Showing posts with label Sukan dan Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Sukan dan Kesihatan. Show all posts

28 September 2015

TUTORIAL : Cara Mudah Pasang Widget Live Traffic

Hai !

Petang ni yaya belajar satu lagi pasal widget yang selalu yaya nampak pada belog orang lain, iaitu Live Traffic. Suka rasanya nak kongsikan dekat korang...hihii...

Nak terangkan pun, masih banyak lagi yang perlu yaya pelajari...apa pentingnya Widget Live Traffic ni, korang boleh tahu dari mana datangnya pengunjung yang datang ke blog korang. Ikut langkah - langkah di bawah ini untuk dipaparkan ke blog korang . 


1. Masuk web "feedjit.com"




Displaying Untitled.png 


2. "Setting" kan "Personalize Your Feedjit" dan klik "GO!"


Displaying 2.png


3. Copy url yang diberikan


Displaying 3.png



4.  Pilih "HTML/JavaScript" dan paste ke dalam kotak 'dia'


Displaying 4.png


5. Siap !!


Displaying 5.png



23 September 2015

REVIEW : TELUR PINDANG NORDIN TERKENAL DI JOHOR !!




Assalamualaikum & selamat pagi semua....mungkin di sini ada di antara korang yang tahu pasal telur pindang ni apa dia kann...?? ada juga yang pernah dengar pasal telur pindang, tapi tak pernah makan lagi sebab ada sesetengah tu kata tak reti makan . Xpeee....nanti lama - lama pandailah. Orang kata, belum cuba belum tahu...so...mesti merasa jugak kalau tak tahu apa rasa makan telur pindang ni. heheee....


Displaying 12043038_924263210980331_7708292082715656943_n.jpg



Sejarah Nordin Telur Pindang Entreprise

Pagi ni yaya suka nak ceritakan sejarah perniagaan keluarga yaya yang dah beroperasi masuk 9 tahun. Ceritanya begini, waktu tu yaya tingkatan 5 dan baru berpindah dari Kuantan, ke Johor semula pada tahun 2007 dan ketika itu ayah yaya dalam proses nak bersara tentera. Ayah juga telah mengambil keputusan untuk membuka perniagaan keluarga dan terfikir - fikir apakah perniagaan yang jarang orang lain buat. Ada juga saudara - mara dan kawan - kawan ayah nak ajak buat 'business partner' buat kontraktor lah, restoran lah, malah juga 'offer' ayah join RELA . Tapi ayah hanya selesa untuk buat bisnes sendirian dan keluarga turut sama bantu - membantu. Di samping itu juga, dapatlah ayah selalu bersama - sama kami sepanjang masa...setiap hari di samping kami...sebab kalau macam sebelum ni, ketika ayah bertugas sebagai seorang anggota tentera, ayah selalu pergi 'outstation' ikut latihan perang dan sebagainya. Jadi, waktu bersama kami sekeluarga bersama ayah amatlah jarang...sampai ummi yaya kadang - kadang tu menangis rindu dekat ayah...romantik kan...?? hihii....

Ada suatu ketika, ketika pulang ke kampung di Ayer Hitam...borak panjanglah ayah dengan ummi, dengan maktok dan tok abah, pasal nak bukak bisnes apa ehh...?? Akhir sekali dengan cadangan tok abah, telur pindang jugaklaaa pilihan hati orang tua yaya...haaa...

Untuk permulaan, kami hanya letak telur pindang di kedai makan dan restoran untuk cuba dapatkan pasaran kecil - kecilan. Apabila sudah stabil sedikit dan orang telah mula mengenali perniagaan kami, atas permintaan orang ramai, kami mendapat tempahan telur pindang bagi majlis dan juga kenduri. Maka dengan itu, terciptalah nama 'Nordin Telur Pindang ORIGINAL Entreprise' yang berlesen !!


Displaying 11035691_487779468052907_4581071626574003073_n.jpg



Apa itu Telur Pindang ? 

Telur pindang merupakan masakan tradisional yang terkenal terutama di negeri Johor. Ianya merupakan telur yang direbus bersama 'air herba' selama beberapa hari dan telur pindang juga boleh tahan sehingga dua minggu atau lebih atau sebulan jika dijaga dengan rapi, sama ada melalui masakan dan juga penyimpanan yang elok. Dek kerana itu, telur pindang telah menjadi bekalan perjalanan para pegadang pada zaman dahulu kala. 

Permintaan'Nordin Telur Pindang ORIGINAL Entreprise ini diperkembangkan lagi dengan warisan Johor yang semakin meningkat dari semasa ke semasa bagi memenuhi keperluan, kehendak dan citarasa para pelanggan. 

'Nordin Telur Pindang ORIGINAL Entreprise' telah menerima tempahan daripada pelbagai pihak bagi tujuan tertentu sejak 8 tahun yang lalu. Telur pindang juga bukan sahaja sekadar menjadi Buah Tangan Tetamu, malah ianya juga sesuai menjadi Penyediaan Makanan dalam sesebuah Kenduri Perkahwinan, Cukur Jambul, Majlis Formal, mahupun Tidak Formal, dan sebagainya kerana penyediaan makanan telur pindang ini adalah menyeluruh.

Menariknya di sini, telur pindang keluarga kami bukan sahaja dikenali ramai di Johor, malah potensi kami sudahpun memasuki ke Singapura yang berkembang masih terbuka luas. Setiap minggu kami mendapat tempahan daripada orang Singapura yang singgah ke tempat kami untuk mengambil telur pindang hasil dari kami sendiri.

Telur pindang yang direbus dengan pelbagai jenis herba yang memberikan rasa serta warna yang unik, juga dapat menaikkan keinginan untuk menjamunya. Jenis herba yang digunakan biasanya berbeza menurut pakar yang menyediakannya.


'Nordin Telur Pindang ORIGINAL Entreprise' di Media


1) Majalah Aroma


Displaying 11900064_415838078605718_7031072278473966492_n.jpg


Pertama sekali yaya nak ucapkan terima kasih kepada kak Azura Rahman yang sudi menemu ramah perniagaan kami untuk dipaparkan ke dalam majalah Aroma pada September 2015 . 

Displaying 11913903_1702746529946427_5936595196327246904_n.jpg

Displaying 11960262_415838075272385_9192525699341755337_n.jpg





Blogger Bella Idura turut teruja pada telur pindang keluarga kami ketika majlis persandingan blogger terkenal Hanis Zalikha, sampai dia 'up' entry untuk kami. hihii...tenkayu kak Bell...heheee....

 





Terbaru abg Najeeb yang selalu bagi pesanan dan nasihat pada yaya juga turut teruja bila yaya bagi telur pindang ni pada dia.. :) 




Sebagai penutup kata entry ini, yaya wakil keluarga Nordin dan Roszaina mengucapkan ribuan terima kasih buat para pelanggan kami yang setia bersama kami dari pembukaan empayar kami berbisnes, hinggalah sekarang..termasuklah yang baru mengenali perniagaan ini. Terima kasih atas sokongan yang diberi. Semoga terus selesa dengan perkhidmatan yang kami berikan. 

Doakan semoga empayar ini terus kekal tanpa berpenghujung. In shaa Allah ...


Untuk tempahan terus,

Blog : 

NORDIN TELUR PINDANG ASLI ENTREPRISE



Facebook :




Nordin      :  0137246472

Roszaina  : 0136209318 (Whatsup)






TELUR PINDANG.... CANTIK WARNANYA....
ISINYA COKLAT..BEGITU JUGA
TENGAHNYA ...DALAM MAJLIS KAHWIN...JADI
HADIAHNYA...RASANYA ENAK..DARI JOHOR
ASALNYA....



7 September 2015

SERI PACIFIC HOTEL : INDONESIA FOOD FESTIVAL

INDONESIA yang terkenal dengan masakan enak di Asia Tenggara telah diperkenalkan di Seri Hotel Pacific, Kuala Lumpur menjadi perhatian para media yang hadir di sana. Tidak asing lagi seperti contoh, bakso merupakan makanan yang menjadi sebutan serta sambutan ramai bukan sahaja di kedai dan restoran, malah dalam drama Sinetron. 




Indonesia Food Festival diadakan bagi memperkenalkan makanan yang terbaik dan unik dari 4 September 2015 sehingga 11 September 2015. Acara dirasmikan oleh Dr. Ir Abdullah Yahya, Menteri Pelancongan Indonesia yang turut disertai oleh Encik Mohamad Halim Merican - General Manager of Hotel, Encik Zakariya Musa - Director of Sales and Marketing and Head of various departments.


Hidangan yang disajikan di bilik meja menjadi perhatian pihak media serta pengunjung yang hadir ke sini. Tidak ketinggalan juga kami Kelab Blogger Ben Ashaari merasai keenakan masakan para chef yang diterbangkan dari Indonesia. 




Indonesia Wonderful Promotion ini diadakan pada jam 12.30 pm sehinggalah 3.00 pm, dan dari 6.30 am sehingga 10.30 pm Dapatkan hidangan istimewa ini harga RM79.90 + 10% GST servie / person. Beruntung juga ketika makan di sini kerana akan diadakan jualan kraftangan serta persembahan kebudayaan dari Indonesia yang memukau pengunjung di sini.



Pencuci mulut atau dessert juga turut dihidangkan oleh pihak restoran ini khas dari South East Asia dan Zende !!








Maklumat Lanjut:

Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur


Address:  Jalan Putra, Chow Kit, 50746 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Phone: 03-4042 5555


3 September 2015

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN VS BERSIH 4.0

                          

Dua gambar yang berbeza membawa dua maksud yang sama atau sebaliknya ?


2 September 2015

YAYAC : MENCARI RAKAN BLOGLIST "MY FANS"


Assalamu`alaikum & selamat petang . Yayac mencari rakan bloglist untuk letak ke dalam kotak "MY FANS" !! nanti siapa yang nak yaya letak nama awak - awak semua ke dalam tu...sila - silalah tinggalkan URL BLOG di ruangan komen yee..... muahx ! :)


YAYAC : NEW HEADER

 


Header baru YayaC tahun 2016 

GIVEAWAY Ketiga : HARI RAYA AIDILADHA by Yaya Cendana 👸

ASSALAMU`ALAIKUM & HYE !!

Terima kasih kerana sudi klik link GA by Yaya Cendana & Sponsor !! Buat kali ketiga yaya sediakan GA di blog yaya ni. Raya Aidilfitri dah lepas dia punya GA , kali ni Raya Aidiladha pula yaya nak sediakan GA untuk tahun 2015 . Yaya berharap GA Kali Ketiga kali ini berjaya seperti GA - GA yang sebelumnya . Sokongan dari rakan - rakan amatlah dihargai . Ceria & Aktif Selalu ....... :)

Di sini yaya nak sampaikan pesanan , kepada para pemenang yang belum tuntut hadiah bagi GA  yang lepas , sila emel yaya terus ye.... yayacendana98@gmail.com

Dekat sini yaya nak kongsi serba sedikit pasal syukur atas kurniaanNya dengan penglibatan yayac dalam Kelab Blogger Ben Ashaari , yayac dah boleh belajar apa yang yayac tak pernah tahu sebelum ini , berjumpa dan berkongsi ilmu bersama rakan - rakan blogger yang ada dalam kelab tersebut , dan juga memberi yayac lebih banyak mengajar erti hidup sebenar ... dan paling jangan lupa ... ummi dan ayah kita serta keluarga kita. Mereka ni adalah darah daging kita yang tiada gantinya hingga ke syurga . Yayac merindukan mereka dan yayac bercadang akan pulang ke kampung halaman berjumpa bersama mereka pada minggu Hari Raya Aidiladha nanti .

Baiklah , tanpa melengahkan masa , mari kita mulakan dengan lafaz bismillah untuk memenangi >>>

Cash RM200 Duit Raya 💸💸💸
bermula pada 3 September 2015 - 23 September 2015


👸👸👸
WAJIB ikuti syarat - syarat di bawah untuk dapatkan CASH RM200 dan pemenang akan diberitahu melalui alamat e - mel , sila tinggalkan url segmen ini SERTA tinggalkan alamat e - mel anda  >>>
<< Jujurlah Sayanggggg 👸  >>  
a) Buat satu ucapan Hari Raya Aidiladha anda
b) Follow BLOG >

c) Follow INSTAGRAM >>

d) Follow FACEBOOK PAGE >>>

e) Save image segmen ini di atas dan import ke blog anda
f)  Tinggalkan url segmen ini dan e - mel anda di ruangan komen
TERIMA KASIH SAYANG - SAYANG SEMUA 👸👸👸👸👸

30 August 2015

Kelab Blogger Ben Ashaari : JALAN - JALAN DI ZOO NEGARA #BAHAGIAN 3

MENTION TO Nik Ainaa

hehehe.....ada orang tu tunggu panda . Tak percaya tengok sini . hihihii.....



Kini kita berada di halaman rumah panda yang alalllaaaalllalalalaalalaa.....comel betul...ada pak duk dukung anak dia belakang tu tolong abaikan yee...tengok yayac yang cun dan elegen sahaja...hari ini kita akan beraya di rumah pak panda tanpa bini dia sebab bini dia kena kuarantin dengan anak dia, bini dia masih lagi dalam pantang , jadi kena fahamlah kan....dia tengah dipakaikan bengkung lagi dan perlu seimbangkan dan tegangkan semula apa yang patut . 


Abang hensem dua orang ni seorang tegap dan seorang kecil banyak ilmu dia mengenai panda ni . Segala makanan , tahi dia , perangai panda yang manja dan segalanya lah , semua depa ni tahu . Sebelum kami nak masuk ke rumah panda , kami dinasihati untuk tidak membuat bising , kena senyapkan telefon bimbit serta memastikan anak - anak sentiasa dalam jagaan . 


Ini adalah terowong laluan untuk kami masuk ke dalam rumah panda . Di sini apa yang aku nak ceritakan di sini ... perasaan aku ... panda ni adalah haiwan yang paling istimewa di ZOO NEGARA di Malaysia ni . Tak dapat aku nak ungkapkan di sini . Aku seolah - oleh merasai deria sensitif terhadap panda di sini . Aku gembira dapat bertemu dengan panda di sini dan dalam masa yang sama , bila aku keluar dari sini , aku dapat merasai kesunyian panda yang bersendirian di kandangnya . Dengan siapa dia tidur ? dengan siapa dia bermanja ? Adakah mak ayah dia masih hidup lagi ? Tapi aku bersyukur kerana di sini semua orang amat menyayanginya :)



Ini adalah serba sedikit info mengenai panda dan awak - awak semua bolehlah baca tanpa yaya bercerita di sini :)


Ini merupakan info berkaitan makanan panda


Tengok ni....siapa ada air terjun di rumah panda . Panda di bawah ni dah jadi milik yayac sekarang :)



Taman permainan panda


Dia main panjat - panjat pula.....alalalaaa....


Sedang mengesan sesuatu....


Panda pun ada kek dia :)

Lebih banyak lagi foto di sini




28 August 2015

ESTOFA GLOW | ESTOFA WASH : CANTIK TANPA BAHAN MERBAHAYA

Hai , selamat petang
Seperti yang kita tahu di pasaran bertimbun - timbun produk kecantikan buat para pelanggan di luar sana . Tidak ketinggalan juga ESTOFA GLOW adalah produk yang berasaskan 100% bahan semulajadi seperti coklat dan madu tanpa bahan merbahaya seperti hirdokinon dan sebagainya , sesuai untuk semua jenis kulit dan juga di peringkat umur . Yang menariknya di sini , ESTOFA GLOW selamat untuk dimakan dan terbukti berkesan .


Estofa Wash di sebelah kiri dan kanan pula adalah Estofa Glow . Kalau yaya , yaya akan panggil ( EW ) untuk Estofa Wash , ( EG ) pula adalah Estofa Glow . Estofa Glow berfugsi untuk memutih , melembap dan menegang dalam masa hanya 3 minit sahaja. Selain daripada itu , ianya juga membantu menghilangkan jeragat dan jerawat dengan pantas serta sesuai digunakan kepada yang mempunyai masalah kulit seperti ekzema dan sebagainya . Penggunaan haruslah konsisten dan disiplin bagi mendapatkan hasil yang terbaik .


Yaya bukanlah duta, yaya nak promot jer Estofa 
:)


Estofa Wash terbukti BERKESAN !

Cara penggunaan Estofa Wash semudah 1, 2 dan 3 

1. Sapukan Estofa Wash pada kulit , biarkan selama tiga minit

2. Cuci bersih

3. Lihat hasil 

Puan Ezza dan Encik Fendi adalah antara pengasas bagi ESTOFA GLOW 



Dapatkan ESTOFA GLOW dengan SEGARA !!! 5000 botol terawal hanya RM90 SAHAJA dan dapatkan ESTOFA WASH secara PERCUMA !! Para pengguna juga tidak terlepas untuk mengikuti percutian ke Krabi , Bali , Jakarta , Bangkok atau China mengikut SYARAT & TERMA tertentu . Untuk keterangan lanjut , sila hubungi di talian : 


Whatsapp : 019-2944799 (Pn Ezza)


21 August 2015

ZOO NEGARA KUALA LUMPUR : DAPATKAN TIKET PERCUMA UNTUK ADIK - ADIK !

 
 
 
Hai adik - adik !  MARI ajak ibu dan ayah pergi ke ZOO NEGARA AHAD INI ! PERCUMA SAHAJA !!!
 
Bila tarikh dan hari nya ?
 
Pada 23 OGOS 2015 , AHAD INI dan dapatkan tiket PERCUMA SAHAJA bagi yang lahirnya jatuh pada hari AHAD ini , 23 OGOS 2015 . Nak tahu sebab apa dapat percuma ??? Kita juga akan sambut hari ulang tahun kelahiran Panda yang ke - 9 tahun .... yeayyy !!!!

Untuk adik - adik yang berumur bawah dari 12 tahun juga , MASUK ADALAH PERCUMA !!! Jadi , apa tunggu lagi ? bawa pak , mak , tok sekali p pujuk depa bawa adik - adik pergi sana ramai - ramai . NANTI BOLEH KITA WEFIE SAMA - SAMA .... HOOORREYYY !!!




Dapatkan sebanyak 10% diskaun dengan pembelian tiket secara online di www.zoonegaramalaysia.com


JUMPA ANDA DI SANA !!!


ARTIS KESAYANGAN YAYA BAKAL JADI MENANTU ARTIS KESAYANGAN YAYA ?

Mungkin ramai yang tahu hubungan rapat Izara Aishah dengan anak tiri Dato’ Siti Nurhaliza, Adib Khalid.
 
izara
 
Melalui kenyataan di sebuah majalah baru-baru ini, Izara Aishah mengaku sebelum bergelar isteri, beliau ingin mencapai kejayaan dalam kerjayanya terlebih dahulu.
 
“Walaupun hampir setahun saya mengenali dia, tapi saya belum mahu berfikir mengenai berumah tangga. Banyak yang belum saya capai dalam kerjaya saya. Sebelum nak jadi isteri, saya nak berjaya dulu dalam bidang yang saya ceburi”
 
“Alhamdulillah, hubungan kami baik. Kami masih lagi berkawan dan saya boleh katakan, dialah teman lelaki paling rapat dalam hidup. Insya-Allah, sampai masanya nanti saya akan kongsikan tentang masa depan kami dengan semua,” kata Izara.
 
Khabarnya, Izara yang pandai memasak membuatkan keluarga Adib sangat menyenangi pelakon ini. 
 

14 August 2015

KETAM DALAM CHAR KUEY TEOW : Warung Bahagia Tudia Char Kuey Teow

Salam Jumaat , 

Terbaru aku ke Putra Heights menuju ke warung yang paling sempoi aku tengok depan Petron Putra Heights yang nama dia Warung Bahagia Tudia Char Kuey Teow . Apa aku nak komplain di sini adalah kenapa warung buat aku rasa benci sangat . Huhh.....aku benci betul sebab boleh buat aku gemuk bila makan dekat sini . Ada ke patut.... punyalah sedap dia punya kuey teow , terutama kuah dia...kuah dia.....sedap.... dua kali tambah dah aku makan char kuey teow ketam dan char kuey teow goreng . Tiga pinggan .... tiga pinggan aku makan ... perghhh.... perghhhh.....lazat !





2 pinggan Char Kuey Teow Ketam & sepinggan Char Kuey Teow Goreng yaya berjaya habiskan dalam sesi makan bersama Tudia Char Kuey Teow ! 


Harga bagi sepinggan Char Kuey Teow Ketam ni awak-awak boleh dapatkan dengan harga hanya RM15.00 & RM5 SAHAJA bagi sepinggan Char Kuey Teow Goreng. 




Acara makan diakhiri dengan dendangan lagu raya dan lagu "Melepaskanmu" bagi slot akasia Bidadari dari Sakura Band


Muka senang hati kekenyangan . Huuhhh......

sumber gambar dari instagram @mommy_diamonds 


Ok, macam mana nak ke Warung Bahagia Tudia Char Kuey Teow ni?? Haa. . .pertama sekali cari dekat waze taip Petron Putra Heights dan depan petron tu jerk warung dia. Sila ikuti mereka di instagram di  @tudiacharkueyteowhq


Selamat Menjamu Selera !