bahawasanya ALLAH swt telah menguji aku selama aku berusaha untuk dapatkan apa yang aku inginkan pada suatu hari nanti , aku nak ada perabot sendiri , aku nak ada barang - barang yang aku suka , pergi ke tempat yang aku nak pergi dengan menggunakan hasil titik peluh aku sendiri dan bukannya meminta pada orang lain atau juga meminta 100% wang dari ummi dan ayah aku . Helllooo.....malulahhhh sikit , dah besar kan...?? takkan nak menyusahkan mak bapak lagi....sendiri faham sudahhh....