Showing posts with label Gadget Terkini. Show all posts
Showing posts with label Gadget Terkini. Show all posts

30 September 2015

BLOGLIST "BELOG BEST" !! DE Yaya Cendana





Assalamualaikum .. terima kasih sudi hadir ke belog yaya. Huuu....baru jer dapat peluang nak up satu entry untuk petang ni.. Ahaa !! malam tadi baru jer yaya upload satu gambar dekat laman instagram dan facebook yaya pasal nak buat penambahan ahli di bloglist "BELOG BEST"..

Malam berganti siang...siang berganti malam, genap dah sebulan bloglist "BELOG BEST" ni kan...hihiiixx...ok, untuk kekalkan bloglist sambil meramaikan lagi kaum kerabat "BELOG BEST", yaya mengenakan dua syarat jerk...hihi...

Syarat - syaratnya adalah :

1) Follow blog "Yaya Cendana"
2) Tinggalkan "url" hangpa semua ke dalam ruangan 
    komen...

Tempoh :

30 / 9 / 2015 - 6 / 10 / 2015

Sooo simpleee...hihihi.....pada yang dah 'follow' & buh 'url' hangpa..., rajin - rajinlah hinggap ke rakan - rakan yang sedia ada dalam bloglist ni nahh.....thank you sooo muchhh....muahhxoxo... !! :)

Salam hormat,
Yaya Cendana

29 September 2015

Happy International Coffee Day!






Selamat petang...terkejut buka dekat facebook semua duk viral hari ni adalah 'Hari Kopi Sedunia' ! Tahun - tahun sebelum ni takdak pulak dengar kopi pun ada hari special..ingatkan manusia jer yang ada hari istimewa...lebih - lebih lagi bila dapat tahu dekat luar negara sana diorang dapat minum kopi secara percuma. Walaupun aku bukanlah penggemar kopi, tapi bila dapat tahu, macam best jer kan kalau dapat minum free - free jer.. Agak - agak dekat Malaysia ni ada tak yang buat macam tuh..??hihii...kalau ada, jangan lepaskan peluang untuk bawa sekali insan tersayang untuk menikmati secawan kopi yang punyai aroma mempesona...


SELAMAT HARI KOPI !!

28 September 2015

SEGMEN JOM TAMBAH FOLLOWER by JM BELOG !!

Assalamualaikum & hai ... baru dua hari tak update entry dekat blog dah terasa macam dua bulan blog bersawang. Hari ni yaya nak bagi sapu sikit - sikit habuk ( pheww...phewww... ) kasi bagi bersih sikit.. hihii...

Sebenarnya tak silap yaya pada beberapa bulan yang lalu, yaya ada perasan abang JM buat segmen blogwalking, tapi waktu tu dah habis tempoh. Kali ni yaya takkan terlepas lagi ! hihiii....

Jom kita tambahkan follower sambil - sambil memperluaskan lagi silaturrahim :)

SEGMEN JOM TAMBAH FOLLOWER

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Jumlah followers saya sekarang : 198 followers

*target nak 1000 followerss chaiyok chaiyok!*


#JOMTAMBAHFOLLOWER
#JMBELOG

23 September 2015

REVIEW : TELUR PINDANG NORDIN TERKENAL DI JOHOR !!




Assalamualaikum & selamat pagi semua....mungkin di sini ada di antara korang yang tahu pasal telur pindang ni apa dia kann...?? ada juga yang pernah dengar pasal telur pindang, tapi tak pernah makan lagi sebab ada sesetengah tu kata tak reti makan . Xpeee....nanti lama - lama pandailah. Orang kata, belum cuba belum tahu...so...mesti merasa jugak kalau tak tahu apa rasa makan telur pindang ni. heheee....


Displaying 12043038_924263210980331_7708292082715656943_n.jpg



Sejarah Nordin Telur Pindang Entreprise

Pagi ni yaya suka nak ceritakan sejarah perniagaan keluarga yaya yang dah beroperasi masuk 9 tahun. Ceritanya begini, waktu tu yaya tingkatan 5 dan baru berpindah dari Kuantan, ke Johor semula pada tahun 2007 dan ketika itu ayah yaya dalam proses nak bersara tentera. Ayah juga telah mengambil keputusan untuk membuka perniagaan keluarga dan terfikir - fikir apakah perniagaan yang jarang orang lain buat. Ada juga saudara - mara dan kawan - kawan ayah nak ajak buat 'business partner' buat kontraktor lah, restoran lah, malah juga 'offer' ayah join RELA . Tapi ayah hanya selesa untuk buat bisnes sendirian dan keluarga turut sama bantu - membantu. Di samping itu juga, dapatlah ayah selalu bersama - sama kami sepanjang masa...setiap hari di samping kami...sebab kalau macam sebelum ni, ketika ayah bertugas sebagai seorang anggota tentera, ayah selalu pergi 'outstation' ikut latihan perang dan sebagainya. Jadi, waktu bersama kami sekeluarga bersama ayah amatlah jarang...sampai ummi yaya kadang - kadang tu menangis rindu dekat ayah...romantik kan...?? hihii....

Ada suatu ketika, ketika pulang ke kampung di Ayer Hitam...borak panjanglah ayah dengan ummi, dengan maktok dan tok abah, pasal nak bukak bisnes apa ehh...?? Akhir sekali dengan cadangan tok abah, telur pindang jugaklaaa pilihan hati orang tua yaya...haaa...

Untuk permulaan, kami hanya letak telur pindang di kedai makan dan restoran untuk cuba dapatkan pasaran kecil - kecilan. Apabila sudah stabil sedikit dan orang telah mula mengenali perniagaan kami, atas permintaan orang ramai, kami mendapat tempahan telur pindang bagi majlis dan juga kenduri. Maka dengan itu, terciptalah nama 'Nordin Telur Pindang ORIGINAL Entreprise' yang berlesen !!


Displaying 11035691_487779468052907_4581071626574003073_n.jpg



Apa itu Telur Pindang ? 

Telur pindang merupakan masakan tradisional yang terkenal terutama di negeri Johor. Ianya merupakan telur yang direbus bersama 'air herba' selama beberapa hari dan telur pindang juga boleh tahan sehingga dua minggu atau lebih atau sebulan jika dijaga dengan rapi, sama ada melalui masakan dan juga penyimpanan yang elok. Dek kerana itu, telur pindang telah menjadi bekalan perjalanan para pegadang pada zaman dahulu kala. 

Permintaan'Nordin Telur Pindang ORIGINAL Entreprise ini diperkembangkan lagi dengan warisan Johor yang semakin meningkat dari semasa ke semasa bagi memenuhi keperluan, kehendak dan citarasa para pelanggan. 

'Nordin Telur Pindang ORIGINAL Entreprise' telah menerima tempahan daripada pelbagai pihak bagi tujuan tertentu sejak 8 tahun yang lalu. Telur pindang juga bukan sahaja sekadar menjadi Buah Tangan Tetamu, malah ianya juga sesuai menjadi Penyediaan Makanan dalam sesebuah Kenduri Perkahwinan, Cukur Jambul, Majlis Formal, mahupun Tidak Formal, dan sebagainya kerana penyediaan makanan telur pindang ini adalah menyeluruh.

Menariknya di sini, telur pindang keluarga kami bukan sahaja dikenali ramai di Johor, malah potensi kami sudahpun memasuki ke Singapura yang berkembang masih terbuka luas. Setiap minggu kami mendapat tempahan daripada orang Singapura yang singgah ke tempat kami untuk mengambil telur pindang hasil dari kami sendiri.

Telur pindang yang direbus dengan pelbagai jenis herba yang memberikan rasa serta warna yang unik, juga dapat menaikkan keinginan untuk menjamunya. Jenis herba yang digunakan biasanya berbeza menurut pakar yang menyediakannya.


'Nordin Telur Pindang ORIGINAL Entreprise' di Media


1) Majalah Aroma


Displaying 11900064_415838078605718_7031072278473966492_n.jpg


Pertama sekali yaya nak ucapkan terima kasih kepada kak Azura Rahman yang sudi menemu ramah perniagaan kami untuk dipaparkan ke dalam majalah Aroma pada September 2015 . 

Displaying 11913903_1702746529946427_5936595196327246904_n.jpg

Displaying 11960262_415838075272385_9192525699341755337_n.jpg





Blogger Bella Idura turut teruja pada telur pindang keluarga kami ketika majlis persandingan blogger terkenal Hanis Zalikha, sampai dia 'up' entry untuk kami. hihii...tenkayu kak Bell...heheee....

 





Terbaru abg Najeeb yang selalu bagi pesanan dan nasihat pada yaya juga turut teruja bila yaya bagi telur pindang ni pada dia.. :) 




Sebagai penutup kata entry ini, yaya wakil keluarga Nordin dan Roszaina mengucapkan ribuan terima kasih buat para pelanggan kami yang setia bersama kami dari pembukaan empayar kami berbisnes, hinggalah sekarang..termasuklah yang baru mengenali perniagaan ini. Terima kasih atas sokongan yang diberi. Semoga terus selesa dengan perkhidmatan yang kami berikan. 

Doakan semoga empayar ini terus kekal tanpa berpenghujung. In shaa Allah ...


Untuk tempahan terus,

Blog : 

NORDIN TELUR PINDANG ASLI ENTREPRISE



Facebook :




Nordin      :  0137246472

Roszaina  : 0136209318 (Whatsup)






TELUR PINDANG.... CANTIK WARNANYA....
ISINYA COKLAT..BEGITU JUGA
TENGAHNYA ...DALAM MAJLIS KAHWIN...JADI
HADIAHNYA...RASANYA ENAK..DARI JOHOR
ASALNYA....



22 September 2015

Kelab Blogger Ben Ashaari : Tak Kenal Maka Tak Cinta :)

Displaying blogger-image--986255512.jpg


Yeayyyhheeyyyyy.....ingat lagi tak yaya ada kongsi cerita pasal Hari Keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari di Hulu Langat hari tu ? Hari ni kami Kelab Blogger Ben Ashaari terpampang di dada akhbar Metro tau ... Bukan itu sahaja , malah Sinar Harian Online juga ... klik sini :D


Displaying 12038379_501449010019286_4159131163117733400_n.jpg


Program ini diadakan untuk mengeratkan lagi hubungan sesama ahli , Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA)  . Kalau macam sebelum ni ramai lagi kawan - kawan KKBA yang yaya berhubung dengan diorang di alam maya, tapi kali ini dapat berkenalan lebih dekat lagi dengan diorang . Bak kata pepatah , 'Tak Kenal Maka Tak Cinta'  .


Yaya mengharapkan di sini agar ukhuwah yang terjalin antara kita sampai ke syurga ... in shaa Allah .... Love You Kelab Blogger Ben Ashaari .... jumpa lagi ramai - ramai akan datang....rindu sangat-sangat....hurmmmm .... muahxooXooo !!   :-* :)

HALWA ATTIRE :Only The Best Stylish Maternity Attire

HALWA ATTIRE :Only The Best Stylish Maternity Attire

Assalamualaikum..

HALWA ATTIRE adalah sebuah butik online yang menjual pakaian mengandung untuk wanita dengan pelbagai pilihan warna dan rekabentuk yang menarik dan pastinya menepati citarasa anda. HALWA ATTIRE adalah milik penuh bumiputera yang telah berkecimpung dalam perniagaan online sejak Ogos 2015.Sebuah butik online pakaian untuk ibu mengandung yang dipercayai oleh ramai pembeli pembeli online diluar sana.


HALWA ATTIRE diwujudkan adalah untuk membantu menyediakan pakaian mengandung terutamanya kepada ibu-ibu yang bekerjaya.Di zaman serba moden dan canggih ini,biasa kita dengar keluhan dan keinginan ibu mengandung :


❤ SUKAR mencari pakaian mengandung yang cantik
❤ DESIGN pakaian mengandung yang sama dikebanyakan tempat
❤ WARNA pakaian mengandung yang mebosankan
❤ Ada yang memilih design ala-ala KOREA tetapi MATERIALnya tidak sesuai dengan SUHU Malaysia
❤Ada yang CANTIK tetapi lengan tiga suku


Menyedari MASALAH dan KELUHAN yang dihadapi oleh mereka,HALWA ATTIRE tanpa untuk MEMBANTU ibu-ibu MENYEDIAKAN pakaian mengandung yang mempunyai:
❤ Design yang cantik
❤ Breastfeeding friendly
❤ Wudhu friendly
❤ Patuh syariah
❤ Material yang bersesuaian dengan suhu Malaysia.


HALWA ATTIRE bukan sahaja menyediakan pakaian mengandung yang boleh dipakai SEMASA MENGANDUNG, tetapi juga anda boleh memakai kembali pakaian dari Halwa Attire SELEPAS melahirkan anak. Selain itu DESIGN yang disediakan sangat EKSKLUSIF dan sesuai dengan cita rasa masakini.InsyaAllah


HALWA ATTIRE sangat sangat mengutamakan kepuasan pelanggan mereka.Mereka telah memberi jaminan 14 HARI (Return Policy https://www.facebook.com/notes/halwa-attire/14-days-return-policy/1450265261967923 ) untuk memulangkan semula pakaian yang telah dibeli sekiranya anda tidak berpuas hati.Apalagi yang kita mahu.Sesungguhnya HALWA ATTIRE sangat mementingkan kepuasan hati para pelanggan mereka.Inilah yang kita cari jika kita ingin membeli belah secara online.Sistem ini membuatkan kita lebih berminat untuk membeli belah bersama HALWA ATTIRE.


MISI Dan VISI Halwa Attire


MISI 
❤ Membantu wanita diluar sana untuk BERJIMAT dengan menyediakan pakaian yang BUKAN hanya boleh dipakai semasa MENGANDUNG tetapi juga BOLEH DIPAKAI selepas MELAHIRKAN anak

VISI
❤ - Membantu ibu-ibu untuk kelihatan cantik,anggun dan bergaya walaupun sedang mengandung.
❤- Menyediakan pakaian mengandung yang stylish dan sesuai dengan suhu Malaysia.

Halwa Attire

HALWA ATTIRE adalah pilihan TEPAT untuk anda membeli belah secara online.Tak rugi membeli belah di sini kerana pakaian yang dijual adalah pilihan pakaian dengan fesyen terkini.


Produk Terbaik Dari Halwa Attire 


Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN07
Material: Mixed Cotton
Thickness: Medium
Colour: Pink
Price: RM68.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN07
Material: Mixed Cotton
Thickness: Medium
Colour: Blue
Price: RM68.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN08
Material: Stretchable Cotton
Thickness: Thin - Normal
Colour: Black
Price: RM69.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN08
Material: Stretchable Cotton
Thickness: Thin - Normal
Colour: Pink
Price: RM69.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN03
Material: Cotton + Polyester
Thickness: Medium
Colour: Yellow
Price: RM58.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN04
Material: Mixed Cotton + Lace
Thickness: Thin - Normal
Colour: Red
Price: RM59.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN04
Material: Mixed Cotton + Lace
Thickness: Thin - Normal
Colour: Dark Blue 
Price: RM59.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CH04
Material: Chiffon
Thickness: Thin - Normal
Colour: Yellow
Price: RM69.00

Selain pakaian yang telah dipamerkan di atas terdapat banyak lagi pilihan pakaian mengandung yang menarik terdapat di HALWA ATTIRE.Jom kita usha lagi pakaian yang cantik di FACEBOOK PAGE HALWA ATTIRE .

Maklumat Lanjut Mengenai Halwa Attire

Instagram : halwa attire
WhatsApp: 0168011174
Email : halwaattire@gmail.com


Halwa Attire Stylish Maternity Attire !!!Anggun Bergaya Walaupun Mengandung
•► ••► ••► HALWA ATTIRE :Only The Best Stylish Maternity Attire


18 September 2015

TUTORIAL : Cara Buat Domain Sendiri Menggunakan DataKL

Assalamualaikum & selamat petang!


Sejak masuk ke Kelab Blogger Ben Ashaari ni yaya dah pandai dahhh buat domain sendiri dan belajar dari bro Sohoque  macam mana nak wujudkan www.yayacendana.com ni hahhh .... ada dalam tiga empat hari jugaklah yaya duk buat kajian sikit - sikit pasal domain ni haaa .... selama beberapa hari tuh bro Sohoque kena layankan soalan - soalan dan panggilan daripada yaya..hahaahahaa .... kesian dia, sehingga dia sendiri tanya "Aku ni mengajar ke atau belajar balik ni ??" hahahaaa .. ..aku kan newbie ... hahahaa ..... sooo hampir semua orang aku duk tanya, tak habis dengan tuh ... aku p tanya Mr. Google plak !!  


Oklahh ... disebabkan bila aku dah ada domain sendiri ni, ramai pulak yang dah tanya, "ehh macam mana kau buat yaya .. ??" penat aku nak reply sorang demi sorang dekat whatsup, wechat dengan kat facebook ... mujur aku ni penyabor tau tak ... korang baca sini jelahh ... hahahaa ....

Dekat bawah ni yaya ada sediakan tutorial macam mana nak dapatkan domain korang sendiri. Korang tak payah bayar orang lain nak suruh buatkan, p buat sendiri lagi bagus sebab ilmu ni korang jugak yang dapat dan boleh faham ...

1. Apa itu 'Domain' ?

Pertama sekali korang kena tahu apa itu 'domain' ? Domain adalah alamat laman web yang akan orang lain taip di carian apabila ingin mengakses sesebuah laman web .Ianya diibaratkan seperti alamat rumah dan hanya di situ sahaja orang lain akan cari korang , depa takkan p tempat orang lain. Haa...dah boleh faham ? 


2. Apa itu 'Hosting'?


Hosting ni dia akan simpan segala data - data mengenai laman web korang seperti fail , teks , gambar dan segala apa yang korang buat dekat dalam laman web korang supaya orang lain boleh tengok laman web korang pada tiap masa.


3. Macam mana nak dapatkan 'domain dan hosting'?


Terdapat banyak syarikat - syarikat yang telah menawarkan perkhidmatan domain dan hosting seperti DataKL , NetKL , Server Freak , Internet Web Hosting dan banyak lagi . Macam yaya , yaya memilih DataKL . Korang hanya perlu pergi ke laman web mereka dan pilih salah satu dari mana - mana pakej yang telah ditawarkan . 


4. Adakah pembayaran perlu dilakukan?


Ya. Untuk pembelian di internet , korang boleh buat bayaran secara online menggunakan kad kredit atau PayPal atau boleh juga pergi ke cawangan Maybank yang berdekatan .


 
Ok .... dah faham pengenalan di atas ? Jom kita buat domain sekarang !


a) Cari "DataKL" di mr.google



 Displaying 1.jpg
b) Nanti dia akan keluar macam ni 


Displaying 2.png



c) Pergi klik dekat 'Register' dulu nanti dia akan keluar 
    macam kat bawah ni


Displaying 3.png
d) Dah siap daftar nanti korang pergi dekat 'Portal Home' , 
    klik 'Order' dan nanti akan keluar 'Product Selection' . 
    Dekat situ nanti korang kena ambil 'Register Domains' .



Displaying 6.png

e) Rekakan nama domain korang cantik - cantik di ruangan 
    kosong yang telah disediakan .. Seterusnya klik pada             button 'Click to Continue' .  

  Displaying 8.png
Nampak tak perkataan " Congratulations, yayavenger.com is available ! hehehehhh...ini contoh jerk tau...dan kalau korang perasan , ada perkataan "How long do you want to register this for ? " haaaa.....dekat anak panah bawah tuuh korang boleh pilih berapa lama korang nak pakai domain korang ni . Gambar di bawah ni adalah pakej - pakej yang korang boleh pilih , dan seterusnya korang boleh buat bayaran seperti penerangan yaya di atas tadi . 



Displaying 2.png
Lepas korang dah bank in kan duit dekat DataKL ni, korang akan terima mesej dekat e - mel korang . 


Sekian sahaja tutorial mudah dari yaya . Semoga berjaya ....muahhhXox00oooo ^_^











7 September 2015

SERI PACIFIC HOTEL : INDONESIA FOOD FESTIVAL

INDONESIA yang terkenal dengan masakan enak di Asia Tenggara telah diperkenalkan di Seri Hotel Pacific, Kuala Lumpur menjadi perhatian para media yang hadir di sana. Tidak asing lagi seperti contoh, bakso merupakan makanan yang menjadi sebutan serta sambutan ramai bukan sahaja di kedai dan restoran, malah dalam drama Sinetron. 




Indonesia Food Festival diadakan bagi memperkenalkan makanan yang terbaik dan unik dari 4 September 2015 sehingga 11 September 2015. Acara dirasmikan oleh Dr. Ir Abdullah Yahya, Menteri Pelancongan Indonesia yang turut disertai oleh Encik Mohamad Halim Merican - General Manager of Hotel, Encik Zakariya Musa - Director of Sales and Marketing and Head of various departments.


Hidangan yang disajikan di bilik meja menjadi perhatian pihak media serta pengunjung yang hadir ke sini. Tidak ketinggalan juga kami Kelab Blogger Ben Ashaari merasai keenakan masakan para chef yang diterbangkan dari Indonesia. 




Indonesia Wonderful Promotion ini diadakan pada jam 12.30 pm sehinggalah 3.00 pm, dan dari 6.30 am sehingga 10.30 pm Dapatkan hidangan istimewa ini harga RM79.90 + 10% GST servie / person. Beruntung juga ketika makan di sini kerana akan diadakan jualan kraftangan serta persembahan kebudayaan dari Indonesia yang memukau pengunjung di sini.



Pencuci mulut atau dessert juga turut dihidangkan oleh pihak restoran ini khas dari South East Asia dan Zende !!








Maklumat Lanjut:

Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur


Address:  Jalan Putra, Chow Kit, 50746 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Phone: 03-4042 5555


4 September 2015

YAYAC : USAHA TANGGA KEJAYAAN

Salam Jumaat buat para pembaca , terima kasih sudi membaca di ruangan blog yayac hari ini . Lahirnya seorang cahaya mata sulung kepada Nordin dan Roszaina di dunia ini yang telah menghadapi pelbagai cabaran selepas menamatkan pengajian di sebuah institusi kerajaan di Kelantan pada tahun 2012 .



PASARAYA SAKAN

Apa yayac nak kongsikan di sini ya Allah ya Tuhanku....banyak sangat kalau nak diceritakan tahu tak ....? AKU insan yang baru nak menapak mencari kehidupan aku , siapa diri aku selepas habis belajar ni eh? ceritanya bermula ketika aku dilanda krisis percintaan bersama jejaka yang berasal dari Sungai Siput, Perak . Aku tidak dibenarkan untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah atas kerana bila dah berkahwin dengan dia nanti , dia tak mampu nak tanggung aku belajar dan aku bekerja di sebuah syarikat yang diberi nama Pasaraya SAKAN kalau korang kenal nama pasaraya ni lah kan...di situ aku bekerja sebagai jurujual dan juruwang . Menjadi juruwang ni paling aku tak suka walaupun gaji tinggi dari jurujual , sebab kalau short duit nanti duit melayang...hurmm....


UMNO

Setelah selesai krisis antara aku dan si dia, aku ditawarkan pula untuk bekerja di sebuah Badan Berkanun di United Malays National Organisation sebagai kerani ICT di dalam Bilik Gerakan di UMNO Cawangan Simpang Renggam. Bekerja sebagai seorang ahli politik ni kalau macam aku , aku pernah pegang duit RM500 sehari dan itu adalah gaji aku , tapi tak menentulah hari apa , berapa aku dapat . Bagi aku yang masih baru di alam pekerjaan , aku rasa RM500 tu banyak bagi aku . Fuhh....separuh gaji aku waktu bekerja sebagai Pekerja Sambilan Harian tuuuu......

IRISH LAVENDER BOUTIQUE EXCLUSIVE

Habis berkempen , aku beralih ke bidang sebenar aku di sebuah butik di Simpang Renggam, Johor. Di situ aku pelajari lebih banyak lagi teknik menjahit yang bukan sahaja aku peroleh ketika aku sedang menutut di Universiti Teknologi MARA dulu. Di sini juga aku berpeluang untuk menjadi freelance mengandam pengantin di sekitar daerah Kluang , Johor .


PEKERJA SAMBILAN HARIAN
JABATAN KERJA RAYA , MENARA PJD , KUALA LUMPUR
JABATAN KEMAJUAN AGAMA ISLAM MALAYSIA, PUTRAJAYA
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA , PUTRAJAYA

Haaa....di sinilah bermulanya strategi aku untuk mencari peluang yang ada dan bakal berada di depan mata , mana yang aku nak dan aku perlukan untuk kehidupan aku, aku tetap berkeras dan berusaha untuk dapatkan walaupun adakalanya pelbagai cabaran yang harus aku lalui . Secara ringkasnya , aku di sini sebagai pekerja kontrak sahaja kalau korang nak tahu lah kan....aku tak mendongak ke langit sebab aku sedar aku hanyalah Pekerja Sambilan Harian ... hehehe.....jadi...korang yang pernah berpengalaman bekerja sebagai (PSH)  ni fahamlah kan...malas aku nak cerita panjang di sini...hehehee.....



Dan bila sekarang aku sedar bahawasanya ALLAH swt telah menguji aku selama aku berusaha untuk dapatkan apa yang aku inginkan pada suatu hari nanti , aku nak ada perabot sendiri , aku nak ada barang - barang yang aku suka , pergi ke tempat yang aku nak pergi dengan menggunakan hasil titik peluh aku sendiri dan bukannya meminta pada orang lain atau juga meminta 100% wang dari ummi dan ayah aku . Helllooo.....malulahhhh sikit , dah besar kan...?? takkan nak menyusahkan mak bapak lagi....sendiri faham sudahhh....