
Assalamualaikum...pertama kali yaya tonton cerita 'Autumn In My Heart' ni masa darjah 6. Drama bersiri korea ini disiarkan di stesen televisyen TV3 yang telah dialih ke bahasa mandarin. Cerita dia memang sedih gilerr....touching tau bila yaya tengok cerita ni..
Serba sedikit yang yaya tahu tentang watak-watak dalam drama bersiri ni, paling aku suka watak Eun Suh...dia adalah seorang gadis yang periang dan mempunyai abang yang sangat hensem, Joon Suh. Tinggal bersama abang dan kedua orang tuanya serta mempunyai ikatan kekeluargaan yang kuat. Segala suka dan duka mereka tempuhi bersama.
Selama berpuluh tahun berlalu, Eun Suh menjadi wanita dewasa yang punya raut wajah yang cantik dan menjadi seorang operator di sebuah hotel ternama. Hihihiii...cuba tengok muka Eun Suh ni waktu jawab kol...Itulah memek muka aku kalau jawab panggilan aduan.hahaaa.. Hari-hari terima aduan. Bermacam-macam perangai yang aku nak layankan termasuklah rakan-rakan juruteknik aku. Nak kena main 'mood' diorang, nak kena jaga hati dorang.. Kekadang geram jugak lah terutama waktu dapat panggilan aduan manusia-manusia main 'bash' jerk..

Joon Suh adalah abang kepada Eun Suh pada awalnya. Terkilan juga yaya bila dapat tahu diorang ni sebenarnya bukanlah adik-beradik kandung, tapi dah tertukar. Joon Suh juga adalah punca pertukaran bayi ketika di hospital.

Pengakhiran cerita, kedua-dua hero dan heroin ini mati, Eun Suh yang mula pergi dahulu kerana mempunyai sakit kronik tulang sumsum. Manakala, Joon Suh telah dilanggar sebuah lori ketika hendak pergi ke tempat kenangan mereka di hadapan sekolah.
Bagi yaya, cerita ni adalah cerita sedih pertama yang yaya tonton, pada mulanya disangka adik-beradik sebelum mengetahui mereka telah tertukar. .