Showing posts with label Pendidikan. Show all posts
Showing posts with label Pendidikan. Show all posts

22 September 2015

RESEPI YAYAC : Agar Agar Tembikai



Hai, selamat petang...teringat lagi zaman kecil-kecil dulu yaya selalu ikut orang tua yaya pergi ke majlis-majlis rumah terbuka mahupun majlis rasmi di kem tentera dan waktu tu memang terkenal dengan agar - agar tembikai ni. 'First time' makan agar - agar tembikai waktu darjah 6 pada tahun 2000. Rasa teruja sangat sebab makcik - makcik askar pandai buat agar - agar yang rupanya sebiji macam tembikai...hihiii....waktu tu tinggal di Kem Majidee, Johor Bahru. Tapi sekarang kem tu dah dipindahkan ke Banang pada tahun 2012. 


Dek kerana pengalaman makan agar-agar tembikai ni waktu kecil-kecil terlalu banyak, dan selalu jugak yaya sibuk kacau ummi yaya buat  agar - agar ni, yaya nak kongsi serba sedikit cara-cara nak buat 'Agar - Agar Tembikai' !!

Antara bahan - bahan yang diperlukan adalah : 

  • 1 paket serbuk agar - agar (10 gram)
  • 4 - 4 dan 1/2 cawan air (1 cawan = 190ml)
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 1 sk esen vanilla
  • 3 biji telur gred A (asingkan kuning dan putih)
  • Pewarna merah, kuning dan hijau
  • sedikit kismis

Cara - Caranya adalah :

  1. Masak agar - agar bersama air dan gula hingga gula hancur. Masukkan esen vanilla. Kemudian tutup api dan sejukkan adunan agar - agar hingga suam (anggara 15-20 minit)
  2. Pukul putih telur sehingga kembang, kemudian masukkan telur satu persatu dan pukul hingga kembang dan gebu
  3. Tuang 1 senduk adunan agar - agar ke dalam bekas adunan telur sedikit demi sedikit hingga rata. Pukul sekali lagi hingga sebati dan adunan menjadi agak sejuk sedikit. Ingat ! Jangan masukkan adunan agar - agar suam sekaligus kerana ianya akan menyebabkan lapisan terapung dan terpisah dari agar - agar.
  4. Tuangkan ke dalam bekas yang telah dibasahkan, kemudian masukkan 2 sudu kecil pewarna di bahagian tengah adunan dan kacau menggunakan 'chopstik'. Kacau elok - elok agar warna tidak terkena pada bekas.
  5. Setelah itu, letakkan kismis di permukaan agar - agar sebagai biji buah tembikai. Kemudian sejukkan ke dalam peti sejuk.
  6. Apabila agar - agar sudah beku, keluarkan agar - agar dari bekas menggunakan berus, kemudian warnakan bahagian luar dengan warna hijau sebagai kulit tembikai. Biarkan pewarna mengering sebelum ianya disimpan ke dalam peti sejuk.
  7. Agar - agar tembikai sedia untuk dihidangkan.

Mudahnya buat agar - agar tembikai ni...nanti korang bolehlah cuba buat di dapur korang..ok , sekian sahaja entry resepi dari yayac...nanti yayac kongsikan lagi tau resepi pencuci mulut. papaaiiiiii....... !!!!

Kelab Blogger Ben Ashaari : Tak Kenal Maka Tak Cinta :)

Displaying blogger-image--986255512.jpg


Yeayyyhheeyyyyy.....ingat lagi tak yaya ada kongsi cerita pasal Hari Keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari di Hulu Langat hari tu ? Hari ni kami Kelab Blogger Ben Ashaari terpampang di dada akhbar Metro tau ... Bukan itu sahaja , malah Sinar Harian Online juga ... klik sini :D


Displaying 12038379_501449010019286_4159131163117733400_n.jpg


Program ini diadakan untuk mengeratkan lagi hubungan sesama ahli , Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA)  . Kalau macam sebelum ni ramai lagi kawan - kawan KKBA yang yaya berhubung dengan diorang di alam maya, tapi kali ini dapat berkenalan lebih dekat lagi dengan diorang . Bak kata pepatah , 'Tak Kenal Maka Tak Cinta'  .


Yaya mengharapkan di sini agar ukhuwah yang terjalin antara kita sampai ke syurga ... in shaa Allah .... Love You Kelab Blogger Ben Ashaari .... jumpa lagi ramai - ramai akan datang....rindu sangat-sangat....hurmmmm .... muahxooXooo !!   :-* :)

7 September 2015

SERI PACIFIC HOTEL : INDONESIA FOOD FESTIVAL

INDONESIA yang terkenal dengan masakan enak di Asia Tenggara telah diperkenalkan di Seri Hotel Pacific, Kuala Lumpur menjadi perhatian para media yang hadir di sana. Tidak asing lagi seperti contoh, bakso merupakan makanan yang menjadi sebutan serta sambutan ramai bukan sahaja di kedai dan restoran, malah dalam drama Sinetron. 




Indonesia Food Festival diadakan bagi memperkenalkan makanan yang terbaik dan unik dari 4 September 2015 sehingga 11 September 2015. Acara dirasmikan oleh Dr. Ir Abdullah Yahya, Menteri Pelancongan Indonesia yang turut disertai oleh Encik Mohamad Halim Merican - General Manager of Hotel, Encik Zakariya Musa - Director of Sales and Marketing and Head of various departments.


Hidangan yang disajikan di bilik meja menjadi perhatian pihak media serta pengunjung yang hadir ke sini. Tidak ketinggalan juga kami Kelab Blogger Ben Ashaari merasai keenakan masakan para chef yang diterbangkan dari Indonesia. 




Indonesia Wonderful Promotion ini diadakan pada jam 12.30 pm sehinggalah 3.00 pm, dan dari 6.30 am sehingga 10.30 pm Dapatkan hidangan istimewa ini harga RM79.90 + 10% GST servie / person. Beruntung juga ketika makan di sini kerana akan diadakan jualan kraftangan serta persembahan kebudayaan dari Indonesia yang memukau pengunjung di sini.



Pencuci mulut atau dessert juga turut dihidangkan oleh pihak restoran ini khas dari South East Asia dan Zende !!








Maklumat Lanjut:

Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur


Address:  Jalan Putra, Chow Kit, 50746 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Phone: 03-4042 5555


11 July 2015

KUNING DIRAJA : Say Goodbye to the Pain and the Past

Can I just said something Crazy? Let it go to the pass Yaya and wake up wake up wake up, ummi ayah taknak anak ummi ayah menangis lagi, terus bangun dan langkah ke hadapan tanpa toleh belakang lagi. Ada sesuatu yang Dia masih sembunyikan. Jangan menangis anak ummi dan ayah, ummi ayah sayang anak - anak ummi ayah....for the first time and forever ungkapan ni Yaya akan ingat tiap kali hampir jatuh. Perasan ehh banyak bahasa Inggeris Yaya gunakan untuk entry kali ni dari cerita kartun Frozen? tahu tak si kembar dua tu punyai pelbagai cabaran dalam kehidupan mereka? now we say Goodbye to the pain and the past. 


Tengok gambar kat atas tu Yaya yang pendek lagi comel oh yaa Yaya tahu ada yang nak kata comel jer kecik molek....boleh tak bagi Yaya ruang nak bercerita sikit? kata comel jer malulah I nak teruskan cerita ni....haishh....actually ai is dah ada baju raya beli dah sebelum nak puasa lagi and waktu tu kebetulan nak guna untuk photoshoot di Mojo Studio bagi mempromosikan Pakej Raya 2015 diorang murah jer RM100 jer, murah tak?? murah kan...wow!

Jubah warna hijau Yaya dah ada dah untuk raya tahun ni and warna dia hijau hitam tapi Yaya dah ada baju puplum kuning ni yang Yaya beli di First Lady yang baru sahaja siap renovated di Jalan TAR. First Lady yang mempunyai tiga tingkat buat Yaya rambang mata macam nak beli banyak - banyak and of course dari zaman study lagi Yaya dah mula jadi pelanggan setia First Lady ni  sebab senang sikit nak cari baju kurung dengan saiz Yaya yang kecil ni. Tahu tak susahnya nak cari baju saiz XXS ni? huuuuu....



Yaya akan pastikan raya kali ni menjadi titik sejarah dalam kehidupan Yaya yang inginkan pembaharuan bagi Yaya akan bakal menamatkan umur 24 tahun pada bulan Ogos nanti..hihihii.....ai is tak tua lagi yee....ai is awet muda....hihihii....Penggunaan baju puplum warna kuning diraja tahun ni menjadikan Yaya lebih yakin untuk tampil lebih anggun, sopan dan bergaya serta mengenakan hijab yang sesuai dengan baju ni. Halfmoon pink tu kebetulan Yaya nak cuba jer....

Penyatuan manik pada puplum menarik perhatian Yaya sebagai seorang beading tailor. Kekemasan jahitan amat penting untuk Yaya supaya tidak bercabut manik dengan labuci dia. So pastikan kepada sesiapa yang suka tengok manik dengan labuci dekat baju kena pilih betul - betul. Tengok dulu jahitan dia kemas ke tidak ehh....kang menyesal tercabut - cabut lepas tu malu nanti....hihii....tengok pula pada warna manik dengan labuci dia tu pudar ke tercabut ke, lepas tu compare kan dengan harga dia, berbaloi ke tak?? kalau baju yang ada batu - batu tu tengok juga lerr tercabut - cabut ke tak...tak mao tengok cantik pastu main beli jer....ai is ni kira pakar jugalah dalam beading ni...hihihii.....ai is bagi tip - tip sikit - sikit....whoops!


Bagi yang belum berkesempatan membeli - beli untuk persiapan raya, masih belum terlewat untuk kamu mencari busana pilihan hati, tambahan pula kini terdapat pelbagai rekaan dress yang cantik - cantik termasuk baju kurung mahupun jubah yang bukan saja cantik dan selesa, malah sampak sopan bila dipakai. Carilah yang berkenan di hati, amalkan kesederhanaan di hari raya yang mulia ini.

Salam sayang

Yaya Cendana





10 July 2015

Cerewet Sebab Nak Sejarah Keputusan A

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran Ayahanda Tun Dr Mahathir Mohamad yang ke 90. Semoga panjang umur dan dikurniakan kesihatan yang baik. - Mukhriz Mahathir.Itu antara ucapan ringkas dari seorang insan bernama anak.



Pertama kalinya bersyukur ke hadrat Illahi atas limpah kurnianya diberi kesihatan yang baik pada jumaat terakhir dan semoga Tun Mahathir sihat wal`afiat hendaknya.

Teringat lagi waktu sekolah menengah dulu untuk subjek sejarah kena pilih Perdana Menteri Malaysia untuk buat kajian biodata, pencapaian serta yang berkaitan dengannya, Yaya dan rakan - rakan memilih Tun Dr. Mahathir untuk melengkapkan kajian sejarah kami dan ternyata hasil kajian kami tidak sia - sia dan diberi pencapaian yang cemerlang serta mendapat A bagi kerja kursus Sejarah Tingkatan 3 pada tahun 2005.

Habis balik sekolah sahaja Yaya dan kawan - kawan akan ke perpustakaan yang dulu nama sekolah Yaya Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh Jaya di Pahang. Tidak dinafikan Yaya banyak membesar di negeri Pahang walaupun asal kelahiran di negeri Johor. Tapi di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung kan....

Pada hari Sabtu dan Ahad Yaya rajin ke cyber cafe nak cari maklumat berkaitan Tun Dr. Mahathir, termasuklah melangkahkan kaki ke perpustakaan awam. Kalau boleh semua yang dah Tun Dr. Mahathir buat untuk Malaysia dan dunia ni Yaya nak review kan kan ke dalam log sejarah Yaya. Alhamdulillah tidak sia - sia ke sana ke mari untuk dapatkan apa yang Yaya nak hingga rasa puas dengan hasil yang dah Yaya miliki.

Tiba waktu malam pula, log kerja kursus akan diisi dengan kandungan yang Yaya dah dapatkan hasil carian Yaya di perpustakaan samaada di sekolah mahupun perpustakaan awam. Di rumah ummi dan ayah Yaya dah sediakan kemudahan seperti pc, laptop, mesin cetak dan pengimbas untuk kami adik - beradik gunakan sewaktu pembelajaran. Kami sentiasa dipantau sentiasa oleh kedua - dua ibu bapa kami dalam apa jua yang kami masukkan dalam memori komputer. 

Yaya cerewet? Ya! Yaya memang cerewet dan Yaya seorang yang teliti pada setiap yang Yaya akan lakukan. Jadi, tidak hairanlah kalau kata Yaya akan buat research dulu sebelum nak dapatkan apa yang Yaya mahukan. Kerja kursus Sejarah Yaya mempunyai kandungan sebanyak 100 lebih hampir ke 200 muka surat yang mana bukan sahaja mengandungi perihal Tun Dr. Mahathir semata - mata, malahan termasuklah pencapaian, jasa beliau kepada Malaysia dan dunia serta hal - hal berkaitan politik termasuklah gambar - gambar mengenai setiap cerita dan peristiwa. 

Moga dengan perkongsian ringkas Yaya dapat menimbulkan rasa cinta dan kasih kepada negara tercinta. 


8 July 2015

Iftar di Rumah Kebajikan Baitul Hidayah bersama MAHSURI

Assalamu`alaikum

Pada minggu yang lalu Yaya bersama rakan blogger yang lain turut serta berbuka puasa bersama anak yatim dan asnaf di Rumah Kebajikan Baitul Hidayah, Puchong, Selangor. Di sana kami jumpa dengan anak - anak yatim dan asnaf dari Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari serta Rumah Nur Sakinah. Cute sangat diorang ni, tak kiralah apa pun mereka buat, apa mereka bercakap bijak sangat. Ada yang mengaku cantik, yang mengaku handsome pun ada tau....



Comel - comel gelagat mereka ni tahu tak. Humph....rindu kat depa ni....


Sumbangan dan Pertanyaan

Sumbangan ikhlas anda boleh dilakukan melalui :

Akaun Maybank : 562 777 209 784 atas nama 
PUSAT JAGAAN BAITUL HIDAYAH
S444 Lorong 9, Kampung Baru Sri Puchong,
Batu 13, 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan.

Hubungi mereka di talian:
Pejabat / Fax : 03 - 8060 0023
Puan Saadiah : 013 - 703 4658
Puan Nora : 013 - 600 2587

atau E - mailkan ke :
pjbaitulhidayah@gmail.com
pkalhidayahselangor@yahoo.com


 Mai nak habaq, depa ni main kerusi beracun. Aihh lama aih tak main....waktu ni lah Yaya berpeluang bermain sekali lagi. Nak main kerusi beracun ni waktu sekarang dah besar...malu...hiihi.....


Ni badut yang tergedik - gedik pula dah.....terima kasih badut yang sentiasa nak bagi adik - adik ni gembira. Happy hurreyyyy....

Masak dan Menang

Adik - adik comel kita telah dihidangkan dengan juadah berbuka puasa yang sangat delicous yang telah dimasak menggunakan sos Mahsuri selain meraikan pemenang Masak dan Menang seramai 24 orang hasil ciptaan resepi Buka Puasa mereka yang telah menggunakan produk Mahsuri. 

Pertandingan Masak dan Menang ini bermula pada 28 Mei 2015 hingga 8 Julai 2015 yang mengundang orang ramai berkongsi juadah Buka Puasa yang dicipta para pemenang sendiri
menerusi laman Facebook MyMahsuri


Kicap Mahsuri ada tiga perasa. Nak Lemak ke, Tiram ke, Pedas pun ada. Pilih jer


Eika dan adiknya sempat pulak nak berweeeffffiiii dengan adik - adik yang happy go lucky ni.....alalaa....


Akhir sekali terima kasih diucapkan kepada rakan - rakan sepejuangan terutama kepada rakan - rakan blogger dan sukarelawan yang sudi bersama Yaya bagi menjayakan event di rumah adik - adik yang sangat cute....Semoga ukhuwah kita berpanjangan until jannah...amin









17 June 2015

Assalammualaikum Dan Salam Muafakat Johor


Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat Islam terutamanya kepada Mahasiswa dan bekas Mahasiswa keluarga Siswa Simpang Rengam yang beragama Islam..


Semoga Ramadhan kali ini menjadi titik tolak kepada diri kita supaya menjadi Muslim yang lebih baik, lebih dekat dengan ALLAH S.W.T serta dapat melakukan anjakan paradigma pada diri sendiri kerana ALLAH S.W.T.. amin..

~Ku mengharapkan Ramadhan Kali ini penuh makna agar dapat kulalui dengan sempurna~



Pengisytiharaan Puasa 1436 H / 2015

Salam Ramadhan al - Mubarak. Tak sangka dah 8 tahun menjadi hari pertama bersahur di perantauan. Mengikut jejak ayah bermusafir, buat ummi, ayah dan adik-adik, selamat bersahur dan selamat berbuka puasa bersama-sama. Moga ramadhan kali ini membawa barakah buat kita sekeluarga dan tergolong dikalangan para syuhada along doakan. 
Ameen ~ 


Gambar ni Yaya ambil di whatsup lepas kawan dalam group sukarelawan share kat dalam group tu. Bila pandang gambar ni ,,,mata masuk habuk ooo.....
Nak pesai ni, jangan lupa nawaitu malam ni lps tarawih...

Niat Puasa


Salam ramadan 1434H. Selamat menyambut ramadan al-mubarak.
sumber : Ibubapa Cemerlang

We Proud of You ~ I`M Johorean

PERHIMPUNAN TAAT SETIA RAKYAT JOHOR KEPADA DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR
Satu perhimpuan secara aman oleh rakyat Johor yang dianjurkan oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) telah diadakan di hadapan perkarangan pintu gerbang Istana Bukit Serene pada jam 4.00 petang, 16hb Jun 2015. Perhimpunan Menjunjung Kasih dan Taat Setia tersebut diadakan tanda sokongan terhadap DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor. Sambutan ramai terhadap perhimpunan ini telah mendapat reaksi positif daripada rakyat yang sentiasa menyokong institusi Kesultanan Johor. Kepada Allah Kami Berserah.

Saat paling menyentuh emosi rakyat adalah apabila DYAM Tunku Mahkota Johor menundukkan kepala baginda tanda hormat dan memberi satu maksud bahawa baginda adalah hamba kepada rakyat Johor.

16 June 2015

Personaliti Melalui Terapi Warna by Shuhada Alauddin

BENGKEL " WARNA DAN KERJAYA" OLEH MYRYL

BIODATA MYRYL & SHUHADA ALAUDDIN


Pada sabtu lepas 13 Jun 2015 telah berlangsungnya bengkel motivasi yang bermula dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang yang ammmmmaatt menarik sekali! Master Yourself Revamp Your Life ( MYRYL ) di Hotel Bangi Putrajaya yang bertajuk "Warna dan Kerjaya"  yang turut merupakan majlis pelancaran DVD MYRYL. 
myryl

Seriously.., Yaya suka sangat, teruja pun ada kalau nak tahu..bukan Yaya seorang sahaja yee...seramai 20 orang blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari berserta wakil - wakil dari pihak media turut serta turun bersama. Terima kasih atas kesudian blogger BEN ASHAARI atas idea beliau untuk mengadakan program yang bermanfaat ini, dapatlah kami semua merasai sendiri secara praktikal mengenai apa yang ingin disampaikan di dalam DVD "Warna & Kerjaya".

Seorang hawa hebat yang diberi nama Shuhada Alauddin, 35 tahun kelahiran Alor Setar, Kedah sanggup meninggalkan kerjayanya sebagai peguam profesional selama hampir 11 tahun semata - mata kerana atas minatnya beliau kepada kajian warna pada personaliti dalam kehidupan seseorang dan kini digelar Pakar Pembentukan Personaliti, Terapi Warna dan Analisis Perlakuan. Menurut pengetahuan Yaya setelah dibuat kajian ( ececeh....) pencapaian beliau membuat Bengkel pembentukan personaliti yang diiktiraf media dan pernah ke Jakarta atas jemputan klien korporat. 


Beliau juga telah berjaya menghasilkan modul - modul khas yang membincangkan topik tertentu bagi tujuan membantu setiap individu dapat menghasilkan apa yang mereka mahukan dalam kehidupan dengan memulakan perubahan kerjaya mahupun business start up sebagai maltamat utama.

Seperti yang sedia maklum, MYRYL yang disebut sebagai my - real adalah singkatan bagi " Master Yourself Revamp Your Life" [www.myryl.net], adalah sebuah syarikat yang pengasasnya adalah Shuhada Alauddin sejak 3 tahun lalu. 

Oleh kerana syarikat ini adalah syarikat yang pertama menawarkan kursus dalam bidang pembangunan personaliti melalui terapi warna yang digandingkan dengan analisis tingkah laku yang dipanggil (behavioural analysis), ianya memang patut untuk dibanggakan. 

Antara kelebihan mereka adalah membantu individu membuat pertukaran kerjaya. Haa...menarik bukan?? Yaya dah dapat warna Yaya, terasa bagai nak melompat aihhhh....nak tukar kerja boleh tak???hahaha.....

Merah Jambu

Ahaa....Yaya dah jumpa warna Yaya sewaktu pergi ke bengkel ni haa....alright..,for the first, Yaya nak beritahu untuk dapatkan warna dalaman dan warna luaran, Yaya kena di'scan' terlebih dahulu, macam mana nak 'scan'?? para pembaca boleh dapatkan DVD dan 'study' lah di situ nahhh..... :) 

80% adalah warna dalaman dan 20% pula adalah warna luaran kita ye, jap...nak diberitahu dari awal, ini bukan tilik nasib aa...tidak...bukan aa....kita diagnose atau 'scan' orang...what??scan orang?? Sebelum tu nak diberitahu Pentingnya Mengenali Warna Diri melalui kekuatan diri, potensi diri, mengenalpasti kelemahan dan keyakinan diri. 
Nak beritahu awal ni aa....ini Yaya senaraikan sifat - sifat ada pada Yaya yang Yaya tengok dalam 'list' yang depa bagi ni nah...Yaya tak cakap aa...Yaya 'list' kan balik jaa... :) 
Merah jambu adalah warna dalaman Yaya yang membawa maksud sebanyak 80% yang sememangnya betul ada pada diri Yaya seperti terbuka, rasional, kreatif, keriangan, pemurah / prihatin, intuitif, tersendiri, reka cipta dan suka bersaing (haahaaa....yang ni no komen aaa...) 
Let`s go to Myryl`s DVD :)


Berpeluang bergambar bersama tauke Myryl ... eee....nampak tak tengah tahan excited tuh..??
dalam hati rasa macam...ohowww....bestnyaa dapat kena tangkap gambar dengan orang hebat macam ni..!!
:)


MYRYL ni ada DVD tak eh?? ehh ehh....off course lah ada uollss....ini adalah merupakan DVD yang pertama kalinya dihasilkan oleh MYRYL bagi tujuan membantu golongan dewasa yang bekerja tetapi ingin membuat perubahan kerjaya. Bagi yang tergerak hati nak buat perniagaan namun tidak tahu apakah kerjaya mahupun perniagaan yang perlu diceburi, boleh juga dapatkan modul - modul dalam DVD tersebut. Ada yang tak sabar nak belajar tak? klik sini

Alright, berbalik pada DVD ni, uolss dapat banyak pengetahuan yang ingin dikongsikan oleh Shuhada di sini berkaitan bidang -bidang kepakaran dan juga pengalaman beliau bertujuan bagi membantu orang ramai untuk mengenalpasti apa yang mereka impikan selama ini agar menjadi kenyataan, tentang apa yang boleh kita jangkakan selain mendapat langkah yang perlu diambil apabila hendak membuat perubahan kerjaya mahupun memulakan perniagaan baru.

cover dvd-page-jpg.jpg


Lebih menarik lagi apabila DVD ini mampu memberi pendekatan yang diambil Shuhada bagi berkongsi serta membantu orang ramai yang tergerak hendak membuat pilihan hidup dengan membuat perubahan kerjaya mahupun memulakan perniagaan melalui warna sahaja selain membuat perkongsian mengenai aplikasi warna dalam kehidupan seharian ! 

“People always have a dream job that they wish they could be doing and most often
these people already have a steady career that has nothing to do with their dream 
job. So to get started all over again and do their dream job [even without leaving 
their current job] is going to be scary and normally people will choose to let it go 
and let it remain a dream.  So that’s what I’m trying to do here today; help them see 
and charter the way so that it can reduce their anxiety about starting from square 
one and hopefully get them one step closer to their dream” – kata Shuhada yang 
mempunyai pengalaman sendiri tentang pertukaran kerjaya apabila beliau 
membuat keputusan untuk meninggalkan kerjaya beliau sebagai peguam dalam 
bidang korporat selama 10 tahun bagi memulakan MYRYL dan kini menjadi 
perunding dan pakar dalam pembangunan personaliti, terapi warna dan analisis 
perlakuan.

Nak Contact dengan depa?

Haa...mai sini ceq nak habaq...Kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai bengkel selanjutnya, sila layari laman web www.myryl.net . Untuk mendapatkan info berkaitan atau mahu berhubung dengan merka melalui e-mel, sila hantarkan ke ask.us@myrylpoint.net . Atau terus hubungi Nadhir Nordin ke 019-939 0135 atau emelkan ke nadhir@myrylpoint.net .

Mai nak belanja beberapa gambar 'happy' kami lepas kena 'scan'. Jangan kata kami main 'black magic' aa...kalau dah dapat warna dengan nombor personaliti, jangan salah pakai buat nombor ekor aa....tak moa aa...dilarang sama sekali...hihihiii....ok bye...jumpa next entry...tata....muahh!!! 
:)
















8 June 2015

Festival Floria Diraja Putrajaya 2015

Event yang berlangsung selama seminggu pada 30 Mei 2015 sehingga 7 Jun 2015 berlangsung pada jam 8.00 pagi hingga 11.00 malam, setiap hari Isnin hingga Ahad bertempat di Anjung Floria, Presint 4, Putrajaya, tapi semalam baru sempat pergi ke floria di saat - saat akhir , ada baiknya juga pergi waktu malam dapatlah tengok cruise yang dihias warna - warni.. Selain itu juga, pengunjung berpeluang melihat suasana hiasan berkonsepkan Taman Bunga Diraja. Harga tiket bagi Kanak - Kanak adalah RM1, Dewasa RM5 dan Pelancong Asing adalah RM10 sahaja.

Image result for floria putrajaya 2015

Meh sini Yaya kongsi gambar - gambat sewaktu berada di festival ni. Enjoy!